TOKENIZE

Wen

Well-known member
TOKENIZE

1613369160109.png


Laman portal: https://tokenizemalaysia.com/
Korang pernah dengar platform Tokenize? Tokenize ni diasaskan oleh Hong Qi Yu seorang warganegara Malaysia yang menubuhkan syarikat Tokenize ini di Singapura. Dia memulakan kariernya sebagai pengaturcara utama dalam permulaan Fintech. Sebagai peminat blockchain, Qi Yu menceburkan dirinya dalam perdagangan Aset Digital dan kemudian menubuhkan Tokenize untuk membolehkan lebih ramai lagi peminat yang berpikiran serupa di rantau ini supaya dapat berdagang dalam platform yang selamat dan terjamin.

1613369344933.png

Pada 1 April 2020, Tokenize ni mendapat kelulusan penuh dari Securities Commission Malaysia (SC) untuk mengendalikan Digital Asset Exchange (DAX). Yeah Ini adalah tonggak penting bagi Tokenize kerana menempatkan mereka di antara beberapa exchanger kripto di rantau ini yang dapat menawarkan pasangan aset fiat-ke-digital. Tokenize juga berhasrat untuk berkembang menjadi Platform Kewangan Aset Digital yang memperkasakan Generasi Seterusnya dengan aplikasi yang luas di dunia nyata dari harta tanah hingga sistem pembayaran harian.

Then, ada tiga jenis akaun yang diperkenalkan oleh Tokenize Exchange iaitu akaun Normal, Premium dan Platinum yang mana ia mempunyai had deposit dan pengeluaran yang berbeza.

Kaedah pembayaran

Okay kaedah pembayaran korang boleh guna kaedah pindahan bank untuk deposit mata wang fiat (MYR). Korang dibenarkan untuk mempunyai dua akaun bank di bawah nama korang sahaja dan korang boleh memadamkan akaun tersebut jika perlu.

Deposit

Pihak Tokenize akan memproses dana deposit korang sekurang-kurangnya dalam masa sehari bekerja tau. Deposit korang akan dibatalkan jika masih tidak diterima selepas tiga hari daripada tarikh resit deposit dikeluarkan dan had minimum dan maksimum deposit harian bagi mata wang MYR adalah sebanyak RM3,000 dan RM30,000 manakala had SGD ialah SGD1,000 dan SGD10,000. Pastu ,jika korang ingin mendeposit wang dalam bentuk kripto, had minimum mata wang kripto yang dibenarkan iaitu 0.01 BTC dan 0.1 ETH.

Pengeluaran

Tokenize Exchange ni mengenakan beberapa had minimum pengeluaran mingguan yang korang perlu dipatuhi iaitu sekurang-kurangnya RM300 dan had maksimum sehingga RM15,000 untuk akaun biasa Premium sebanyak RM60,000 dan RM150,000 untuk akaun Platinum.

Bagi matawang kripto pula, had minimum pengeluaran ialah 0.01 BTC dan 0.1 ETH je dan tiada had maksimum ditetapkan. Korang boleh dapatkan had minimum untuk token-token lain di halaman sokongan.

Caj perkhidmatan yang dikenakan

Tokenize Exchange ni kalau korang nak tau mengenakan dua jenis caj kepada penggunanya iaitu caj pengeluaran bagi mata wang kripto dan caj perdagangan. Caj yang dikenakan seperti berikut.

1613369780468.png

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut di pautan sini:
https://tokenizemalaysia.zendesk.com/hc/en-us/articles/360038446814-Fees-and-Charges-

Kripto yang ditawarkan

Buat masa ini, Tokenize Malaysia hanya tawarkan 4 jenis kripto sama seperti yang ditawarkan Luno Malaysia. Iaitu BTC, ETH, XRP dan LTC. Korang boleh rujuk jadual di bawah untuk fee dan limit bagi setiap kripto.

1613369864849.png




 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top