🔴 LIVE [UPDATE] SITUASI BANJIR 2021

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Mangsa gelombang kedua banjir di Sarawak meningkat kepada 186 orang​

1612156803109.png

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Sarawak meningkat kepada 186 orang pagi ini, berbanding 171 orang malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat pusat pemindahan kini dibuka di dua daerah yang dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Daerah Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 159 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Kampung Lintang Baru, Dewan Kampung Betong Kenawit dan Kampung Rimba Padi, sementara di daerah Simunjan, 27 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Lubok Buntin.

Gelombang kedua banjir di Sarawak bermula Sabtu lepas apabila kawasan perkampungan di Teluk Buntin di daerah Simunjan dinaiki air ekoran keadaan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari serta fenomena air pasang besar yang berlaku serentak.
Laporan ramalan cuaca mingguan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi menyatakan hujan dijangka berterusan sepanjang minggu ini. sumber
 
  • Like
Reactions: Wen

Wen

Well-known member
Hujan lebat dijangka berterusan di Sabah, Sarawak

Malaysiakini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa hari ini sehingga Jumaat (5 Feb).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat di Sabah dijangka bermula esok sehingga Rabu (3 Feb) melibatkan daerah Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu di Sarawak, hujan lebat diramal bermula hari ini sehingga Jumaat, membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau)
sumber
 

Wen

Well-known member
Mangsa banjir di Sarawak meningkat

Penduduk Kampung Tebakang Dayak di Serian mengalihkan kenderaan pacuan empat roda selepas Kampung itu dilanda banjir. FOTO BERNAMA

KUCHING: Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga melanda Sarawak sejak Selasa lalu terus meningkat kepada 985 orang pagi ini berbanding 577, semalam.

Mangsa banjir terbabit daripada 321 keluarga kini ditempatkan di 18 pusat penempatan sementara (PPS) di Tatau, Bintulu, Samarahan, Simunjan dan Serian.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, Serian mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 710 mangsa daripada 233 keluarga.

"Mangsa banjir di Serian kini ditempatkan di 11 PPS dengan sebahagian besar pernah dibuka dua kali apabila banjir melanda sejak Januari lalu," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, seramai 229 mangsa daripada 76 keluarga ditempatkan di empat PPS di Simunjan manakala di Samarahan, 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di dua PPS.

"Banjir turut berlaku di kawasan utara Sarawak apabila lapan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Dewan Sukan Tatau di Bintulu.

Hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu diramalkan berterusan hari ini dan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dinasihatkan supaya berwaspada dengan menyimpan barangan penting di tempat tinggi.

sumber
 

Fakhrii

Well-known member
Jumlah mangsa banjir di Sarawak pada hari ini menunjukkan penurunan

1612748610657.jpeg

KUCHING : Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Sarawak kekal, namun mangsa banjir semakin menurun pagi ini berbanding, malam tadi.

Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 813 mangsa daripada 274 keluarga masih berada di sembilan

PPS berbanding 823 pada jam 8 malam tadi.

Daerah Serian mencatat seramai 638 mangsa daripada 210 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

PPS terbabit ialah Dewan Kampung Slabi Entukuh yang menempatkan seramai 42 mangsa, Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh (338), Dewan Masyarakat Serian (148), Dewan Kampung Rimba Padi (75) dan Dewan Serbaguna Ranchan (35).

Di Simunjan pula, seramai 175 mangsa masih ditempatkan di empat PPS iaitu di Dewan Masyarakat Lubok Buntin (27), Dewan Mesra Simunjan (96), Dewan Kampung Entangor, Sebuyau (40) dan Masjid Kampung Seruyuk, Sebuyau (12).

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top