[UPDATE] Harga Semasa Minyak Brent dan WTI

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603773664410.jpeg


Setakat jam 12.00pm (22/3/2021)

Harga semasa Crude Oil Brent : $64.25 per barrel

Harga semasa Crude Oil WTI: $61.21 per barrel
.
.​
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Harga minyak mentah memanjangkan penurunan minggu lalu dengan diniagakan lebih rendah pada Isnin ditekan oleh kebimbangan permintaan yang berterusan berikutan Amerika Syarikat dan Eropah menyaksikan satu lagi peningkatan jumlah kes Covid-19 paling tinggi pada hujung minggu.

Penanda aras minyak mentah Brent susut 1.4% kepada $41.47 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menyusut 1.5% dan didagangkan rendah pada $39.23 setong, jatuh lebih daripada $1 sejurus selepas permulaan dagangan sesi Asia.

Amerika Syarikat melaporkan jumlah jangkitan coronavirus baru yang paling tinggi dalam tempoh dua hari hingga Sabtu, sementara di Perancis pula kes baru mencecah lebih daripada 50,000 pada hari Ahad, yang menunjukkan betapa seriusnya penularan wabak tersebut.

Selain itu, penurunan harga komoditi hitam juga terkesan dengan kembalinya eksport minyak Libya yang dijangka akan menambah pengeluaran sehingga 1 juta tong sehari dalam 4 minggu ke pasaran yang telah pun mengalami lebihan bekalan.


Turut menekan harga emas hitam adalah jangkaan bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, termasuk Rusia, OPEC+ akan melonggarkan pemotongan pengeluaran kepada 5.8 juta tong sehari pada Januari depan.

Bagaimanapun, masih belum ada kata putus mengenainya dan ia akan diputuskan pada mesyuarat OPEC pada 30 November dan 1 Disember. Minggu lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaan beliau untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak sekiranya diperlukan.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
OPEC Jadi Tumpuan Untuk Harga Minyak Terus Stabil

Harga minyak terus didagangkan menguat pada hari Khamis, berikutan harapan yang meningkat bahawa OPEC akan menangguhkan rancangan untuk melonggarkan pengurangan pengeluaran disebabkan peningkatan kes Covid-19 membantutkan permintaan bahan bakar.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $43.88 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula positif pada $41.55 setong.

Kedua-dua penanda aras minyak mentah telah mencatatkan peningkatan lebih 12% pada minggu ini diangkat oleh harapan oleh laporan vaksin yang dikembangkan oleh Pfizer menyatakan keberkesanan untuk mencegah coronavirus.

Menteri Tenaga Algeria, memberitahu bahawa OPEC dan sekutunya yang juga dikenali sebagai OPEC+ mungkin akan melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran sebanyak 7.7 juta tong sehati sehingga tahun 2021, atau menambahkan lagi pengurangan jika diperlukan.


Selain itu, pengurangan ketara bekalan minyak mentah Amerika Syarikat turut mendorong kenaikan harga komoditi itu lebih tinggi. Pasaran kini menantikan laporan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai inventori minyak mentah.

Walau bagaimanapun, peningkatan berterusan kes Covid-19 di Eropah dan Amerika Syarikat masih memberi tekanan kepada harga minyak berikutan kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar mungkin terjejas susulan sekatan baru yang dilaksanakan untuk membendung penularan virus.

SUMBER
 

Ridhwan

Member
Harga minyak mentah memanjangkan penurunan minggu lalu dengan diniagakan lebih rendah pada Isnin ditekan oleh kebimbangan permintaan yang berterusan berikutan Amerika Syarikat dan Eropah menyaksikan satu lagi peningkatan jumlah kes Covid-19 paling tinggi pada hujung minggu.

Penanda aras minyak mentah Brent susut 1.4% kepada $41.47 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menyusut 1.5% dan didagangkan rendah pada $39.23 setong, jatuh lebih daripada $1 sejurus selepas permulaan dagangan sesi Asia.

Amerika Syarikat melaporkan jumlah jangkitan coronavirus baru yang paling tinggi dalam tempoh dua hari hingga Sabtu, sementara di Perancis pula kes baru mencecah lebih daripada 50,000 pada hari Ahad, yang menunjukkan betapa seriusnya penularan wabak tersebut.

Selain itu, penurunan harga komoditi hitam juga terkesan dengan kembalinya eksport minyak Libya yang dijangka akan menambah pengeluaran sehingga 1 juta tong sehari dalam 4 minggu ke pasaran yang telah pun mengalami lebihan bekalan.


