Wen
Well-known member
Stellar (XLM)
Stellar, sangat sinonim dikalangan pelabur dengan gelaran ‘Adik’ Ripple (XRP) kerana ia pada awalnya dibangunkan berasaskan model dan protokol Ripple.Dilancarkan pada 2014 oleh pengasas bersama Ripple, Jed McCaleb dengan kerjasama bekas peguam, Joyce Kim, Stellar adalah lejar dan pangkalan data berasaskan blockchain diedarkan (distributed blockchain) yang memudahkan pemindahan nilai aset-lintas (cross-assets) dan pembayaran.
Stellar berfungsi sama seperti PayPal tetapi ekosistem pengedaran dan matawang natifnya menjadikan transaksi cross-asset dan rentas sempadan lebih mudah dan cepat pada kos yang berpatutan.