Semalam, Mr. Mnuchin (Ketua Setiausaha Perbendaharaan US) and Ms. Pelosi (Speaker Dewan US) berbincang tentang pakej sokongan untuk rakyat US, keputusan akan diumumkan sekejap lagi jam 12.30 tengah malam (Rabu) waktu Malaysia.
Jika keputusan yang diumum adalah kurang baik atau negatif, pembeli USD akan meningkat (USD akan kuat) dan Stock Market akan jatuh. Begitu juga nilai Gold akan jatuh disebabkan penjualan gold. EU, GU, AU akan turun manakala UCHF, UCAD akan naik.
Jika keputusan yang diumum adalah positif, penjualan USD akan berlaku (USD melemah) dan jangkaan berlakunya pembelian Stock (Saham) yang mendadak 🚀dan dalam masa yang sama Gold, EU, GU, AU akan menaik juga 🚀. UCHF & UCAD akan menurun (disebabkan USD melemah).
Jadi kesimpulan di sini, kalau pakej rangsangan rakyat tidak diluluskan dengan pula data PMI US pada jumaat lepas yang positif, USD akan menguat. EU, GU, AU, Gold turun.
Tapi kalau pakej tersebut diluluskan, USD akan melemah. EU, GU, AU, Gold akan naik.
Jadi sekarang trend market akan diputuskan oleh pengumuman Pelosi atau Mnuchin pada jam 12.30malam kejap lagi (Rabu 21/10/2020). Kalau di US pukul 12.30 tengahari. Hati2 ok