📰 Fundamental Update Pakej Stimulus AS - Beri Kesan Naik Turun USD

Fundamental

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603200101659.jpeg


Semalam, Mr. Mnuchin (Ketua Setiausaha Perbendaharaan US) and Ms. Pelosi (Speaker Dewan US) berbincang tentang pakej sokongan untuk rakyat US, keputusan akan diumumkan sekejap lagi jam 12.30 tengah malam (Rabu) waktu Malaysia.

Jika keputusan yang diumum adalah kurang baik atau negatif, pembeli USD akan meningkat (USD akan kuat) dan Stock Market akan jatuh. Begitu juga nilai Gold akan jatuh disebabkan penjualan gold. EU, GU, AU akan turun manakala UCHF, UCAD akan naik.

Jika keputusan yang diumum adalah positif, penjualan USD akan berlaku (USD melemah) dan jangkaan berlakunya pembelian Stock (Saham) yang mendadak 🚀dan dalam masa yang sama Gold, EU, GU, AU akan menaik juga 🚀. UCHF & UCAD akan menurun (disebabkan USD melemah).

Jadi kesimpulan di sini, kalau pakej rangsangan rakyat tidak diluluskan dengan pula data PMI US pada jumaat lepas yang positif, USD akan menguat. EU, GU, AU, Gold turun.

Tapi kalau pakej tersebut diluluskan, USD akan melemah. EU, GU, AU, Gold akan naik.

Jadi sekarang trend market akan diputuskan oleh pengumuman Pelosi atau Mnuchin pada jam 12.30malam kejap lagi (Rabu 21/10/2020). Kalau di US pukul 12.30 tengahari. Hati2 ok
 

Attachments

  • 1603200018410.jpeg
    1603200018410.jpeg
    8.4 KB · Views: 192

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Update stimulus package US (Covid-19 Aid). Keputusan hanya akan diumum lewat waktu kerja US dalam 3pm atau 3 pagi waktu Malaysia. Pelosi n Mnuchin akan berucap. Buat masa ini komen Pelosi -dia optimis deal akan dicapai. Apapun kita tunggu 3am nanti. Saya tidur dulu geng
photo_2020-10-21_00-40-27.jpg
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Nampaknya masih belum ada kata putus, tapi petunjuk agak positif.

US House Speaker, Nancy Pelosi - "Covid-19 aid talks moving closer to deal. Hopes by end of week."

1603243728130.jpeg
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Nampaknya respon Pelosi semalam yg agak positif buatkan EU, GU, AU, Gold terus sambung kenaikan hari ni. Kita tunggu next episod apa akan terjadi
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Semalam semasa press conference mingguan, Nancy Pelosi bercakap:

"CONTINUES TO ENGAGE IN DISCUSSION ON RELIEF, REMAINS HOPEFUL"

"JUST ABOUT THERE' ON STIMULUS DEAL"

"PROGRESS HAS BEEN MADE THIS WEEK"

"TETAPI PIHAK REPUBLICAN MASIH BELUM SETUJU"


Kemudian Larry Kudlow (Trump's Director of National Economic Council) keluar kenyataan ini:

"LARGER POLICY DIFFERENCES AMID COVID TALKS BETWEEN ADMINISTRATION, HOUSE DEMOCRATS 'NOT LIKELY TO GET RESOLVED"

Perbincangan yang masih berlarutan buatkan pelabur mula berwaspada. Permintaan terhadap USD meningkat sebagai langkah awal kalau-kalau pakej masih gagal dipersetujui. Semalam kita boleh tengok kesan apabila EU, GU, AU, GOLD ↘️ ↘️ ↘️
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Kalau Pakej Rangsangan AS (Stimulus Package) ni sign n diluluskan, duit USD akan banyak dalam pasaran, orang akan belanja. Saham akan naik, nilai matawang USD akan turun. Konsep matawang sama juga mcm barang - supply tinggi, nilai akan susut. Supply kurang demand tinggi, nilai akan naik.
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Dengan kebanyakan negara utama Euro akan lockdown semula, dan Stimulus US yang hanya akan dipersetujui lepas election, xxx/USD dijangka akan terus melemah.

Retracement yang baik pada sesi asia untuk trader cari tempat terbaik untuk short atau sell. Apapun SL jangn lupa, today is Fryday and last day of the month - Profit's taking day. Apapun boleh terjadi.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1 hari lagi menjelang pilihanraya US. Esok Us akan election dan selepas keputusan diumum, presiden yang baru dijangka akan tandatangan Pakej Rangsangan US mengikut acuan siapa yang menang. Market dijangka akan recover dengan EU, GU, AU, Gold 🚀🚀🚀 selepas pilihanraya.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Election Day. Trader-trader dinasihatkan supaya jangan trade hari ini, ambil langkah selamat.

Hari ini market akan volatile yang sangat tinggi, sangat berisiko untuk masuk position.

Esok kita sambung.
 

ainanana

Active member
Berita baik untuk pakej stimulus

Senator Demokrat Chuck Schumer mengatakan Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell telah bersetuju untuk memulakan semula rundingan rangsangan coronavirus.

schumer.png
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top