😷 COVID-19 [UPDATE] KLUSTER & KES TERBARU 2021 [PKP]

Isu berkaitan COVID-19

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Kes positif harian Covid-19 kembali lepasi 4,000 kes
1611218400293.png

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 kembali melebihi 4,000 kes untuk kali kedua tahun ini.

Daripada 4,008 kes harian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya lima kes sahaja merupakan kes import, manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu 1,391 diikuti Kuala Lumpur (513 kes) dan Johor (470 kes).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,061 kes (76.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, sebanyak 2,374 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh dari wabak itu adalah 127,662 kes.

Turut dilaporkan 11 kematian hari ini, 246 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 96 daripadanya menerima bantuan alat pernafasan.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes dari Selangor, masing-masing tiga kes dari Sabah dan Johor, serta satu kes dari Sarawak dengan sembilan warganegara dan dua bukan warganegara,” tambah beliau. sumber
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

COVID-19: 12 kes kematian dan 3,170 kes baharu - Dr Noor Hisham​

1611236615898.png

PUTRAJAYA: Sebanyak 12 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada Khamis, dengan kesemuanya membabitkan warganegara Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 642.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, beliau turut memaklumkan 3,170 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 172,549.

Ujarnya lagi, jangkitan tempatan melibatkan 3,162 kes, di mana 2,475 adalah warganegara, manakala 687 lagi bukan warganegara.

Selain itu, beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 41,755 kes, manakala kes sembuh terbaharu adalah 2,490 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 576 kes, diikuti Selangor, 545 kes, dan Johor, 423 kes.

Selain itu beliau berkata, terdapat 260 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala 103 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 576 kes (18.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 310 kes (56.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 545 kes (17.2 peratus), dan Johor sebanyak 423 kes (13.2 peratus)"

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes dari Johor, tiga (3) kes dari Selangor, dua (2) kes dari Sabah dan masing-masing satu (1) kes dari Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak, dan kesemua kes adalah warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham berkata, KKM turut memaklumkan terdapat enam belas kluster baharu dikenal pasti di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Pahang.

Jelasnya lagi, daripada keseluruhan kluster baharu, 11 kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dua (2) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko, dan satu (1) kluster berkaitan keagamaan.
Sumber
 

Fakhrii

Well-known member
Malaysia mempunyai formula yang tepat dalam landasan pemulihan negara ?

1611282654353.jpeg

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai formula yang tepat untuk meletakkan negara ini pada landasan pemulihan, baik dari segi kesihatan awam mahupun ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata gabungan beberapa keputusan terbaru melibatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) serta inisiatif menerusi Belanjawan 2021 dan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) — termasuk mempercepatkan perolehan vaksin dan menggalakkan ujian saringan pekerja — dilihat sebagai formula yang tepat.

“Paling penting, kesemua langkah ini perlu dilihat secara keseluruhan, bukan secara berasingan,” katanya semasa membentangkan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-37 hari ini.

Beliau berkata kerajaan tetap akan berusaha melakukan yang terbaik untuk membendung pandemik COVID-19 dan memastikan proses pemulihan ekonomi dapat diteruskan.

Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan OPR dikekalkan pada 1.75 peratus setelah mengambil kira pelbagai kemudahan kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan pakej di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN), serta Belanjawan 2021 yang masih diteruskan atau akan dilaksanakan, katanya

“Langkah-langkah yang telah dan akan terus dilaksanakan termasuk moratorium pinjaman, geran khas, Program Subsidi Upah dan pembiayaan mudah kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Tengku Zafrul juga berkata BNM turut mengumumkan lanjutan fleksibiliti bagi institusi perbankan menggunakan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) untuk memenuhi pematuhan SRR sehingga 31 Dis, 2022.

“Secara ringkasnya, langkah ini akan memastikan mudah tunai mencukupi bagi menyokong aktiviti kewangan dan ekonomi,” katanya.

SUMBER
 

Wen

Well-known member
Menteri Agama temui pesakit COVID-19 di PKRC

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri meluahkan rasa sebak dan sayu ketika bertemu petugas barisan hadapan dan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.

Melalui perkongsian dimuat naik di Facebooknya, Zulkifli berkata, kelihatan jelas keletihan di raut wajah petugas barisan hadapan, namun terselit kegembiraan apabila pihaknya bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) menyampaikan sumbangan makanan.

Menerusi lawatan itu, beliau meluangkan masa berjumpa dengan pesakit dan menyampaikan kata-kata motivasi.

