😷 COVID-19 [Sensasi] Update Terkini Vaksin Covid-19

Isu berkaitan COVID-19

Wen

Well-known member
Staff member
Penduduk Palestin dapat vaksin COVID-19

Televisyen menunjukkan siaran langsung petugas kesihatan Palestin mendapat suntikan vaksin COVID-19, di kedai gunting, Nablus, Tebing Barat. - Foto AFP

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin memulakan program imunisasi COVID-19, merangkumi petugas kesihatannya yang ditempatkan di Tebing Barat.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila, ketika mengumumkan perkara itu berkata, program bagi membendung penularan COVID-19 berkenaan dimulakan hari ini.

Katanya, bekalan dos vaksin akan turut dihantar ke Gaza, iaitu wilayah yang dikuasai pejuang Hamas untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

"Kita sudah beri keutamaan tertinggi kepada petugas kesihatan dan mereka yang bekerja di unit rawatan rapi," katanya dalam perutusan khas.

Israel yang melaksanakan kempen inokulasi besar-besaran terhadap penduduknya, sebelum ini berdepan tekanan hebat pada peringkat global, termasuk daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tampil membantu rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bagi mendapatkan vaksin.

Kementerian Pertahanan Israel, kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya akan menghantar 5,000 dos vaksin kepada Pihak Berkuasa Palestin, sebagai bekalan program imunisasi membabitkan petugas perubatan.

Pihak Berkuasa Palestin sebelum ini menjangka perolehan vaksin menerusi program pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX yang disokong PBB bagi membantu negara kurang berkemampuan menangani kesan pandemik.

Agensi yang berpangkalan di Ramallah, Tebing Barat itu turut mendedahkan bahawa pihaknya sudah menandatangani kontrak bersama empat penyedia bekalan vaksin, termasuk syarikat pengeluar Sputnik V, keluaran Russia.

Pelan perolehan vaksin berkenaan dijangka mencukupi untuk menampung bekalan 70 peratus penduduk Palestin yang mendiami kawasan di Tebing Barat dan Gaza.

Di Tebing Barat, yang menjadi penempatan 2.8 juta rakyat Palestin setakat ini merekodkan lebih 108,000 kes positif COVID-19, termasuk 1,325 kematian.

Wilayah yang dibelenggu kemiskinan dan didiami dua juta penduduk, Gaza pula mencatatkan lebih 51,000 kes positif, termasuk 523 kematian.

Program vaksinasi Israel digambarkan sebagai pelan pelaksanaan yang terpantas di dunia, apabila tiga juta atau 33.33 peratus daripada keseluruhan sembilan juta penduduknya, sudah menerima suntikan pertama vaksin Pfizer.

Selain itu, Israel dikatakan memeterai perjanjian perolehan vaksin daripada Moderna, termasuk untuk bekalan yang akan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

sumber
 

Wen

Well-known member
Staff member
Dunia rugi RM37.5 trilion jika program vaksin gagal

1612497619653.jpeg


SINGAPURA: Satu kaji selidik yang ditugaskan oleh Dewan Perdagangan Antarabangsa merumuskan bahawa peruntukan tidak sekata program vaksin akan merugikan ekonomi dunia sehingga AS$9.2 trilion (RM37.5 trilion).

Kaji selidik sama oleh Rand Corporation pula menganggarkan kos tahunan (jika program vaksin gagal) akan mencecah AS$1.2 trilion (RM4.9 trilion).

Pertumbuhan global tahun ini dijangka kurang daripada separuh anggaran Bank Dunia pada empat peratus, jika pengagihan vaksin tidak bergerak dengan pantas, kata Ketua Ahli Ekonominya, Carmen Reinhart.

Risiko pemulihan ekonomi boleh terjejas atau terhalang daripada kelewatan program vaksinasi COVID-19 untuk negara lebih miskin berbanding negara kaya.

Bloomberg Vaccine Tracker menunjukkan bahawa secara purata 4.54 juta dos sudah diberikan di seluruh dunia setiap hari sepanjang minggu lalu, namun ia jauh daripada pengagihan yang sekata.

Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) merangkumi 40 peratus daripada 119.8 juta dos yang diberikan di seluruh dunia.

Negara sedang membangun secara keseluruhannya, masih jauh ketinggalan.

Di Afrika, hanya Mesir, Maghribi, Seychelles dan Guinea direkodkan sudah memberikan vaksin.

Kebanyakan negara Asia Tengah dan Amerika Tengah masih belum memulakan vaksinasi, atau bergerak dengan perlahan.

Ini bermakna, negara sedang pesat membangun berisiko terus ketinggalan di belakang dari segi ekonomi dan mengehadkan ruang untuk kembali pulih.

Malah, masalah sama juga bakal dihadapi negara yang disuntik vaksin sepenuhnya kerana permintaan bagi barangan dan bekalan alat ganti pembuatan akan berkurangan.

Lebih memburukkan keadaan, kegagalan untuk menentang COVID-19 bermakna usaha membendung mutasi virus itu akan menjadi sukar, sekali gus mewujudkan krisis kesihatan dan ekonomi baharu.