Turut menekan harga emas hitam adalah jangkaan bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, termasuk Rusia, OPEC+ akan melonggarkan pemotongan pengeluaran kepada 5.8 juta tong sehari pada Januari depan.

Bagaimanapun, masih belum ada kata putus mengenainya dan ia akan diputuskan pada mesyuarat OPEC pada 30 November dan 1 Disember. Minggu lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaan beliau untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak sekiranya diperlukan.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Hari ini harga minyak semakin menaik. Tambahan dengan berita vaksin, aktiviti ekonomi diramal akan kembali normal ttak lama lagi.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Minyak meroket

crude-oil.jpg


Dagangan emas hitam memperluaskan pengukuhan menuju ke paras ketinggian 8 bulan ketika kejatuhan ketara dalam bekalan minyak mentah AS memperpanjangkan kenaikan harga yang sebelum ini disokong oleh harapan pasaran terhadap pemulihan permintaan global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 35 sen kepada $48.88 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menokok 24 sen kepada $45.95 setong pada sesi Asia.

Kedua-dua penanda aras telah mencatatkan peningkatan sekirat 9% pada minggu ini setelah didorong oleh perkembangam positif dalam usaha pembangunan vaksin Covid-19 sekali gus mengangkat harapan pasaran untuk melihat pemulihan permintaan bahan bakar dunia.

lg.php

Harga komoditi itu terus meraih pengukuhan setelah Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) melaporkan penurunan mendadak inventori minyak mentah sebanyak 0.754 juta tong pada minggu lalu, selepas mencatatkan kenaikan 0.768 juta tong pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, stok minyak mentah di Cushing, Oklahoma yang menjadi pemacu untuk niaga hadapan WTI Amerika Syarikat, jatuh sebanyak 1.7 juta tong kepada kira-kira 60 juta tong pada minggu lalu, iaitu terendah sejak awal Oktober.

Selain itu, harga turut disokong oleh jangkaan penangguhan oleh OPEC+ dalam rancangan mereka untuk melonggarkan komitmen pemotongan pengeluaran minyak mentah pada tahun depan.

Sumber Artikel
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1606729335719.png



Panel menteri OPEC+ dilaporkan masih tidak dapat mencapai kesepakatan sama ada mereka akan menangguhkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada Januari, menyebabkan harga minyak jatuh lebih 1% pada sesi Asia hari ini.

WTI Amerika Syarikat diperdagangkan susut 1.2% pada $44.97 setong, manakala minyak mentah Brent jatuh 1.1% kepada $47.70 setong.

Sebahagian besar daripada peserta dalam perbincangan tidak rasmi pada petang Ahad, menyokong untuk mengekalkan pengurangan pengeluaran pada tahap semasa sehingga suku pertama.
lg.php

Namun, ketika Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak bersuara untuk meneruskan tahap pengeluaran semasa, Emiriah Arab Bersatu dan Kazakhstan dilaporkan telah menentang rancangan tersebut.

OPEC dan sekutunya, termasuk Rusia, atau lebih dikenali sebagai OPEC+ telah terikat dengan janji untuk memotong pengeluaran minyak mentah bagi mengimbangi pasaran yang dijejaskan oleh kelemahan permintaan akibat krisis pandemik Covid-19.

Kumpulan itu telah merancang untuk melonggarkan komitmen tersebut, namun disebabkan kebangkitan semula wabak coronavirus di seluruh dunia, pasaran menjangkakan mereka akan menangguhkan rancangan tersebut.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat rasmi OPEC+ pada hari ini dan esok yang akan memutuskan sama ada akan menangguhkan rancangan untuk melonggarkan pemotongan pengeluaran minyak pada Januari 2021.

Sumber Artikel
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

1606893425178.png

Keputusan OPEC Ditangguh, Putera Abdulaziz Rancang Undur Diri?​


Komoditi hitam diperdagangkan di bawah tekanan ketika pasaran menantikan keputusan OPEC+ sama ada kumpulan itu akan menangguhkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mulai tahun hadapan.

Pada pembukaan perdagangan bulan Disember, minyak mentah Brent didagangkan susut pada $47.50 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula pada $44.98 setong.

