🔴 LIVE [UPDATE] BELANJAWAN 2021

safwanahz

Active member
Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam sebanyak RM600 untuk Gred 56 kebawah.
Bantuan akan dibayar pada awal tahun 2021.
 

safwanahz

Active member
Apabila ada pihak-pihak yang meletakkan syarat untuk menyokong Belanjawan 2021, rasa bimbang mulai timbul, sama ada belanjawan itu perlu diluluskan atau tidak, bagi mengelakkan risiko lebih besar kepada ekonomi rakyat dan negara dalam berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Isu sokongan bersyarat berbangkit apabila Barisan Nasional (BN) dan blok pembangkang mengemukakan dua cadangan utama iaitu membenarkan pengeluaran simpanan ‘one-off’ secara sekali gus daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman institusi kewangan, selain mempertikai cadangan mengembalikan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan peruntukan besar.

Blok kerajaan melalui pembahas utamanya Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) mengemukakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021.

Sokongan bersyarat yang dilihat popular dalam kalangan rakyat itu meliputi tuntutan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP dan pelanjutan moratorium selama enam bulan sehingga Jun 2021.

Perkara sama turut disuarakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan menimbang semula jumlah RM500 pengeluaran KWSP kerana disifatkan tidak munasabah bagi golongan B40 selain turut meminta kerajaan menumpukan kepada pelanjutan moratorium.

-Bernama
 

Asa Femi

Active member
Semalam KWSP umumkan perincian mengenai pengeluaran daripada akaun 1 namun hanya diberikan secara bersasar. Adakah anda setuju dengan tindakan KWSP itu? Atau KWSP sepatutnya memberikan sahaja pembayaran one-off kepada semua pencarum tanpa mengenakan sebarang syarat? Kongsikan pendapat anda.
 

ijat_introvert

Active member
Moshed Trader Club
Saya rasa sebagai pencarum KWSP, kita berhak mendapat sejumlah wang tersebut secara one-off, lebih-lebih lagi dengan negara dilanda pandemik Covid-19. Boleh kata semua orang terjejas tak kira yang bekerja di kerajaan mahupun di swasta, status dan latar belakang.

Tapi, mungkin KWSP ada rancangan tersendiri bagi memantau keadaan semasa selepas pengeluaran daripada akaun 1.
 

mior

Member
setuju.. kalo one-off sedebuk dapat sedebuk jugak senang pergi.. sebelom menyesal lebih baik bersasar.. tak semua bole jaga mm dengan betol.. hanya pendapat.. hehe
 

MorubozuWings

Well-known member
Nah Ole Ole Untuk Korang...Traders² Berjaya Dah Dapat USD pon Nak KWSP lagi ke?

FB_IMG_1605591939020.jpg
 

ashrafsub101

Well-known member
Kebanyakan pencarum tak mahu kurangkan 'komitment' yang sedia ada. harapkan duit kwsp untuk bayar hutang-hutang yang masih ada. apa exit plan mereka selain bayar tunggakkan yang hanya cover beberapa bulan shj
 
Bermula 1 Disember kemaskini perlu dibuat untuk semua ahli kwsp yang berminat. Pembayaran bermula januari. info lanjut pembayaran di laman web kwsp
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top