TAUGEH : Sumber Berkhasiat Yang Dipinggirkan

Fakhrii

Well-known member
Antara Khasiat Dalam Taugeh Adalah GABA

1609827781425.png

Taugeh sering dipandang sepi dan jarang tidak disajikan di majlis keramaian atau kenduri kendara. Biasanya taugeh dibuat menggunakan pelbagai jenis kacang seperti kacang hijau, kacang soya, kacang merah, kacang lentil, kacang pea dan kacang putih. Kandungan khasiat antioksidan (seperti flavonoid dan vitamin C) dalam taugeh meningkat sehingga 7 dan 24 kali berbanding kacang hijau.

Kajian saintifik pula menunjukkan taugeh kacang hijau bertindak sebagai antikanser. Contohnya, kajian tabung uji menggunakan sel manusia menunjukkan ekstrak taugeh kacang hijau boleh merencatkan pertumbuhan sel kanser. Setakat ini saya belum jumpa lagi kajian saintifik yang mengatakan taugeh boleh mengalakkan pertumbuhan sel kanser.

Kajian yang diterbitkan dalam ‘International Journal of Preventive and Public Health Sciences’ pada 2016 pula mendapati taugeh kacang hijau meningkatkan kesuburan dan kesihatan lelaki.

Bahan ini tinggi dalam taugeh dan tempeh kacang hijau berbanding kacang hijau sendiri. Selain bertindak sebagai antikanser, GABA juga boleh merendahkan aktiviti ‘neurotransmitter’ seterusnya boleh menurunkan aktiviti sistem saraf kita.

Ini secara tidak langsung dapat membantu seseorang itu mengatasi tekanan, perasaan cemas dan ketakutan. Justeru, kepada anak-anak kita yang ingin menghadapi peperiksaan, berilah mereka makan taugeh @ tempeh agar mereka lebih tenang. GABA juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan boleh memberikan kesan diuretic (tingkatkan volume urine).

1. Taugeh mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding kandungan protein dalam daging ayam dan lembu.

2. Taugeh mengandungi zat di dalamnya yang mampu melumpuhkan punca awal kanser, penyakit usus besar, sakit pankreas dan leukimia.

3. Estrogen dalam taugeh dapat membantu mencegah osteoporosis (penyakit kerapuhan tulang).

4. Wanita yang kerap makan taugeh juga mampu mengurangkan risiko kanser payudara, gangguan mentruasi, simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus.

5. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi digalakkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka kerana ia membantu menyisihkan lemak-lemak yang tidak baik dalam badan.

6. Makan taugeh ialah satu amalan awet muda kerana kaya dengan antioksidan.

7. Taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

SUMBER
 
  • Like
Reactions: Wen

Wen

Well-known member
Antara Khasiat Dalam Taugeh Adalah GABA

View attachment 1496

terbaik info ni .. jap g saya beli taugeh .. bagi kucing makan sebab kucing saya kena cancer mata
 
wankb28

Member
satu lagi ubat mujarab untuk mata, baca selawat kt ibu jari pastu sapukan kt mata masa jawab azan
 
  • Like
Reactions: Wen

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top