Kedua-dua penanda aras tersebut telah melonjak sekitar 27% pada bulan November, menjadikannya kenaikan bulanan terbesar sejak bulan Mac setelah perkembangan positif vaksin Covid-19 telah menyokong harapan untuk pemulihan ekonomi yang dapat meningkatkan semula permintaan bahan bakar.

lg.php

Bagaimanapun, harga minyak kembali di bawah tekanan selepas terdapat laporan yang menyatakan OPEC dan sekutunya akan menangguhkan rundingan sehingga hari Khamis disebabkan anggota utama yang masih belum bersetuju dengan rancangan penangguhan.

OPEC+, yang termasuk Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, dijadualkan mengadakan pertemuan pada hari Isnin dan Selasa. Setelah rundingan tidak rasmi pada Ahad gagal mencapai kesepakatan, sumber mengatakan Rusia mencadangkan untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 0.5 juta tong sehari.

Turut merumitkan keadaan, adalah apabila Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman memberitahu mesyuarat OPEC pada hari Isnin bahawa beliau akan mengundurkan diri sebagai ketua bersama jawatankuasa pemantauan menteri. Namun begitu, masih tidak jelas mengapa beliau merancang untuk berbuat sedemikian.

Sumber Artikel
 

Fakhrii

Well-known member
Keputusan OPEC+ Buat Harga Minyak Terbang

1607057045039.png

Harga minyak melonjak lebih tinggi pada hari Jumaat dengan di didagangkan di sekitar paras tertinggi 9 bulan dan berada di landasan untuk kenaikan minggu kelima berturut-turut selepas keputusan OPEC+

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum ( OPEC ) dan sekutunya termasuk Rusia, OPEC+ telah bersetuju untuk mengurangkan pemotongan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari bermula Januari 2021

Ini menjadikan pengurangan yang perlu dipatuhi oleh negara-negara pengeluar adalah sebanyak 7.2 Juta tong sehari, jauh lebih tinggi daripada 5.7 Juta tong sehari yang diputuskan sebelum ini

Pemotongan ini dilaksanakan bagi menangani masalah permintaan minyak mentah yang lemah setelah dijejaskan oleh gelombang kedua coronavirus di seluruh dunia
Keputusan terbaru OPEC+ ini nyata memberi kelegaan buat pasaran minyak selain turut disokong oleh harapan terhadap vaksin Covid-19 yang akan diedarkan secepatnya sebelum akhir tahun

Pada sesi Asia, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 1.9% kepada $49.64 setong, sementara WTI Amerika Syarikat didagangkan menokok 1.8% pada $46.47 setong

Bagaimanapun, kartel itu masih belum memutuskan mengenai sampai bila pemotongan tersebut akan dilaksanakan. Menteri Tenaga Rusia, Alexender Novak mencadangkan supaya mereka mengadakan pertemuan setiap bulan untuk memutuskan sama ada perjanjian akan dilanjutkan selepas bulan Januari

SUMBER
 

FAUZEY_FX

Well-known member
kalau nk trade oil, kena tgk usdcad.. betul tak rakan2 semua?.. usdcad dgn oil inversely proportional
 

ainanana

Active member
f56a1eb7-a858-45dc-ac9d-33b6d35293b9.jpg

Dua telaga minyak di wilayah Kirkuk di utara Iraq telah dibom pada hari ini, dipercayai dilakukan oleh pasukan militan IS sehingga menyebabkan kebakaran besar di kawasan itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada waktu subuh ketika dua bom yang ditanam di telaga meletup di ladang minyak Khubbaz di sebelah barat ibu kota provinsi Kirkuk, kira-kira 250 km sebelah utara ibu kota Iraq, Baghdad, lapora Xinhua yang memetik sumber dari Syarikat Minyak Utara Iraq.

Letupan dua bom itu telah mengakibatkan kebakaran besar di kedua telaga tersebut, kata sumber itu, selain turut menambah bahawa anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian dan sedang berusaha memadamkan api.

Walau bagaimanapun, tidak ada korban jiwa dilaporkan susulan daripada serangan itu, tambah sumber itu.

Hal ini telah mendorong lonjakan buat dagangan komoditi hitam di mana WTI Amerika Syarikat meningkat 1.27% kepada $46.18 setong, sementara minyak mentah Brent pula melonjak 1.23% pada $46.17 setong.