"Ujian paling besar kita adalah apabila kita ditimpa musibah seperti ini, perkara pertama sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa menginsafi diri dan meningkatkan kesabaran kepada Allah, kita menggunakan masa sebaik mungkin," katanya.

Berkongsi pengalaman ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, selepas disahkan positif pada 4 Oktober tahun lalu, beliau memaklumkan tempoh rawatan 11 hari itu dibahagikan dan dimanfaat dengan sebaik mungkin.

"Sepanjang dirawat di hospital saya sempat menyiapkan sebuah buku mengenai pengalaman diserang COVID-19 bertajuk 'Hari-Hari Tarbiah Dalam Hidupku', menjaga solat dan khatam Al-Quran sekali," katanya.

Ketika lawatan Zulkifli turut menyampaikan bantuan makanan berupa roti canai sejuk beku, biskut dan minuman kepada 1,629 petugas barisan hadapan serta buku 'Hari-Hari Tarbiah Hidupku' sebagai panduan kepada pesakit.

Zulkifli berkata, walaupun pertemuan itu singkat dan dipisahkan dinding kaca, namun beliau seronok dapat bertemu pesakit.

Katanya, kalau boleh beliau mahu berada lebih lama bersama mereka, namun disebabkan kekangan masa beliau terpaksa melupakan hasrat itu.

"Saya faham perasaan mereka kerana saya juga pernah berada dalam situasi ini dan berharap pesakit COVID-19 tidak berasa disisih dan tertekan.

"Sentiasa letakkan sangka baik kepada Allah SWT dan berfikiran positif.

"Saya akan terus menyumbang bahan bacaan untuk pesakit di sini. Saya sayang semua dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun berada di mana-mana," katanya.

Beliau kemudian mengakhiri pertemuan itu dengan bacaan doa dan diaminkan pesakit.

sumber
 

Fakhrii

Well-known member
Lebih 1.26 Juta ujian RTK-Ag dilaksanakan di Malaysia ?
rtk_1611287688.jpg


KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,266,862 saringan COVID-19 menerusi Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dilaksanakan di negara ini sejak Mei tahun lalu sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada awal penggunaannya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum lagi mengesyorkan ujian RTK-Ag.

"Penggunaan ujian RTK-Ag adalah semakin meningkat di seluruh negara dan di Sabah sahaja hampir mencecah 100,000 sebulan," katanya dalam kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Terdahulu dalam entri awal, Dr Noor Hisham memaklumkan penggunaan RTK-Ag perlu dilakukan pengendali yang terlatih.

Beliau berkata, bagi memperoleh hasil saringan terbaik, ujian perlu dilakukan dalam tempoh lima hingga tujuh hari pertama selepas wujudnya gejala.

"Lebih spesifik untuk (disaring kepada) kluster baharu yang kadar positifnya tinggi dan apabila kajian seiring menunjukkan PPV (nilai ramalan positif) adalah tinggi," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kit ujian itu juga digunakan apabila sistem kesihatan negara mula terbeban dengan peningkatan kes baharu setiap hari.

SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
Banyak cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan jangkitan wabak Covid-19

1611299210750.jpeg

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan, terdapat banyak cara dan amalan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan jangkitan wabak Covid-19.

Pada masa sama, Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi berkata, khidmat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah begitu dihargai namun wabak itu terlalu besar untuk ditangani oleh seorang individu sahaja.

"Sesungguhnya ada banyak cara dan amalan yang boleh kurangkan jumlah jangkitan. Diharap doktor-doktor pakar dapat berbincang dengan pegawai kerajaan.

"Khidmat Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham) dalam menangani wabak Covid-19 amat dihargai. Tetapi wabak ini agak terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkongsi mengenai kisah seorang daripada ahli keluarganya tidak dapat dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti Covid-19 dengan alasan ia tidak teruk, baru baru ini.

"Sebaliknya ia diarah kuarantin di rumahnya. Tetapi semasa di rumah keadaannya menjadi teruk sehingga tidak dapat bernafas. Maka dia pun dimasukkan ke hospital.

"Masalahnya semasa dia berada di rumah, penyakitnya dijangkit kepada ahli di rumah. Saya percaya dia tidak dapat dimasukkan ke hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4000 dikesan," katanya.

Namun demikian, beliau berpandangan, jika pesakit berada di rumah, ahli keluarga akan dijangkiti maka lebih ramailah yang akan terjangkit.

"Sepatutnya mereka dimasukkan ke dalam kuarantin berasingan dari keluarga. Jika selepas sekian lama pesakit mungkin sembuh atau perlu dirawat dalam hospital. Setelah didapati tidak ada jangkitan maka bolehlah balik ke rumah.

