Ustaz Ebit Liew Memohon Maaf, Bantuan Tidak Dapat Diteruskan

Fakhrii

Well-known member
Ustaz Ebit Liew meminta maaf kerana misi bantuan tidak dapat diteruskan lagi

1612256009681.png

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas yang juga dermawan, Ustaz Ebit Lew hari ini meminta maaf kepada penduduk di Pulau-Pulau Semporna di Sabah kerana tidak lagi dapat meneruskan misi bantuan.

Dengan nasa sayu dan sedih, beliau berkata, niatnya untuk membina sekolah di perkampungan penduduk Bajau Laut yang diIslamkannya semalam juga tidak dapat diteruskan.

Ini kerana, beliau dimaklumkan, tidak dibenarkan untuk ke pulau berkenaan dan diminta supaya memberhentikan bantuan di sekitar perkampungan itu.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini, saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna dan minta diberhentikan bantuan di sekitar sini.

“Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan ialah didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun,” tulis beliau menerusi Facebooknya, hari ini.

Semalam, beliau mendedahkan seramai 490 orang Bajau Laut memeluk Islam selama dua hari berada di Semporna, Sabah dalam misi bantuan Covid-19 di empat kampung di Sabah.

Beliau berkongsi perkara itu di akaun Facebook miliknya pada Selasa sambil melahirkan rasa syukur kerana dapat membimbing mereka mengucap dua kalimah syahadah.

Menurut Ebit, beliau juga terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang dirancangnya.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu penerbangan di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Katanya, beliau serahkan segala urusan kepada Allah dan cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah

SUMBER

Bagaimanakah pandangan anda mengenai ini ?
 

Fakhrii

Well-known member
Program Ustaz Ebit Lew dihentikan atas faktor-faktor keselamatan

1612323250856.jpeg

Kota Kinabalu: Program Ustaz Ebit Lew di kawasan sekitar pulau di Semporna terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, lokasi terbabit dikenakan perintah kawalan berkurung dan keselamatan orang ramai menjadi keutamaan pihak berkuasa

"Perintah berkurung dilaksanakan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah

"Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di mana-mana kawasan di negeri ini.

"Cuma kita minta beliau (Ebit Lew) rujuk dengan pihak berwajib, ia adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit," katanya hari ini.

Menurut Hazani, polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana NGO untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.

Bagaimanapun, menurut Hazani, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan semata-mata.

"Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan," katanya.

Terdahulu, kenyataan Ebit Lew tular di media sosial yang mendakwa terpaksa menghentikan misi bantuan kerana tidak dibenarkan melawat ke pulau-pulau sekitar Semporna.

SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
Ustaz Ebit Lew dibenar masuk selepas mendapat kebenaran oleh MKN

1612327268380.jpeg

KOTA KINABALU: Individu memerlukan kebenaran khas untuk memasuki mana-mana kawasan kendalian Taman-Taman Sabah, khususnya pulau yang kini ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dalam satu kenyataan di laman media sosialnya, memaklumkan kawasan pulau di Semporna adalah kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.

Katanya, seperti mana yang dimaklumkan di media sosial rasmi pada 12 Januari lalu, seluruh kawasan Taman-Taman Sabah ditutup sementara kepada orang awam bermula 13 Januari lalu selaras pelaksanaan PKP.

"Rombongan penceramah bebas, Ebit Lew adalah rombongan orang awam yang tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP dan pada masa sama, pihak Taman-Taman Sabah tidak menerima makluman awal untuk kebenaran khas memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.

"Pihak Taman-Taman Sabah membenarkan rombongan Ebit memasuki kawasan Taman Marin Tun Sakaran hanya selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita sangat menyokong usaha murni bantuan prihatin yang disalurkan kepada komuniti di dalam semua Taman di seluruh Sabah," jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, kerajaan Sabah menafikan ada mengeluarkan arahan melarang Ebit meneruskan kerja amal di pantai timur Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, dilaporkan berkata pihaknya juga merujuk sama ada polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ada mengeluarkan larangan terhadap penceramah berkenaan.

"Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada sesiapa saja untuk melaksanakan kerja kebajikan di negeri ini. Polis dan ESSCOM juga menyatakan perkara sama.

"Cuma, di pantai timur Sabah tertakluk kepada peraturan perintah berkurung, malah dilarang pergi ke tempat tertentu kerana ada risiko keselamatan," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali pula dilaporkan berkata, pihaknya tidak menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ebit di kawasan itu.

"Bagaimanapun, Ebit digalakkan merujuk pihak berkuasa seperti polis dan MKN berikutan lokasi terbabit dikenakan perintah kawalan berkurung serta keselamatan orang ramai menjadi keutamaan," katanya.

SUMBER
 
  • Like
Reactions: Wen

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Kawasan Redzone, Laluan keluar masuk lanun. Semoga Allah rahmati dan mudahkan perjalanan UEL
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top