SUMBER

atomic bomb explosion GIF
 

Bintu Ibrahim

New member

Dua telaga minyak di wilayah Kirkuk di utara Iraq telah dibom pada hari ini, dipercayai dilakukan oleh pasukan militan IS sehingga menyebabkan kebakaran besar di kawasan itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada waktu subuh ketika dua bom yang ditanam di telaga meletup di ladang minyak Khubbaz di sebelah barat ibu kota provinsi Kirkuk, kira-kira 250 km sebelah utara ibu kota Iraq, Baghdad, lapora Xinhua yang memetik sumber dari Syarikat Minyak Utara Iraq.

Letupan dua bom itu telah mengakibatkan kebakaran besar di kedua telaga tersebut, kata sumber itu, selain turut menambah bahawa anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian dan sedang berusaha memadamkan api.

Walau bagaimanapun, tidak ada korban jiwa dilaporkan susulan daripada serangan itu, tambah sumber itu.

Hal ini telah mendorong lonjakan buat dagangan komoditi hitam di mana WTI Amerika Syarikat meningkat 1.27% kepada $46.18 setong, sementara minyak mentah Brent pula melonjak 1.23% pada $46.17 setong.

SUMBER

atomic bomb explosion GIF
Fundamentals Yang perlu trader ambil tahu
 

Fakhrii

Well-known member
Harga Minyak Terus Dirundum Malang Dengan Kejatuhan

1608617235643.png

Kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar selepas ancaman variasi baru coronavirus mendorong penutupan lebih ketat dan beberapa negara mengumumkan sekatan perjalanan dari UK terus menekan dagangan minyak mentah.

Kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mutasi virus terbaru yang dikesan di UK adalah terkawal dan boleh dibendung dengan langkah kesihatan sedia ada, pada mulanya memberi kelegaan buat pasaran.

Ini dapat dilihat daripada kebangkitan semula harga minyak mentah Brent yang kembali meningkat selepas jatuh lebih 3% pada $49.20 ketika sesi sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas pasaran menilai kesan sekatan lebih ketat dan sistem penerbangan yang terjejas akibat penutupan sempadan oleh beberapa negara dari UK, menyebabkan pasaran bimbang dengan kekurangan permintaan terhadap bahan bakar.

Pada sesi Asia hari ini, dapat dilihat bahawa pergerakan harga agak terbatas dengan penanda aras minyak mentah Brent sedikit susut pada $50.65 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula merosot pada $47.68 setong.

Selepas kerajaan UK memberi amaran bahawa varian baru virus mempunyai kadar penularan yang tinggi daripada jenis sebelumnya, India, Pakistan, Rusia, Jordan dan beberapa negara Eropah lain terus mengumumkan sekatan perjalanan dari Britain. Sementara Arab Saudi, Kuwait dan Oman pula menutup sempadan mereka sepenuhnya.

Kelulusan pakej rangsangan oleh Dewan Perwakilan AS pula dilihat kurang memberi kesan buat dagangan komoditi hitam itu.

SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
OPEC & Rusia Tidak Sependapat, Bahaya Untuk Pasaran Minyak

opec_russia_290116-1024x768.jpg

Harga minyak mentah kembali catat kejatuhan semula pada Selasa selepas perbincangan di antara negara-negara pengeluar menemui jalan buntu. Pelabur menantikan perkembangan keputusan rundingan yang bersambung pada hari ini.

Niaga hadapan minyak Brent untuk Mac jatuh 0.2% kepada $50.97 setong sementara minyak mentah WTIAS untuk Februari pada paras $47.56 setong, turun 0.1%.

Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OEPC) bersama rakan sekutu dikenali sebagai OPEC+ masih gagal mencapai persetujuan untuk perubahan kadar pengeluaran minyak pada bulan Februari 2021.

Arab Saudi menentang cadangan untuk pengeluaran lebih banyak minyak disebabkan langkah sekatan pergerakan terbaru sementara Rusia pula mahu tingkatkan pengeluaran atas alasan pemulihan pada permintaan bekalan.

Penganalisis melihat percanggahan pendapat antara negara-negara pengeluar akan memberi kesan buruk terhadap pasaran minyak mentah.

Namun terdapat faktor yang menyokong kenaikan harga minyak iaitu ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah.

Terdapat laporan bahawa Tentera Pengawal Revolusi Iran merampas kapal tangki dengan bendera Korea Selatan di perairan teluk dan menahan kru kapal di tengah-tengah pertelingkahan antara Tehran dan Seoul mengenai isu pembekuan dana Iran di bank Korea Selatan disebabkan sekatan Amerika Syarikat (AS).

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top