📰 Fundamental [TERKINI] Hari Pengumuman Keputusan Rundingan Brexit!

Fundamental

ainanana

Active member
Suka duka yang dialami United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) ketika berusaha untuk mendapatkan perjanjian perdagangan Brexit mungkin akan menemui penamat hari ini.

Sejak hari Rabu, pasaran telah diperlihatkan dengan berita-berita positif yang mengatakan bahawa kesepakatan antara UK dan EU telah dicapai.

Perselisihan mengenai hak penangkapan ikan dan peraturan persaingan perniagaan pada masa depan telah menjadi halangan utama dalam kesepakatan selama berbulan-bulan perbincangan yang sering dilakukan.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, wartawan politik BBC, Laura Kuenssberg, mengatakan Downing Street kini kelihatan "sangat yakin" untuk mencapai kesepakatan.

Ini telah mendorong dagangan matawang pound sterling meningkat lebih tinggi pada hari ini, dengan didagangkan di sekitar paras tertinggi 2 setengah tahun berbanding US dolar.

Pasaran kini menantikan pengumuman daripada Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengenai perjanjian yang dicapai pada Khamis pagi waktu UK.


Jangan terlepas untuk mengikuti perkembangan Brexit dalam thread ini.


brexit.jpg
 

ainanana

Active member
Macam biasa. Mungkin tak akan settle pagi ini je (waktu UK), mungkin diheret sampai ke petang atau malam 😂

4.png
 
Last edited:

ainanana

Active member
Menteri Luar Ireland, Simon Coveney bagitahu yang beliau yakin kesepakatan boleh dicapai hari ini.

Rundingan masih dilanjutkan memandangkan kedua-dua pihak terus berusaha untuk menyelesaikan beberapa butiran pada saat akhir sebelum membuat pengumuman besar.

GBP/USD masih meneruskan kenaikan. Kuat pada 1.357000 (4.45 pm).
 

ainanana

Active member
GBP/USD cecah 1.360000 sekejap selepas Parlimen UK dilaporkan akan menyetujui perjanjian Brexit pada 30 Disember.


5.png


*Joe Pike from Sky News
 

ainanana

Active member
Rundingan perdagangan UK-EU masih tersangkut pada hak menangkap ikan. Mungkin kena tunggu lagi lah... (as expected).

GBP/USD susut sikit, tapi kuat lagi sekitar 1.35900 (8.15 pm)
 

ainanana

Active member
EU ni boleh pulak guna data (pengiraan pengurangan jumlah ikan yang boleh ditangkap di perairan UK) yang tak tally dalam rundingan dengan UK. -tunjuk kat member EU lain, tunjuk kat UK pulak lain..

Sebab tu la delay sikit keputusan hari ni.

Perjanjian yang sepatutnya diumumkan pada waktu pagi di London, terpaksa ditangguhkan beberapa jam lagi untuk bagi ruang kepada kedua-dua pihak selesaikan masalah ni.
 

ainanana

Active member
Sidang media EU
Ursula von der Leyen : Kami akhirnya menemui kesepakatan setelah mengharungi jalan yang panjang dan berliku.

Ini adalah perjanjian baik yang adil, seimbang dan bertanggungjawab untuk kedua-dua belah pihak.
 

ainanana

Active member
von der Leyen masih bercakap...

1) Persaingan di pasaran tunggal akan tetap adil.
-Peraturan dan piawaian EU juga akan dihormati.
-Langkah tegas akan diambil sekiranya salah satu pihak didapati melanggar peraturan dalam perjanjian ini.

2) kami akan terus berkerjasama dengan UK dalam semua bidang kepentingan bersama seperti perubahan iklim, tenaga, pengangkutan.

3) kami telah memperoleh tempoh peralihan perikanan selama 5 setengah tahun untuk komuniti nelayan kami.
 
Last edited:

ainanana

Active member
Reaksi First Minister of Scotland, Nicola Sturgeon terhadap berita bahawa kesepakatan telah dilakukan.

3.PNG

ooopsss! Jangan ada masalah di kemudian hari sudah lah. 😅
 

ainanana

Active member
Sidang media PM Boris Johnson

Menurut Pm Johnson, beliau menolak untuk melanjutkan tempoh peralihan di tengah pandemi koronavirus kerana dia tidak mahu menambah ketidakpastian.

Kami telah menyelesaikan perjanjian perdagangan terbesar bernilai £ 166bn setahun, iaitu perjanjian perdagangan bebas gaya Kanada yang komprehensif dengan EU.

Kesepakatan itu akan melindungi pekerjaan, membolehkan barang UK dijual tanpa tarif dan kuota di pasaran EU, membolehkan syarikat melakukan lebih banyak perniagaan dengan Eropah.

Mulai 1 Januari 2021, kami akan berada di luar kesatuan kastam dan pasaran tunggal.

Bidang kuasa European Court of Justice (ECJ) akan berakhir, di mana undang-undang Britain akan dibuat oleh parlimen Britain, yang ditafsirkan oleh hakim UK dan duduk di mahkamah UK.
 

ainanana

Active member
PM Boris Johnson sahkan Parlimen UK akan mengundi perjanjian perdagangan Brexit yang dicapai hari ini pada 30 Disember.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top