[Update] Berita Semasa Bitcoin dan Kripto

Sejak kebelakangan ini pelbagai isu yang melibatkan matawang kripto, Bitcoin berlaku. Bermula dengan kes penggodaman KuCoin hingga BitMEX yang berhadapan tindakan undang-undang Amerika Syarikat (AS).

Untuk pengetahuan, platform pertukaran KuCoin telah digodam dan sebanyak lebih $100 juta telah berjaya dicuri.

Beberapa hari kemudian, pihak kerajaan AS telah mendakwa salah seorang pengerusi BitMEX atas kesalahan undang-undang.

Namun, kedua-dua insiden tersebut tidak memberi kesan negatif yang mendadak terhadap harga Bitcoin.

Menurut CEO aplikasi pelaburan Amber, Aleks Svetski, ketahanan harga Bitcoin, bergantung kepada beberapa faktor... sambung baca di link bawah geng ✌️😆

Sumber berita
 
tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
BTC 27102020.png

Hari ini pasaran menyaksikan lonjakan terbaru harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) melepasi paras $13,800 sebentar tadi mencatatkan paras tertinggi pada tahun ini.

Segelintir pelabur dan penganalisis mata wang kripto Bitcoin beranggapan aset tersebut perlu melepasi paras nilai $14,000 sebelum lonjakan yang berterusan.

Rekod tertinggi 2020 dicatatkan hari ini nampaknya kembali menguji paras tertinggi pada 2019 di sekitar paras tersebut dengan paras $14,000 menjadi rintangan utama. Pelabur akan menantikan reaksi harga pada zon tersebut.

Berdasarkan pemerhatian ahli strategi makro, Raoul Pal, ini bermakna kini berbaki dua paras rintangan utama harga BTC iaitu $14,000 dan $20,000. Pemerhatiannya juga membawa kepada jangkaan untuk harga bakal mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal 2021.

Tidak mustahil jika akan berlaku peningkatan inflasi yang mana akan mempengaruhi hubungan antara bitcoin dan pasaran ekuiti.

Pada masa yang sama, penganalisis pasaran Etoro, David Derhy berpendapat kedudukan nilai bitcoin ketika ini wajar dilihat dengan lebih positif, berharap menuju paras $20,000 tanpa melihat semula paras sebelum ini, $12,000.

Perkara tersebut dapat dikukuhkan dengan situasi Amerika Syarikat (AS) yang akan berhadapan dengan pilihan raya pada 3 November ini dan dijangka ransangan ekonomi dari pemerintah akan berlaku walaupun masih tiada perbincangan setakat ini.

SUMBER
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Pada sabtu lepas, harga BTC telahpun mencapai $14,000 sebelum berlaku rebounce. Rebounce memang dijangka bila harga sentuh resistance tersebut. Sekarang harga di sekitar $13,700. Mungkin minggu ini kita boleh lihat harga tembus resistance $14,000 dan sasaran seterusnya resistance di $20,000.

Sama-sama kita tunggu n lihat.
 
Fakhrii

Well-known member

Terbaik .. Terima kasih tuan untuk info ini

happy dance GIF by Demic
 
Hanef

Member
Moshed Trader Club
Hari ini pasaran menyaksikan lonjakan terbaru harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) melepasi paras $13,800 sebentar tadi mencatatkan paras tertinggi pada tahun ini.

Segelintir pelabur dan penganalisis mata wang kripto Bitcoin beranggapan aset tersebut perlu melepasi paras nilai $14,000 sebelum lonjakan yang berterusan.

Rekod tertinggi 2020 dicatatkan hari ini nampaknya kembali menguji paras tertinggi pada 2019 di sekitar paras tersebut dengan paras $14,000 menjadi rintangan utama. Pelabur akan menantikan reaksi harga pada zon tersebut.

Berdasarkan pemerhatian ahli strategi makro, Raoul Pal, ini bermakna kini berbaki dua paras rintangan utama harga BTC iaitu $14,000 dan $20,000. Pemerhatiannya juga membawa kepada jangkaan untuk harga bakal mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal 2021.

Tidak mustahil jika akan berlaku peningkatan inflasi yang mana akan mempengaruhi hubungan antara bitcoin dan pasaran ekuiti.

Pada masa yang sama, penganalisis pasaran Etoro, David Derhy berpendapat kedudukan nilai bitcoin ketika ini wajar dilihat dengan lebih positif, berharap menuju paras $20,000 tanpa melihat semula paras sebelum ini, $12,000.

Perkara tersebut dapat dikukuhkan dengan situasi Amerika Syarikat (AS) yang akan berhadapan dengan pilihan raya pada 3 November ini dan dijangka ransangan ekonomi dari pemerintah akan berlaku walaupun masih tiada perbincangan setakat ini.

SUMBER
Betul2 nak ke bulan bitcoin ni!
 
tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Beli untuk invest ke? Susah juga nak cakap. Tapi personally bagi sy harga XRP sekarang $0.23 masih baik. Saya jangka juga bulan ni crypto akan mula uptrend sehingga Jan 2021. Itu jangkaan peribadi saya.

Apapun kena bijak melabur. Jangan all in, stress nanti kalau x menjadi.
 
nabil

Terbaik ni. Selain dari XRP, apa lagi coin yg boleh kita invest now?
 
Kripto yang terbaik untuk invest sentiasa adalah Bitcoin.

Selain tu list top100 dalam coinmarketcap atau coingecko ada potensi juga.

Macam sy sendiri, sy invest juga DOT, LINK, KSM, ONT, eGLD, TRX, ZIL, BTT dan sikit2 yg lain
 
Last edited:

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top