🇰🇷 K-Drama Usahawan Muda Kena Layan KPOP Pula ?

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Usahawan Muda Kena Tonton Drama Korea Start-Up

1607063983982.png

Pada Januari tahun ini, sebuah drama Korea Selatan bertajuk ‘Itaewon Class’ telah ditayangkan. Drama yang dibintangi aktor kacak, Park Seo-joon tersebut telah mendapat sambutan yang positif dari penonton berikutan nilai-nilai yang baik dan pengajaran tentang bisnes yang telah dipaparkan.

Baru-baru ini, satu lagi drama Korea bertajuk ‘Start-Up’ telah berjaya menarik minat penonton. Berkisarkan tentang pasang surut kehidupan anak muda yang ingin berjaya dalam dunia bisnes, drama ini memfokuskan cerita tentang Seo Dal-mi yang dilakonkan oleh Bae Suzy.

Seperti K-drama yang lain, drama ‘Start-Up’ ini juga padat dengan pelbagai elemen yang menarik minat penonton seperti komedi, pengajaran tentang kehidupan, konflik dan cinta tiga segi antara Dal-mi, Do-san dan Han Ji-pyeong yang dilakonkan oleh Kim Seon-ho.

Kenapa drama ini merupakan drama yang terbaik untuk ditonton oleh usahawan muda ?
  • Menunjukkan realiti usahawan muda
  • Kepentingan memilih CEO yang tepat
  • Mempunyai strategi yang jelas
  • Kepentingan mempunyai mentor
  • Kepentingan memilih team yang betul
Mantapp dekat Netflix pun ada cerita ni boleh lah kita tonton dan mempelajari serba sedikit ilmu pengetahuan

Kongsikan perasaan anda bila sudah menonton nanti hehehe :love:

SUMBER
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Tolong lah tengok :love:
Korean Drama Love GIF by The Swoon
Ok dah habis tengok. Cuma 3 character saja yg menarik dlm series ni, han ji pyeong, nenek n kakak. Yg lain boring. Ada inspirasi n lesson boleh dpt terutama dlm bisnes.
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top