[UPDATE] Harga Emas Pada Hari Ini

Fakhrii

Well-known member
Emas Tersangkut Di Skala Sekitar $ 1,842 ?

1607332185157.png

Emas didagangkan mendatar pada hari Isnin setelah meraih keuntungan pada minggu lalu di tengah-tengah jangkaan yang meningkat terhadap langkah rangsangan tambahan oleh Amerika Syarikat

Memasuki sesi Eropah, spot emas sedikit susut pada $ 1,838 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $ 1,842 per auns ( 3:45 petang waktu Malaysia )

Data pekerjaan NFP yang menunjukkan pertumbuhan lebih lemah daripada dijangkakan telah meningkatkan harapan pasaran bahawa Amerika Syarikat akan melakukan sesuatu untuk memastikan ekonominya kekal mengukuh dalam berdepan pandemik coronavirus

Logam juning emas cenderung untuk meningkat sekiranya lebih banyak langkah rangsangan fiskal oleh kerajaan

Bagaimanapun, harapan ini gagal mendorong kenaikan harga emas lebih tinggi untuk menembusi paras harga $ 1,850 disebabkan peningkatan safe-heaven US Dolar berikutan lonjakan hasil bon kerajaan 10 tahun ke paras tertinggi 8 setengah bulan

Dalam pada itu, Britain dilaporkan akan menjadi negara pertama yang melancarkan vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer Inc dan BioNTech pada minggu ini

SUMBER
 

extr-o

Well-known member
Keadaan yg bersifat sementara. Chart W1 dan MN menunjukkan masih "Bullish". Untuk peminat emas fizikal pula harga rendah ini adalah peluang untuk membeli emas atau menambah pelaburan melalui akaun Hellogold dan juga melalui akaun emas di bank-bank terutamanya Maybank dan Public Bank.
 
Mgkin akan alami penurunan tapi kmgkinan juga akan alami kenaikan semula jika vaksin tidak memulihkan keadaan.
Masih samar2 keberkesanan vaksin ni
 

Fakhrii

Well-known member
Emas Bergelut Pada Dagangan Awal Mingguan

1607938068979.png

Emas memulakan dagangan awal minggu ini dengan tidak bermaya ketika pasaran menyambut baik perkhabaran mengenai vaksin Covid-19 yang akan mula diedarkan pada hari ini sehingga mendorong pelabur melepaskan pegangan terhadap aset safe-heaven itu

Memasuki sesi Eropah, emas diperdagangkan susut 0.3% pada $ 1,832 per auns, manakala niaga hadapan emas pula merosot pada $ 1,835 per auns

Walaupun pasaran kini turut disokong oleh optimisme terhadap pakej rangsangan coronavirus AS, namun logam berharga ini gagal memanfaatkan peluang kenaikan berikutan keyakinan terhadap pemulihan global susulan berita positif mengenai vaksin

Amerika Syarikat dijangka akan memulakan kempen vaksinasinya seawal hari ini, dengan harapan bahawa sekatan coronavirus di beberapa kawasan dapat segera berakhir dan pemulihan global yang lebih cepat

Namun begitu, keyakinan terhadap langkah rangsangan AS masih menyokong dagangan komoditi emas daripada jatuh lebih rendah

Mesyuarat polisi FOMC pada hari Khamis akan menjadi tumpuan pasaran minggu ini di mana Federal Reserve ( FED ) dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.25%

SUMBER
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Ya, bila market Risk-on (kurang berisiko) emas akan mula dilepaskan. Supply banyak, maka makin jatuhlah nilai emas.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top