SSC Tuatara Catat Rekod Kereta Terpantas Dunia

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1608695806824.png
Sebut sahaja mengenai kereta terpantas dunia, pastinya jenama Bugatti antara yang diingati ramai. Selain itu, jenama-jenama hypercar dari Eropah antara yang menjadi sebutan serta idaman para peminat automotif.

Dalam pada itu, siapa sangka jenama dari Amerika Syarikat ini iaitu SSC Tuatara berjaya memecah dominasi hypercar keluaran Eropah apabila baru sahaja mencatat rekod baharu sebagai kereta terpantas dunia dengan rekod 532km/h.

Hadir sebagai kereta yang sah untuk digunakan atas jalan raya, hypercar ini mencatat rekod baharu berbekalkan enjin V8 5.9liter dwi-turbo dengan 1,750 kuasa kuda.
1608695853260.png


Mengulas dari segi harga, model yang sangat eksklusif ini hadir dengan harga yang premium bermula daripada $1.6 juta (RM6.63 juta) sehingga $1.9 juta (RM7.88 juta) serta terhad buat 100 pembeli sahaja. Pastinya agak menarik untuk menantikan siapakah pembeli bertuah yang mendapatkan kereta terpantas dunia ini.
Rekod terbaru yang tercipta SSC Tuatara ini sekaligus berjaya melenyapkan rekod sebelum ini dibuat oleh jenama Buggati menerusi model Chiron Super Sport. Anda boleh tonton video di bawah untuk menonton saat SSC Tuatara mencipta rekod kereta terpantas dunia. Sumber

 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top