Harga minyak mentah memanjangkan penurunan minggu lalu dengan diniagakan lebih rendah pada Isnin ditekan oleh kebimbangan permintaan yang berterusan berikutan Amerika Syarikat dan Eropah menyaksikan satu lagi peningkatan jumlah kes Covid-19 paling tinggi pada hujung minggu.
Penanda aras minyak mentah Brent susut 1.4% kepada $41.47 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menyusut 1.5% dan didagangkan rendah pada $39.23 setong, jatuh lebih daripada $1 sejurus selepas permulaan dagangan sesi Asia.
Amerika Syarikat melaporkan jumlah jangkitan coronavirus baru yang paling tinggi dalam tempoh dua hari hingga Sabtu, sementara di Perancis pula kes baru mencecah lebih daripada 50,000 pada hari Ahad, yang menunjukkan betapa seriusnya penularan wabak tersebut.
Selain itu, penurunan harga komoditi hitam juga terkesan dengan kembalinya eksport minyak Libya yang dijangka akan menambah pengeluaran sehingga 1 juta tong sehari dalam 4 minggu ke pasaran yang telah pun mengalami lebihan bekalan.
Turut menekan harga emas hitam adalah jangkaan bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya, termasuk Rusia, OPEC+ akan melonggarkan pemotongan pengeluaran kepada 5.8 juta tong sehari pada Januari depan.
Bagaimanapun, masih belum ada kata putus mengenainya dan ia akan diputuskan pada mesyuarat OPEC pada 30 November dan 1 Disember. Minggu lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaan beliau untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak sekiranya diperlukan.
Fundamentals Yang perlu trader ambil tahu
Dua telaga minyak di wilayah Kirkuk di utara Iraq telah dibom pada hari ini, dipercayai dilakukan oleh pasukan militan IS sehingga menyebabkan kebakaran besar di kawasan itu.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada waktu subuh ketika dua bom yang ditanam di telaga meletup di ladang minyak Khubbaz di sebelah barat ibu kota provinsi Kirkuk, kira-kira 250 km sebelah utara ibu kota Iraq, Baghdad, lapora Xinhua yang memetik sumber dari Syarikat Minyak Utara Iraq.
Letupan dua bom itu telah mengakibatkan kebakaran besar di kedua telaga tersebut, kata sumber itu, selain turut menambah bahawa anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian dan sedang berusaha memadamkan api.
Walau bagaimanapun, tidak ada korban jiwa dilaporkan susulan daripada serangan itu, tambah sumber itu.
Hal ini telah mendorong lonjakan buat dagangan komoditi hitam di mana WTI Amerika Syarikat meningkat 1.27% kepada $46.18 setong, sementara minyak mentah Brent pula melonjak 1.23% pada $46.17 setong.
SUMBER
tak pasti pula..sebab focus teknikal shj wti nikalau nk trade oil, kena tgk usdcad.. betul tak rakan2 semua?.. usdcad dgn oil inversely proportional
Kami hanya memilih broker yang terbaik!
Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran