[UPDATE] Harga Emas Pada Hari Ini

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Makin Naik Harga Emas

1608191785043.png

Emas mengukuhkan kedudukan menghampiri paras tertinggi satu minggu selepas keputusan Federal Reserve ( FED ) untuk mengekalkan kadar faedah di tahap terendah 0.00 - 0.25% dan perkembangan positif mengenai pakej rangsangan AS melemahkan US Dolar

Logam berharga itu kini di landasan untuk kenaikan minggu ketiga berturut-turut, selepas FED berjanji pada mesyuarat polisi terakhir pada 2020 untuk mempertahankan program pembelian asetnya yang besar sehingga ia melihat terhadap kemajuan dalam pekerjaan dan inflasi

Menjelang dagangan sesi Eropah, emas diperdagangkan tinggi di paras harga $ 1,868 per auns, menghampiri paras rintangan pada $ 1,875. Sementara niaga hadapan emas pula menguat pada $ 1,873 per auns ( 2.30 petang waktu Malaysia )

Sementara itu, optimisme pasaran yang meningkat bahawa kesepakatan dalam pakej rangsangan AS akan dicapai turut menyokong dagangan logam kuning emas

Pemimpin Demokrat Senat Chuck Schumer mengatakan bahawa mereka berada di landasan untuk mencapai perjanjian. Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell juga memberitahu bahawa para pemimpin telah membuat kemajuanbesar dalam usaha ke arah kesepakatan

Walaupun perjanjian dicapai mungkin tidak merangkumi semua yang diinginkan oleh Demokrat, tetapi Schumer mengatakan ia perlu dalam jangka pendek dan berjanji akan bekerja keras untuk memberi bantuan tambahan pada masa akan datang

SUMBER
 

Wen

Well-known member
Staff member
Gold Price Futures (GC) Technical Analysis – Trend Changed to Up on Trade  Through $1879.80


Kebimbangan pasaran terhadap penemuan varian baharu Covid-19 dan perkembangan positif mengenai pakej rangsangan Amerika Syarikat, telah memberi manfaat buat dagangan safe-haven emas ketika pembukaan dagangan minggu ini.

Emas terus mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan didagangkan meningkat pada $1,905 per auns menjelang sesi Eropah,semntara niaga hadapan emas pula menguat pada $1,910 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).

Kenaikan ini telah disokong oleh ancaman baru Covid-19 yang merebak dengan cepat di UK dan digambarkan oleh setiausaha Kesihatan UK,Matt Hancock sebagai di luar kawalan,telah mendorong para pelabur mencari perlindungan daripada aset safe-haven.

Hal ini telah mendorong negara itu melaksanakan sekatan di London dan beberapa kawasan di England untuk membendung penularan yang lebih serius. Selain itu,beberapa negara terutamanya Kesatuan Eropah (EU) juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sempadan mereka dan menyekat penerbangan dari UK.

Emas terus meningkat lebih tinggi selepas para pemimpin Kongres AS dilaporkan mencapai kata sepakat ke atas pakej rangsangan bernilai $900 billion untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat krisis Covid-19

Dewan perwakilan AS akan mengundi rang undang-undang tersebut pada hari ini diikuti pula oleh Senat.Turut menyokong dagangan emas adalah ketidakpastian mengenai Brexit yang kembali membelenggu pasaran menyebabkan para pelabur beralih kepada safe-haven.

sumber
 

Wen

Well-known member
Staff member
Pierre Lassonde Says Gold Could Hit $25,000 in 30 Years - U.S. Global  Investors

Emas gagal mengekalkan pengukuhan di atas paras harga $1,900 yang di capainya pada sesi dagangan Isnin,dengan kembali memaparkan kejatuha ketara susulan kekuatan dolar Greenback.

Walaupun Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang pakej rangsangan coronavirus baru pada hari ini, namun dagangan logam kuning itu gagal memanfaatkan peluang kenaikan.

Rang undang-undang yang bakal ditandatangani oleh Presiden Donald Trump itu,merangkumi pembayaran langsun sebanyak $600 serta bayaran tambahan sebagai bantuan pengangguran kepada rakyat Amerika yang terkesan

Kebimbangan pasaran mengenai penemuan varian baharu coronavirus di UK telah mendorng daya tarikan buat US dolar sebagai safe-haven meningkat lebih tinggi daripada logam berharga itu.

Pada sesi awal Eropah,emas didagangkan berlegar disekitar paras harga $1,870 per auns,manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,875 oer auns (4.20 petang waktu Malaysia).Sementara itu,dolar greenback terus mengukuh meskipun berada jauh di bawah puncak yang dicapainya semalam pada 90,18.


sumber
 

extr-o

Well-known member
Ini adalah kesan dari penjualan emas secara besar-besaran untuk pembelian matawang kripto terutamnya Bitcoin oleh institusi gergasi baru-baru ini.
 

Wen

Well-known member
Staff member
Gold prices fall today amid profit-booking and India-China border tension;  silver rates slump - The Financial Express


Emas sedikit meningkat pada hari Rabu,namun kekal didagangkan di bawah tekanan selepas Presiden Donald Trump mengancam tidak akan menandatangani pakej rangsangan coronavirus yang sekian lama dinantikan.

Pada awal sesi Eropah,spot emas didagangkan stabil pada $1,866 per auns,sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,870 per auns (3.45 petang waktu Malaysia)

Kenaikan didorong oleh penyusutan US dolar pada sesi dagangan hari ini.Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback susut 0.2% berbanding sekumpulan matawang utama

Pada sesi Asia hari ini, Trump telah menggesa Kongres supaya meminda rang undang-undang pakej coronavirus yang telah dipersetujui dan meningkatkan bantuan buat rakyat Amerika kepada $2,000.Jika tidak,beliau tidak akan menandatanganinya.

Hal ini secara tidak langsung menimbulkan ketidakpastian mengenai pakej bantuan yang dinantikan selama berbulan-bulan. Harapan pasaran untuk pakej rangsangan diterima oleh Trump masih ada,memandangkan Speaker Dewan Perwakilan,Nancy Pelosi menyatakan kesediaan Demokrat untuk meluluskan pembayaran langsung sebanyak $2,000 untuk rakyat Amerika.

Halangan utama buat pakej rangsangan dipinda dan diluluskan ini tertumpu pada kesediaan Senat AS yang sebelum ini enggan menerima cadangan pakej bantuan yang lebih besar.


sumber
 

Wen

Well-known member
Staff member
Gold prices end lower as easing coronavirus lockdowns spark optimism -  MarketWatch


Emas meneruskan peningkatan susulan kemerosotan US dolar walaupun US dolar walaupun pergerakan yang dipamerkan agak terbatas pada sesi dagangan hari ini.

Menjelang pembukaan sesi Eropah,emas didagangkan meningkat pada $1,876 per auns,manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,880 per auns (2.40 petang waktu Malayisa)

Berita bahawa UK dan Kesatuan Eropah (EU) yang semakin hampir dengan kesepakatan perdagangan telah memacu kenaikan matawang pound dan euro,serta matawang utama lain,sekali gus mendorong kejatuhan dolar greenback.

Semua tumpuan pasaran kini tertumpu kepada perkembangan mengenai Brexit yang dijangka akan dicapai pada pagi ini waktu London

Dalam perkembangan terbaru,Laura Kuenssberg yang juga wartawan BBC mengatakan Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangka akan bercakap dengan ketua EU kira-kira jam 7 pagi waktu UK dan diikuti dengan sidang media pada 8 pagi (4.00 petang waktu Malaysia)

Walaupun berita ini sepatutnya menekan dagangan emas,namun disebabkan kemerosotan US dolar,logam kuning itu memanfaatkan peluang ini untuk meningkat.

Bagaimanapun,pergerakan logam safe-haven itu agak terbatas memandangkan para pelabur turut beralih ke aset risiko berikutan sentimen pasaran yang positif selain turut di pengaruhi oleh pergerakan pasaran yang perlahan menjelang cuti perayaan Krismas


sumber
 

Wen

Well-known member
Staff member
Gold rate reclaims Rs 50,000 on stimulus hopes - The Economic Times


Harga emas melonjak pada sesi Asia selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani rang undang-undang rangsangan coronavirus $900 bilion dan dana kerajaan bernilai $1.4 trilion

Logam berharga itu berjaya mencecah paras rintangan $1,900 per auns,sebelum kembali mengurangkan keuntungan dengan didagangkan menguat di sekitar paras harga $1,894 auns,manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,899 oer auns (11.45 pagi waktu Malaysia)

Trump yang pada mulanya menolak untuk menandatagani pakej rangsangan coronavirus AS dan menggesa supaya kongres untuk memindahnya pada minggu lalu,tiba-tiba sahaja berubah fikiran dengan menandatanganinya hari ini.

