[UPDATE] Harga Emas Pada Hari Ini

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
goldusd.jpg




Harga Emas setakat 6 pagi hari ini - $1740 per ounce

.
.

Akan diupdate setiap hari

 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Dagangan logam berharga emas jatuh lebih rendah pada awal minggu berikutan peningkatan semula matawang US dolar di tengah-tengah kurangnya kemajuan dalam rundingan pakej rangsangan AS.

Spot emas diniagakan susut pada $1,902 per auns setelah mencecah paras terendah lebih satu minggu pada $1,890 ketika sesi Asia semalam. Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,898 per auns (3.00 petang waktu Malaysia semalam).

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama pula menguat 0.2% pada 92.93.

Pada Ahad, Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi mengatakan bahawa pentadbiran Trump sedang meneliti pelan rangsangan COVID-19 terbaru dan beliau mengharapkan tindak balas daripada White House pada hari Isnin.


Peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat menguatkan lagi keperluan bahawa rangsangan lebih besar perlu dilancarkan.

Menurut Johns Hopkins University, kes baru coronavirus di Amerika Syarikat lebih 83,000 pada hari Jumaat dan Sabtu, melebihi rekod tertinggi yang dicatatkan pada Julai iaitu sebanyak 77,300 kes.

Ketua kakitangan White House, Mark Meadows memberitahu pada hari Ahad bahawa Amerika Syarikat tidak akan dapat mengawal wabak tersebut di tengah-tengah lonjakan kes baru.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Kalau vaksin keluar, ekonomi akan stabil semula. Pegangan emas akan dilepaskan. Pelabur akan mula melabur semula ke dalam pasaran, instead of simpan emas.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
News vaksin yang positif akan buatkan pegangan terhadap aset safe haven dilepaskan. Antara aset safe haven adalah Gold, matawang JPY, CHF dan USD. Semua ni akan melemah.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Berita Positif Vaksin Buat Harga Emas Terbantut

Logam kuning emas terus didagangkan mendatar setelah mencatatkan sedikit peningkatan pada awal sesi Asia di tengah-tengah keyakinan meningkat terhadap vaksin Covid-19 yang berpotensi.

Spot emas didagangkan berlegar di sekitar paras harga $1,870 per auns, sementara niaga hadapan emas pula pada $1,867 per auns (3.15 petang waktu Malaysia).

Berita positif mengenai vaksin yang dikembangkan oleh Pfizer dan BioNTech telah menyokong sentimen pasaran terhadap aset berisiko dan menekan dagangan emas untuk jatuh sekitar 4.2% pada minggu ini.

Namun begitu, disebabkan situasi semasa yang masih menyaksikan peningkatan tinggi dalam kes jangkitan Covid-19, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah, membuatkan ada pelabur yang enggan melepaskan aset safe-haven emas.


Kes seluruh dunia terus menunjukkan peningkatan, meletakkan harapan untuk pemulihan ekonomi global kembali pudar. Data terkini daripada Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kes global telah melebihi 52 juta dan angka kematian pula lebih 1.28 juta.

Dalam pada itu, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde terus memberi isyarat untuk menambah sokongan terhadap ekonomi berikutan kes yang semakin meningkat di Eropah dan ia juga dijangka bertambah buruk pada musim sejuk.

Emas cenderung untuk mendapat keuntungan daripada langkah rangsangan daripada bank pusat berikutan ia dilihat sebagai lindung nilai daripada inflasi dan penurunan matawang.

SUMBER
 

Mohdafeef

New member
Kita sedia maklum bahawa harga emas baru baru ini jatuh ke paras terendah. Hampir 1200pips harga emas jatuh. Ini kerana pelabur luar takut untuk melabur ke US disebabkan trump kalah dalam pilihan raya.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top