Trader Yang Pernah Mengegarkan Pasaran Saham Amerika Suatu Ketika Dahulu Pada Tahun 2010

MorubozuWings

Well-known member
Sebelum ini, kita telah mengetahui secara terperinci bagaimana panik berlaku di pasaran Amerika Syarikat yang menyebabkan Indeks Dow Jones jatuh sebanyak 998.5 mata dalam tempoh yang sangat singkat. Peristiwa ini merupakan kejutan terbesar di era millennium selepas krisis kewangan pada tahun 2008.

Pihak penyiasat mengambil masa beberapa tahun untuk mengesan dalang di sebalik krisis ini. Akhirnya pihak penyiasat dapat mengesan dalang yang menjadi punca kepada krisis ini dan amat mengejutkan ianya datang dari seorang trader yang berasal dari keluarga kelas pertengahan yang berasal dari Britain.

Apa yang menarik mengenai mengenai peristiwa ini adalah trader tersebut merupakan self-taught trader dan bergerak secara sendirian serta melakukan perkara tersebut hanya dari bilik tidurnya di London. Trader yang dimaksudkan adalah Navinder Sarao yang berasal dari United Kingdom.

LATAR BELAKANG NAVINDER SARAO

Tidak banyak maklumat yang diketahui oleh orang ramai kerana kehidupannya diselubungi misteri. Beliau yang pernah berkerja dengan sebuah syarikat broker yang dikenali sebagai Futex dari tahun 2003 sehingga 2008. Dari situ beliau mendapat pengalaman melakukan trading.

Navinder Sarao yang disahkan mengidap penyakit Asperger’s Syndrome yang menjadikanya kurang bergaul dengan rakan sekerjanya yang lain dan hanya melakukan trade berdasarkan apa yang dirasakan betul oleh dirinya berbanding trader lain yang berkongsi tips sesama mereka.

Disebabkan mempunyai autism, Navinder mempunyai kelebihan di dalam mempelajari sesuatu secara cognitive disebabkan perkara tersebut. Beliau kemudiannya telah berhenti bekerja dan mula membuat pelaburannya yang tersendiri menggunakan platform E-mini S&P 500.

TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Beliau dapat membaca pergerakan pasaran saham dan membuat trading plan sendiri. Di antara teknik yang digunakannya dikenali sebagai teknik spoofing yang mana teknik ini adalah membuat order yang sangat besar tanpa ada niat untuk membeli tetapi lebih kepada spekulatif.

KESAN PADA PASARAN SAHAM

Disebabkan Navinder dapat membaca pergerakan pasaran dengan tepat, beliau mula melakukan pertaruhan di dalam pasaran Amerika Syarikat. Dengan menggunakan teknik ini, pada Mei 2010 ianya telah menyebabkan pasaran menjadi panik.

Navinder dipercayai telah berjaya memperolehi sebanyak USD40 juta hasil daripada spekulatif yang dijalankannya. Peristiwa ini dikenali sebagai “Flash Crash”.

HUKUMAN YANG DITERIMA

Akhirnya pihak penyiasat dapat membuktikan kesalahan Navinder yang melakukan spoofing. Teknik ini telah diharamkan di dalam pasaran saham Amerika Syarikat tetapi tidak Britain.

Beliau didapati bersalah di atas kesalahan memanipulasi pasaran yang dengan 22 pertuduhan ke atas dirinya. Jika didapati bersalah di atas semua kesalahan yang dihadapi, Navinder berdepan dengan hukuman penjara selama 380 tahun.

Walaubagaimanapun, beliau telah diikat jamin sebanyak £50,000. Beliau kemudiannya telah dipenjarakan di Penjara Wandsworth selama 4 bulan di atas kesalahan tersebut pada tahun 2015.

Oleh kerana beliau telah melakukan kesalahan di Amerika Syarikat, Navinder telah diekstradisi ke sana dan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Agung Illinois. Mahkamah telah memutuskan bahawa Navinder bersalah dan telah dikenakan hukuman tahanan rumah selama satu tahun bermula dari pada awal tahun ini, dan bersetuju untuk membayar wang jaminan sebanyak £9.9 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Pro sangat pon tak boleh kan...Noob Sangat pon tak boleh...jadi nak camner tuh...

Sumber Rujukan :

View: https://www.youtube.com/watch?v=_ZDEWVJan0s&feature=youtu.be
58238558691e88014a8b5131.jpeg
 
extr-o

Well-known member
Untuk spoofing USD40juta adalah memadai dan sangat berbaloi kerana itu adalah usahanya cuma tempat tidak sesuai.
 
View: https://www.youtube.com/watch?v=_ZDEWVJan0s&feature=youtu.beView attachment 1014

So kalau jadi Pro traders pon tak boleh la ya?
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top