Hal ini telah mendorong kemerosotan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama dengan didagangkan lemah disekitar pars terendah 2 setengah tahun pada 90.10

Emas kini bersedia untuk penutupan tertinggi dalam tempoh tujuh minggu,dan mencatatkan kenaikan bulanan pertama sejak Julai setelah berlakunya kerugian disebabkan oleh perkembangan mengenai vaksin coronavirus yang positif

Namun begitu,pelabur perlu berhati-hati menjelang musim percutian akhir tahun yang boleh mempengaruhi momentum pergerakan harga emas dan pasaran


sumber
 

Wen

Well-known member
Staff member
Gold rate reclaims Rs 50,000 on stimulus hopes - The Economic Times


Harga Emas sedikit meningkat pada Selasa,disokong oleh US dolar yang lebih lemah ketika tumpuan para pelabur kini tertumpu pada undian Senat ke atas rang undang-undang baru untuk meningkatkan bantuan cek kepada rakyat Amerika

Memasuki sesi Eropah,logam berharga itu didagangkan meningkat pada $1,880 per auns,sementara niaga hadapan emas pula positif pada $ 1,883 per auns (4.00 petang waktu Malaysia)

Pada sesi Asia hari ini, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang untuk meningkatkan bantuan cek menjadi $2,000 seperti yang di cadangkan Presiden Donald Trump pada minggu lalu

Ini telah mendorong dagangan US dolar lebih rendah berbanding pesaing utamanya,berikutan lonjakan dalam pasaran ekuiti yang menyaksikan saham Jepun mencapai paras tertinggi dalam tempoh 30 tahun disebabkan optimisme yang meningkat menjelang undian Senat

Walau bagaimanapun,kenaikan diraih oleh emas diliha agak terbatas memandangkan sentimen positif dalam pasaran turut mendorong para pelabur melepaskan pegangan terhadap aset safe-haven


sumber
 

Wen

Well-known member
Staff member
Gold baru.jpg

Lihat gambar carta harga XAU/USD di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.

Harga emas pada minggu ini masih gagal melepasi paras $1,900 apabila paras harga tersebut berjaya dicapai pada awal sesi Asia semalam sebelum harga kembali susut semula.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan cubaan kenaikan harga untuk 2 minggu berturut-turut namun gagal kekal berada di atas paras $1,900 hanya sekadar mengujinya sahaja.

Faktor penyusutan nilai dagangan emas minggu ini dilihat bersandarkan pada perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) setelah Presiden Donald Trump menandatangani pakej tersebut.

Menambahkan lagi kegembiraan rakyat AS apabila bantuan $600 bakal ditingkatkan kepada $2,000 selepas Dewan Perwakilan meluluskan cadangan tersebut setelah dikritik Trump sebelum ini.

Sentimen positif tersebut telah memulihkan keyakinan pelabur dalam pasaran sekaligus mendorong pelabur melepaskan pegangan aset safe-haven dan beralih kepada pasaran berpulangan tinggi.

Dapat dilihat harga emas kembali susut namun masih disokong di atas paras 1875.00 dengan pergerakan harga lebih perlahan pada Selasa.

Penurunan harga di bawah paras sokongan 1875.00 akan mendorong harga bergerak susut lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1850.00.

Namun jika harga kembali pamerkan lonjakan semula, paras rintangan 1900.00 akan kembali diuji sekali lagi.

Melepasi paras penting tersebut, pelabur akan memberi memantau paras-paras tumpuan seterusnya seperti di zon harga 1910.00 dan 1938.00.
 

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Tiada Kenaikan Mendadak Harga Emas Tahun Hadapan

jj-1024x573.png

KUALA LUMPUR: Harga emas dijangka tidak akan meningkat secara mendadak pada 2021 seperti yang berlaku tahun ini, berikutan unjuran pemulihan ekonomi di seluruh dunia.

Logam berharga itu kembali mencuri perhatian pelabur menuju ke penghujung 2020, selepas Donald Trump menandatangani pakej rangsangan COVID-19 bernilai AS$900 bilion (RM3.65 trilion).

Penganalisis pasaran, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata pelan rangsangan Amerika Syarikat (AS) itu memberi petanda bahawa lebih banyak dolar akan disalurkan ke dalam negara berkenaan, yang akan menyebabkan nilai dolar kekal rendah.

Beliau berkata, ini akan memberi rangsangan kepada emas kerana ia adalah pelaburan alternatif kepada dolar.

"Jika nilai dolar meningkat, kebiasaannya harga emas akan menurun dan sebaliknya akan berlaku jika dolar menurun.

"Namun, jika ekonomi kembali pulih pada 2021 seperti jangkaan penganalisis global, mata wang dolar akan kembali mengukuh.

"Ia sekali gus akan menstabilkan harga emas dan tidak akan berlaku kenaikan ketara," katanya

Ahmed Razman yang juga Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS) berkata, untuk jangka masa panjang, nilai emas bagaimanapun akan sentiasa berterusan meningkat disebabkan faktor wang fiat.

Sementara itu, Pengurus Besar Peruncitan Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, berkata harga emas secara keseluruhannya tahun ini meningkat sebanyak 20 peratus sejak Januari lalu.