"Sudah tentu tempat kuarantin hendaklah sesuai. Dari gambar yang diperoleh katil-katil terlalu dekat dan apabila ada lawatan pembesar pesakit akan berkumpul. Ini akan menyebabkan jangkitan merebak," katanya.

SUMBER
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Penggunaan katil ICU untuk rawatan COVID-19 cecah 70 peratus
1611306939236.png

KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital merawat COVID-19 di beberapa negeri berada pada tahap yang tinggi iaitu melebihi 70 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri berkenaan termasuk Johor, Melaka, Perak, Kedah, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur, manakala di Selangor adalah pada tahap 64 peratus.

"Peratusan pesakit COVID-19 dengan gejala serius iaitu tahap empat dan lima didapati semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

"Ini menyebabkan keperluan menggunakan katil bagi rawatan kritikal juga dijangka meningkat," katanya kepada BH, hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 41,755 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan di negara ini, dengan 260 kes sedang dirawat di ICU dan 103 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini, terdapat 1,009 katil rawatan kritikal di hospital COVID-19 di seluruh negara, dengan kadar penggunaannya adalah 71 peratus termasuk bagi pesakit yang bukan disebabkan virus itu.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 548 katil ICU diperuntukkan bagi pesakit COVID-19, manakala jumlah ventilator di hospital COVID-19 pula adalah sebanyak 1,908 unit dengan kadar penggunaannya ketika ini adalah 43 peratus.

"Buat masa ini, beberapa ruang di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) sudah ditukar fungsi sebagai ICU tambahan (repurposed ICU) dan 282 katil ICU tambahan diwujudkan.

"Inisiatif ini membabitkan naik taraf kemudahan dan perolehan peralatan perubatan baharu sejak gelombang pertama lagi, dan ia akan diteruskan," katanya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata kekurangan anggota perubatan seperti jururawat terutama yang mempunyai latihan khusus dalam bidang rawatan rapi adalah antara cabaran utama bagi mengoperasikan katil rawatan kritikal berkenaan.

"KKM akan mengoptimumkan sumber tenaga manusia sedia ada melalui mobilisasi anggota perubatan di dalam negeri atau antara negeri, namun buat masa ini, peningkatan kes dan banjir yang membabitkan beberapa negeri menyukarkan proses mobilisasi ini," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 44 hospital di bawah KKM mengendalikan kes COVID-19, manakala dua hospital bukan di bawah KKM. Sumber
 

Fakhrii

Well-known member
PKP perlu seimbang dari sektor ekonomi dan sektor kesihatan

1611542342540.jpeg

KUALA LUMPUR: Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dengan memberi kelonggaran tertentu, terutama bagi sektor ekonomi, adalah sesuatu yang sukar tetapi perlu dibuat untuk mengimbangi aspek kesihatan rakyat dan ekonomi.

Bagi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP kali ini melihat kepada kepentingan ekonomi tidak kira melalui syarikat gergasi mahupun peniaga kecil-kecilan, dan pada masa sama perlu menumpukan kesihatan rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat mati akibat COVID-19, dan kita juga tidak mahu mereka mati kerana tidak makan," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.

Beliau berkata, ada pihak mempertikaikan pelaksanaan PKP kali kedua yang dikatakan lebih longgar, namun dari konteks lebih luas, negara boleh muflis kalau PKP dilaksanakan bertahun-tahun.

"Ketika PKP dulu, negara rugi RM2.4 bilion setiap hari. Kerajaan juga perlu memfokus rakyat yang bergantung pada pendapatan harian bagi menampung hidup.

"Oleh itu pada PKP kali ini, kita membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi untuk beroperasi. Kita fikir kebajikan rakyat dan keselamatan mereka juga sama penting," katanya.

Ismail Sabri menjelaskan, biarpun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat, kerajaan tidak boleh memberi bantuan selama-lamanya dengan mengambil kira kesan jangka panjang

SUMBER
 

Wen

Well-known member
Wanita Malaysia antara 41 kes import dilaporkan di Singapura

Malaysiakini

Seorang wanita Malaysia berusia 38 tahun merupakan antara 41 kes import COVID-19 baharu yang tidak bergejala dilaporkan di Singapura pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Berdasarkan data penuh kementerian yang dikeluarkan malam tadi, pemegang permit kerja yang tiba dari negara asalnya itu dilabelkan sebagai Kes 59586.

