Stellar (XLM) - ‘Adik’ Ripple Yang Berpotensi?

Wen

Well-known member
Staff member

Stellar (XLM)​


How to buy Stellar Lumens (XLM) with Luno | Luno


Website : https://www.stellar.org/
Stellar, sangat sinonim dikalangan pelabur dengan gelaran ‘Adik’ Ripple (XRP) kerana ia pada awalnya dibangunkan berasaskan model dan protokol Ripple.

Dilancarkan pada 2014 oleh pengasas bersama Ripple, Jed McCaleb dengan kerjasama bekas peguam, Joyce Kim, Stellar adalah lejar dan pangkalan data berasaskan blockchain diedarkan (distributed blockchain) yang memudahkan pemindahan nilai aset-lintas (cross-assets) dan pembayaran.

Stellar berfungsi sama seperti PayPal tetapi ekosistem pengedaran dan matawang natifnya menjadikan transaksi cross-asset dan rentas sempadan lebih mudah dan cepat pada kos yang berpatutan.
 

Wen

Well-known member
Staff member
stellar 8.6.21.jpg


Sementara itu, teliti carta pergerakan semasa harga XLM/USDT.

Sejak pembukaan pasaran pada Jan 2021, ekosistem Stellar menunjukkan pertumbuhan yang konsisten menghasilkan lebih 400% selama 4 bulan sehingga membuat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $0.79 pada 16 Mei 2021.

Dukacitanya, Stellar gagal meneruskan kenaikan selepas Tesla menghentikan pembayaran Bitcoin dan China mengharamkan perdagangan matawang kripto, susut sehingga ke paras sokongan sekitar $0.30.

Pandangan sudut teknikal, jika pergerakan harga kembali membuat kenaikan semula, paras SBR (support become resistance) sekitar harga $0.36 perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan ke zon SBR yang seterusnya.

Namun, jika pergerakan harga Stellar terus menyaksikan corak penurunan, paras sokongan $0.30 yang pernah dicapai sebelum ini bakal diuji sekali lagi untuk jangkaan membuat rebound atau terus mengekalkan trend bearish.

Ketika penulisan, XLM/USDT didagangkan pada $0.33, susut lebih 11% dalam tempoh 24 jam. XLM kini berada di kedudukan ke-19 pada carta kripto

Lihat gambar carta matawang kripto XLM/USDT untuk rujukan analisis teknikal anda.

Ada pemegang XLM dalam ni???? Komen SIKIT!!! 🚀 🚀
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top