Situasi Ekonomi Malaysia Tampak Gah

Fakhrii

Well-known member
Bursa Malaysia masih kukuh

9AD4B612-6963-49EC-A3B7-534E3FA81BAC.jpeg

Rakuten Trade yakin pembelian saham-saham bank yang kukuh semalam menunjukkan bahawa dana asing mungkin kembali kepada bursa saham tempatan dengan aliran masuk sekitar RM750 juta sejak 7 Januari.

Kaunter teknologi dan perbankan terus memacu Bursa Malaysia untuk meningkat pada awal dagangan hari ini dengan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,638.0.

Bernama melaporkan, pada 9.10 pagi, indeks itu meningkat 1.64 mata kepada 1,638.33 daripada 1,636.69 sewaktu ditutup semalam.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 301 kepada 243, manakala 278 kaunter tidak berubah, 1,277 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 422,02 juta unit bernilai RM275.43 bilion.

Anda membeli kaunter apa ? Nampaknya bursa malaysia masih tidak memberi diskaun lagi.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top