Terra Virtua Kolect Token (TVK) (NFT)

Wen

Well-known member
ANN] Terra Virtua: Virtual Reality Entertainment Platform


Terra Virtua Kolect (TVK)

Harga Tertinggi (March 2021): $1.22

Harga Terendah (Dec 2020): $0.033

Harga Semasa: $0.59

Website : https://terravirtua.io/


Terra Virtua Kolect adalah ekosistem non-fungible token (NFT) yang menawarkan pasaran kepada pencipta dan pengumpul NFT untuk berinteraksi. Platform Terra Virtua Kolect ni merangkumi di seluruh Mobile, AR dan VR dengan pengalaman sosial, permainan dan kreatif yang unik yang di aktifkan oleh blockchain.Projek Terra Virtua Kolect mengumpulkan $2.6 juta dalam tiga pusingan penjualan token. Beberapa rakan kongsi yang besar Terra Virtua untuk membuat koleksi digital iaitu Legendary Entertainment dan Paramount Pictures.

Pengasas Terra Virtua Kolect?

Gary Bracey adalah Ketua Pegawai Eksekutif Terra Virtua. Sebelum mendirikan platform NFT, beliau bekerja dalam gaming industri selama lebih dari 35 tahun, bermula dari syarikat-syarikat Ocean Software hingga ke Digimask . Bracey ni berpengalaman besar dalam pembuatan video gaming


Keunikan Terra Virtua Kolect?

*Terra Virtua membolehkan pengguna memiliki seni digital yang dapat dialami secara dalam talian dan melalui realiti maya yang membolehkan pengguna menikmati aset digital dengan rakan dan berdagang dalam komuniti.

*Platform Terra Virtua mempunyai platform perdagangan, untuk perdagangan dan pembelian NFT, aplikasi mobile untuk menggunakan NFT bersama dengan augmented reality, dan aplikasi PC untuk melihat NFT dalam lingkungan 3D.
 
Last edited:

Wen

Well-known member
Harga Terra Virtua Kolect terkini ialah $0,58 dengan jumlah dagangan 24 jam $21,668,192.Terra Virtua Kolect susut 13.92% dalam 24 jam terakhir. Kedudukan CoinMarketCap semasa adalah #363, dengan Marketcap $130,508,895. Rendah lagi. Mempunyai Circulating Supply 219.201,959 coin TVK dan maksimum membekalkan 1,200,000,000 coin TVK. Tunggu Masa je ni Mencanak. Sekarang NFT tengah HYPE. So harga diskaun ni boleh la Buy atau PUMP. Hehe ..Target Tuan @tupat adalah $2
 
Last edited:

Pemburu Duit Syiling

Active member
1619410636153.png


Terra Virtua Kolect (TVK) Bullish 16% Dalam 6 Jam Terakhir. Siapa beli masa harga murah tu dah untung .. sebab TVK ni projek NFT .. Memang coin yang berpotensi. Sama-sama kita nantikan dia naik sampai paras mana. :) sekarang still lagi menguji resistance pada harga $0.40.
 

Wen

Well-known member

Terra Virtual.jpg

Betul Ke TVK ni bakal MENGAUM? Ramai lagi pelabur tak tahu token NFT ni.. !!

Projek Terra Virtua Kolect mengumpul $2.6 juta dalam tiga pusingan pra-penjualan token. Beberapa perjanjian rakan kongsi strategik untuk mencipta koleksi digital telah termeterai antaranya termasuk Legendary Entertainment and Paramount Pictures.

Apa yang membuatkan ia lebih unik ialah pengalaman pengguna memiliki aset seni digital eksklusif dengan pemilikan mutlak secara online, dipamerkan dalam ruang peribadi maya dan boleh dipaparkan secara virtua realiti (VR) iaitu kombinasi antara dunia realiti dan dunia maya.

TVK juga membolehkan para pengguna menikmati aset digital dengan rakan dan diperdagangkan dalam komuniti.

Sementara itu , mari perhatikan pergerakan harga pada carta TVK/BUSD.

Kenaikan harga pada 28 Mei telah berjaya menembusi paras rintangan zon SBR (suppport become resistance) $0.27-$0.33 sebelum harga susut semula ke zon support.

Dapat dilihat TVK menyaksikan lonjakan harga lebih 150% pada pembukaan pasaran minggu lalu. Paras harga $1.22 merupakan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan.

Jika diperhatikan, pergerakan harga TVK telah menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar paras $0.27-$0.33. Paras zon tersebut perlu dilepasi oleh TVK sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan menguji paras rintangan $0.49-$0.55.

Tetapi jika pergerakan harga bagi TVK terus membuat penurunan yang lebih rendah lagi, zon support sekitar $0.15 bakal diuji terlebih dahulu.

Pada masa penulisan, TVK didagangkan pada $0.20 dengan jumlah dagangan 24 jam $5,890,932. TVK susut 2.59% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Koin ini kini berada di kedudukan ke-478 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto TVK/BUSD untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top