Seorang wanita penduduk tetap Singapura berusia 39 tahun yang kembali dari Malaysia juga merupakan antara kes import tidak bergejala di negara itu.

Kementerian memaklumkan satu kes import juga dilaporkan membabitkan seorang kru kapal pemegang pas khas yang menaiki kapal dari Malaysia dan belum diturunkan dari kapal berkenaan.

Lelaki berusia 45 tahun dari Filipina itu dibawa ke hospital selepas menunjukkan gejala sebelum diuji positif COVID-19, menurut kementerian itu.

Setakat tengah hari Ahad, Singapura melaporkan sebanyak 48 kes import iaitu 41 tidak bergejala manakala tujuh mengalami gejala.

Kes import lain adalah dari Bangladesh, Colombia, Mesir, Perancis, India, Indonesia, Myanmar, Nigeria, Filipina, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).

Republik itu melaporkan tiada jangkitan penularan tempatan pada Ahad, menjadikan jumlah jangkitan COVID-19 di negara itu kepada 59,308 kes.

Kementerian menyatakan bahawa kesemua 48 kes import itu dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Tiada kluster baharu dilaporkan pada Ahad, menjadikan jumlah kluster kekal kepada enam.

sumber
 

Wen

Well-known member
Masih awal untuk tarik sekatan pergerakan di UK

Malaysiakini

Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock pada Ahad berkata masih terlalu awal untuk menarik balik sekatan pergerakan kerana kadar penurunan kes Covid-19 belum pada tahap memuaskan, lapor Agensi Anadolu.

Data kerajaan menunjukkan terdapat 30,004 lagi jangkitan dan 610 kematian, menjadikan jumlah kes sejak mula wabak dikesan ialah sebanyak 3,647,463 kes dan 97,939 kematian.

Lebih 6.3 juta orang sudah menerima dos vaksin Covid-19.

"Kita semua sepatutnya perlu sangat bimbang dengan pandemik, patuhi peraturan dan langkah pencegahan," katanya dalam temu bual dengan Sky News.


Beliau berkata tidak dapat dipastikan sejauh mana varian baharu dari Afrika Selatan dan Brazil bertindak balas terhadap vaksin.

"Varian baharu ini yang sangat saya risaukan," kata Hancock.

Dalam satu lagi wawancara dengan BBC beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti 77 kes varian Afrika Selatan di United Kingdom.

"Itulah sebabnya kami kenakan langkah sekatan sempadan yang ketat terhadap pergerakan dari Afrika Selatan," katanya.

sumber
 

Wen

Well-known member
Setahun berlalu, KP tidak tahu bila wabak Covid-19 akan berakhir

Malaysiakini

Hari ini menandakan setahun sejak Malaysia melaporkan kes pertama Covid-19 dan buat Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, penularan wabak itu masih belum nampak penghujungnya.

"Amat menyedihkan saya hari ini bahawa kita telah selama setahun bertarung melawan Covid-19 di negara ini, namun penghujungnya masih belum nampak," tulisnya di akaun media sosialnya hari ini.

Pada 25 Januari tahun lalu, Malaysia melaporkan tiga kes Covid-19 yang disahkan. Kematian pertama tidak dilaporkan sehingga 17 Mac - sehari sebelum negara melaksanakan sekatan pergerakan pusingan pertama bagi membendung penularan Covid-19.

Ketika ini, Malaysia sedang melalui gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 yang bermula pada bulan September dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan reda.

Setakat bulan ini, 207 kematian akibat Covid-19telah dicatatakan berbanding 111 kematian yang dilaporkan bulan lalu.

Buat masa ini, sistem kesihatan awam semakin parah sehingga memaksa Kementerian Kesehatan mengehadkan pengesanan kontak rapat manakala mereka yang tidak mempunyai gejala diminta supaya menjalani kuarantin kendiri yang mungkin akan menjangkiti ahli keluarga mereka.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun pekerja kesihatan kini keletihan dari segi mental dan fizikal, namun, mereka dan seluruh masyarakat perlu terus berjuang membendung penularannya.

"Setiap orang, tidak kira siapa anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama.

"Patuhi SOP, pakai pelitup muka dengan betul, cuci tangan, dan jaga penjarakan fizikal. Tinggal di rumah jika kamu tidak mempunyai perkara mendesak di luar.

"Bersama-sama kita dapat memutuskan rantaian penularan Covid-19. Kita mesti bersatu dan bersama-sama meneruskan perjuangan ini, Insya-Allah," katanya.

sumber
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah

1611556326703.png


Semalam, tular sekeping gambar memaparkan seorang warga emas berusia 69 tahun memakai gelang merah jambu sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah.

Menerusi tangkap layar yang tular di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa sengaja keluar rumah untuk mengisi minyak sekali gus menimbulkan panik orang ramai mengenai tindakannya.

Abdul Majid bagaimanapun berkata, lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit dan singgah di stesyen minyak sebelum mendapati gambarnya tular di media sosial.

“Kita kerja ikut peraturan, kes tular gelang pink ni kita dapati individu itu sudah habis tempoh kuarantin dan dalam perjalanan ke hospital untuk potong gelang pun.

“Warga emas yang ditularkan itu telah disahkan negatif dan orang ramai serta masyarakat tidak perlulah panik kerana tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” tambahnya lagi.
 

Wen

Well-known member

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah​

View attachment 1802


Semalam, tular sekeping gambar memaparkan seorang warga emas berusia 69 tahun memakai gelang merah jambu sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah.

Menerusi tangkap layar yang tular di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa sengaja keluar rumah untuk mengisi minyak sekali gus menimbulkan panik orang ramai mengenai tindakannya.

Abdul Majid bagaimanapun berkata, lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit dan singgah di stesyen minyak sebelum mendapati gambarnya tular di media sosial.

“Kita kerja ikut peraturan, kes tular gelang pink ni kita dapati individu itu sudah habis tempoh kuarantin dan dalam perjalanan ke hospital untuk potong gelang pun.

“Warga emas yang ditularkan itu telah disahkan negatif dan orang ramai serta masyarakat tidak perlulah panik kerana tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” tambahnya lagi.
aiyaaa
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Empat gelandangan positif COVID-19

1611564501004.png

KUALA LUMPUR: Empat gelandangan didapati positif COVID-19 manakala 14 lagi mempunyai gejala selepas disaring dalam operasi menyelamatkan golongan itu yang dilaksanakan beberapa agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu kota, jam 12 tengah malam tadi.

Mereka adalah antara 56 gelandangan termasuk tiga wanita dan tujuh bukan warganegara yang diselamatkan pihak berkuasa dalam operasi itu yang berlangsung selama dua jam.

Selepas diselamatkan, mereka menjalani ujian calitan COVID-19 dilaksanakan pegawai perubatan daripada kumpulan hospital KPJ serta Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Empat individu yang positif COVID-19 dan 14 lagi yang bergejala dibawa ke Dewan Komuniti Setiawangsa untuk kuarantin manakala gelandangan lain yang diselamatkan ditempatkan sementara di dua Pusat Sementara Gelandangan (PSG) di Sentul Perdana dan Setiawangsa serta Anjung Singgah.

Penolong Pesuruhjaya DBKL, Mohd Hisham Izhar yang mengetuai operasi berkata operasi tertumpu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Silang, Perhentian Bas Klang, Pasar Seni, Masjid Negara, Dataran Merdeka dan jejantas Jalan Raja Laut.

Katanya, operasi disertai 109 pegawai dan anggota dengan kerjasama beberapa agensi lain.

Antara agensi lain yang terbabit termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Mengulas operasi menyelamat itu, Mohd Hisham berkata, ada seorang gelandangan cuba melarikan diri dipercayai akibat panik selepas melihat kedatangan pihak berkuasa.

Dia yang bersembunyi di kawasan premis Medan Tuanku di sini, bagaimanapun dapat dikesan anggota penguat kuasa dan hasil ujian saringan COVID-19, lelaki warga Myanmar itu didapati positif COVID-19. Sumber
 

Shaaaa

Member

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah​

View attachment 1802


Semalam, tular sekeping gambar memaparkan seorang warga emas berusia 69 tahun memakai gelang merah jambu sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah.

Menerusi tangkap layar yang tular di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa sengaja keluar rumah untuk mengisi minyak sekali gus menimbulkan panik orang ramai mengenai tindakannya.

Abdul Majid bagaimanapun berkata, lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit dan singgah di stesyen minyak sebelum mendapati gambarnya tular di media sosial.

“Kita kerja ikut peraturan, kes tular gelang pink ni kita dapati individu itu sudah habis tempoh kuarantin dan dalam perjalanan ke hospital untuk potong gelang pun.

“Warga emas yang ditularkan itu telah disahkan negatif dan orang ramai serta masyarakat tidak perlulah panik kerana tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” tambahnya lagi.
Kalau saya pun saya panic. Bukannya kita tahu pakcik tu nak ke hospital ke ape ke. Yang saya nampak pakcik tu kat petrol pump dengan gelang pink. Hehe tacodd
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top