Team Malaysia Layak Ke Dubai Untuk Bertarung Merebut RM 8.1 Juta

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Team Secret

WhatsApp-Image-2020-10-25-at-9.50.59-PM.jpeg

KUALA LUMPUR: Pasukan Team Secret dari Malaysia layak ke pertandingan akhir Kejohanan Player Unknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile Global yang akan diadakan dari 21 hingga 24 Januari ini di Dubai, Emiriah Arab Saudi (UAE).

Team Secret menduduki tempat ke-15 daripada 24 pasukan yang menyertai pertandingan liga dengan memperoleh 205 mata keseluruhan daripada 60 perlawanan yang berlangsung dari 24 Nov hingga 20 Dis lepas.

Mereka kini berpeluang bertarung bersama 15 pasukan lain, termasuk enam dari Asia Tenggara dalam pertandingan akhir yang menawarkan hadiah terbesar dalam sejarah permainan mudah alih berjumlah AS$2 juta (RM8.10 juta).

Pasukan Four Angry Men (4AM) dari China, yang menduduki tempat teratas dalam liga telah menggondol hadiah wang tunai AS$300,000 (RM1.2 juta), sementara tempat kedua dimenangi oleh Bigetron Red Aliens (BTR) dari Indonesia yang menerima hadiah wang tunai AS$125,000 (RM506,000).

"Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Sekali lagi, kami akan menunjukkan komitmen untuk menjayakan acara e-sukan mudah alih ini dan memberikan pengalaman menonton kejohanan e-sukan terbaik untuk peminat di seluruh dunia," kata Ketua PUBG Mobile SEA Esports, Gaga Li dalam satu kenyataan.

Peserta akhir lain adalah pasukan Aerowolf Limax dari Indonesia; RRQ AThena, Secret Jin, POWER888 KPS (Thailand); Klas Digital Athletic, Futbolist (Turki); Nova Esports (China); Abrupt Slayers (Nepal); A7 eSports (Brazil); ZEUS ESPORT (Mongolia); Natus Vincere (Rusia); A1 eSports (Bangladesh) dan Konina Power (Commonwealth of Independent States).

SUMBER
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Tak ..Team Yodoo kalah masa PMPL Sea Finals hari itu. Skrang hanya Team Secret wakil dari Malaysia
Ni masuk final kalau dapat last skali (No.16) dapat hadiah berapa?
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top