Serendah RM 12 Sudah Boleh Terbang ?

Fakhrii

Well-known member
AirAsia Menawarkan Promosi Tiket Penerbangan Domestik Serendah RM 12 Mulai Hari Ini

882609.jpg

Menyambut baik pengumumam membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri dan daerah kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), AisAsia telah mengumumkan promosi hebat untuk pelanggan setianya.

Mana tidaknya, AirAsia Bhd menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala bermula hari ini untuk penerbangan domestik. Untuk pengetahuan anda, tawaran harga tersebut boleh ditebus untuk perjalanan bermula 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.

Tambahnya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.

AirAsia turut berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu. Anda boleh membuat tempahan anda di laman sesawang AirAsia sekarang.

Mantapp (y)

SUMBER
 

extr-o

Well-known member
Seolah-olah perkhabaran ini membuka lembaran baru dan peluang untuk menjelajah keseluruh Tanah air selepas kita berkurung akibat pandemik C-19 ini. Tambang murah ini sangat diperlukan terutamnya bagi mereka yg kurang mampu. Sama-samalah kita mengambil peluang ini demi membantu syarikat penerbangan tambang murah ini untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia dan seterusnya memperbaiki ekonomi negara kita yg kian malap dan samar-samar ini.
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
airasia-prebook-choices.jpg

KUALA LUMPUR, 9 Dis — airasia food, platform dalam talian penghantaran makanan AirAsia, menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada peniaga terpilih dari sekarang hingga 25 Dis, 2020.


Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata untuk menjadikan musim perayaan ini lebih istimewa, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Tony Fernandes bersama-sama skuad penghantaran makanannya akan membuat kejutan kepada para pelanggan di Lembah Klang.


Ia berkata para pelanggan hanya perlu taipkan “Ho Ho Ho” dalam ruangan arahan penghantaran pesanan airasia food mereka, dan berpeluang menerima kunjungan Tony Fernandes di hadapan pintu rumah mereka.

Sementara itu, AirAsia berkata, airasia food juga menawarkan promosi penghantaran percuma secara berkala dalam jarak penghantaran sejauh 20 kilometer.

“Pelanggan juga dapat menikmati lebih penjimatan dengan bayaran boleh dibuat dengan BIG Point,” tambahnya.
 
Last edited:

mdzaki

Well-known member
elok laa bole rancak sikit ekonomi suam suam nie ... hanger kt subang pun banyak dah bocor bocor tuu
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top