Katanya, terdapat banyak faktor menyumbang kepada kenaikan harga emas antaranya perang perdagangan China dan AS, selain ketidakpastian ekonomi yang menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

"Sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, orang ramai berkunjung ke kedai emas untuk membeli dan menjual emas.

"Mereka sudah mula mengetahui kepentingan melabur emas dalam bentuk jongkong atau perhiasan kerana harganya yang sentiasa meningkat dan memberi pulangan yang menguntungkan.

"India dan China juga menerima permintaan emas yang tinggi dalam kalangan rakyat mereka," katanya.

Mohd Zaruddin berkata, walaupun vaksin COVID-19 sudah tersedia, ekonomi global masih sukar pulih dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, ini kerana masih banyak negara yang menghadapi kesukaran untuk memulihkan keadaan ekonomi mereka.

"Penganalisis ekonomi menjangkakan harga emas akan melonjak naik antara AS$2,300 sehingga AS$2,500 seauns pada pertengahan 2021," katanya.

SUMBER
 

mdzaki

Well-known member
....""Penganalisis ekonomi menjangkakan harga emas akan melonjak naik antara AS$2,300 sehingga AS$2,500 seauns pada pertengahan 2021," katanya. ....

kepada warga yg terima i-sinar tuu boleh dah tinjau tinjau kedai emas. cuba jugak tegok bank yg buat lelongan barang kemas
 

Muhammad afiq

Active member
....""Penganalisis ekonomi menjangkakan harga emas akan melonjak naik antara AS$2,300 sehingga AS$2,500 seauns pada pertengahan 2021," katanya. ....

kepada warga yg terima i-sinar tuu boleh dah tinjau tinjau kedai emas. cuba jugak tegok bank yg buat lelongan barang kemas
Kalau ini betui..untung siapa yg ada simpanan emas yg banyak..blh buat saving tuu
 

Wen

Well-known member
Staff member
How Can I Invest in Gold?

Emas kembali meraih pengukuhan susulan kemerosotan US dolar ketika para pelabur menantikan keputusan rasmi pilihan raya di Georgia yang akan menentukan kuasa dalam Senat Amerika Syarikat.

Pada awal sesi Eropah, emas didagangkan meningkat pada $1,947 per auns, sementara niaga hadapan emas pula stabil pada $1,951 per auns (3.15 petang waktu Malaysia).

Logam berharga itu kekal didagangkan kukuh selepas melonjak ke paras ketinggian 8 minggu pada paras harga $1,955 per auns ketika sesi Asia

Menurut laporan terbaru oleh NBC News, Rapahel Warnock dari parti Demokrat mendahului Kelly Loeffler dari Republik dengan 97% undian. Sementara pengiraan undian antara Jon Ossoff (D) dan David Perdue (R) pula masih dijalankan dengan persaingan masing-masing dilihat sangat sengit.

Sekiranya Demokrat memenangi kedua-dua kerusi dalam pilihan raya ini, ia akan membuka jalan buat parti itu menguasai Senat dan memudahkan lebih banyak langkah rangsangan dilaksanakan di bawah pimpinan Presiden Joe Biden.

Sementara itu, dolar greenback terus menjunam ke paras terendah terbaru sejak April 2018 berbanding kebanyakan matawang utama meskipun dengan lonjakan dalam hasil perbendaharaan AS


SUMBER
 

Wen

Well-known member
Staff member
Gold to get costlier? History shows rally has just started - The Financial  Express

Emas bergelut untuk mempertahankan keuntungan hariannya dengan didagangkan mendatar di sekitar paras harga $1920 per auns pada awal sesi Eropah

Harga emas telah mencatatkan penurunan drastik sekitar 2.5% setelah menokok ke paras tertinggi sejak 9 November pada $1959 per auns pada Rabu susulan peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun

Kemenangan parti Demokrat dalam pemilihan Senat di Georgia telah menguatkan lagi harapan pasaran untuk lebih banyak langkah rangsangan akan dilaksanakan oleh AS

Namun begitu,ia gagal mempengaruhi dagangan logam kuning itu untuk meningkat lebih tinggi

Hal ini kerana,jangkaan pinjaman kerajaan yang lebih besar telah mendorong penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun untuk melonjak ke atas paras 1% buat pertama kali sejak Mac 2020

Peningkatan ini telah membantu menyokong dagangan dolar greenback untuk bangkit dari paras terendah 2 setengah tahun yang direkodkan pada hari Rabu,menyebabkan pegangan terhadap emas di lepaskan

Sementara itu, rusuhan keganasan oleh penyokong Presiden Donald Trump d Capitol Hill,di mana ahli parlimen bersidang untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya 2020 juga dilihat gagal mempengaruhi dagangan safe-haven emas


 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top