Tesla melabur RM6.1 bilion dalam bitcoin

Wen

Well-known member
Mesin mata wang kripto bitcoin - Foto AFP

LONDON: Bitcoin mencecah rekod tertinggi menghampiri AS$45,000 selepas pengeluar kereta elektrik milik Elon Musk, Tesla melabur AS$1.5 bilion (RM6.1 bilion) dalam mata wang digital itu dan berkata mungkin menerimanya sebagai pembayaran tidak lama lagi.

Sementara itu, penanda aras kontrak minyak Brent North Sea melonjak di atas AS$60 satu tong untuk mencecah paras tertinggi sejak pandemik COVID-19 mula merebak di seluruh dunia hampir setahun lalu.

Tidak lama selepas berita mengenai pelaburan Tesla itu, bitcoin mencecah AS$44,795.20 sebelum ia turun sedikit.

Mata wang kripto itu melonjak kira-kira 50 peratus sejak awal tahun ini.

"Ini mungkin salah satu perkembangan terbesar bagi industri mata wang kripto," kata penganalisis ThinkMarkets, Fawad Razaqzada.

"Tesla akan menjadi peserta utama dalam industri automotif dan jika ia mula menerima bitcoin sebagai kaedah pembayaran, ini akan memberikan pengesahan selanjutnya kepada mata wang digital berkenaan."

Pengumuman Tesla dalam dokumen US Securities and Exchange Commission itu, adalah isyarat keyakinannya terhadap mata wang kripto yang dibimbangi pengawal selia akan digunakan bagi urus niaga haram.

"Memandangkan lebih banyak syarikat menerima bitcoin, ini akan menyebabkan peningkatan dalam pasaran yang bekalannya adalah terhad," kata Razaqzada.

Langkah Tesca itu dibuat selepas Musk minggu lalu mengubah biodata Twitter miliknya kepada #bitcoin.

Dalam tempoh hanya 12 tahun, bitcoin sedang mencatatkan peningkatan luar biasa sejak Mac lalu, apabila ia berada pada AS$5,000, disokong oleh gergasi pembayaran dalam talian PayPal yang berkata ia akan membenarkan pemegang akaunnya menggunakan mata wang kripto.

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top