"Jika virus bermutasi, tiada negara akan selamat sehingga seluruh dunia disuntik dan mencapai imuniti kelompok," kata Ahli Ekonomi Kanan Maybank Kim Eng Research Pte di Singapura, Chua Hak Bin.

Sumber
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Kempen 'yakin vaksin'​

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan kempen kesedaran bagi memupuk keyakinan masyarakat terhadap vaksin COVID-19.

Pasukan Petugas Imunisasi Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan bersama berkata langkah itu perlu supaya masyarakat menaruh kepercayaan terhadap aspek keselamatan dan keberkesanan vaksin.

Tanggapan bahawa seluruh rakyat Malaysia, termasuk petugas barisan hadapan bersedia menerima vaksin apabila program berkenaan mula dilaksanakan awal bulan depan berkemungkinan meleset.

"Ini kerana gerakan anti-vaksin dunia berkembang dan tidak boleh dinafikan wujud kelompok ini di Malaysia yang tidak mahu mengambil vaksin COVID-19.

"Malah, mungkin turut menggesa rakan-rakan mereka untuk tidak mengambil vaksin berkenaan. Dalam zaman berita palsu ini, suara anti-vaksin mudah tersebar terutama melalui media sosial.

"Pada masa sama, ada pelbagai pihak yang bukan daripada kalangan anti-vaksin yang mempunyai kerisauan mengenai satu atau lebih vaksin yang akan digunakan di Malaysia," kata pasukan petugas hari ini.

Dipengerusikan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pasukan petugas itu membangkitkan mengenai kegusaran segelintir masyarakat yang tidak memahami proses sebelum sesuatu vaksin memperoleh kelulusan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).

Selain itu, katanya, wujud petanda bahawa satu atau leibih vaksin berkemungkinan diberi 'kelulusan bersyarat'. Justeru, amat penting asas saintifik dan kadar keberkesanan setiap vaksin yang bakal diguna di Malaysia diterbitkan dengan jelas.

"Satu kempen bersama saintis, profesional perubatan, selebriti yang dihormati dan mana-mana tokoh lain yang bersesuaian perlu dilakukan. Apabila program vaksin dimulakan kelak, pelaksanaan program 'jejak dan kesan' bagi setiap dos vaksin dari tempat simpanan hinggalah ke penerima juga harus dilakukan.

"Ini demi memberi keyakinan bahawa akan ada tindakan susulan yang bersesuaian berkaitan keberkesanan setiap vaksin bagi setiap individu yang diberi vaksin, selain mengekang risiko vaksin palsu dan sijil vaksin palsu daripada digunakan seperti terjadi di beberapa negara," katanya. Sumber
 
Last edited:

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Negara memerlukan tempoh masa setahun untuk mencapai tahap imuniti kelompok

1612852388686.png

Kuala Lumpur: Negara dijangka memerlukan tempoh setahun untuk mencapai imuniti kelompok bagi vaksinasi penyakit bawaan virus Covid-19 melalui Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 yang menjadi program vaksinasi terbesar di Malaysia.

Saintis Ts. Dr Ummirul Mukmimin Kahar daripada Institut Genom Malaysia, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) berkata untuk mencapai imuniti kelompok, 80 peratus rakyat perlu disuntik dengan vaksin Covid-19.

Malaysia dijangka menerima vaksin Covid-19 daripada Pfizer-BioNTech pada penghujung Februari dengan petugas barisan hadapan menjadi penerima awal vaksin itu.

"Selepas itu, Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 akan bermula menjadikan ia satu program vaksinasi terbesar di Malaysia. Pemberian vaksin akan dilaksanakan menerusi tiga fasa dan akan berjalan hingga Februari 2022," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas melalui aplikasi Zoom di sini hari ini.

Beliau berkata MGI juga berperanan sebagai tempat penjujukan genom virus Covid-19 bagi mendapatkan maklumat genetik dan mutasi terkini virus berkenaan di Malaysia.

Terkini katanya terdapat lebih 30 genom virus itu yang telah dimuat naik ke pangkalan data genom virus Covid-19, iaitu GISAID.

"Kami turut membantu pihak MOSTI dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penghasilan dan pengambilan vaksin Covid-19," katanya.

Kerajaan sentiasa memastikan hanya vaksin terbaik yang selamat, berkualiti dan efektif sahaja yang akan diberikan kepada rakyat dan tiada kompromi bagi tahap keselamatan dan keberkesanan vaksin yang diguna pakai.

Sementara itu katanya kajian pada masa ini menunjukkan keberkesanan vaksin Covid-19 yang dihasilkan ialah 70 hingga 95 peratus termasuk terhadap varian baharu hasil mutasi.

SUMBER
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Vaksin COVID-19: Lebih 68,000 OKU, warga emas terima suntikan fasa pertama​


1613461415441.png


PUTRAJAYA: Sebanyak 68,003 individu dalam kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata mereka yang terbabit terdiri daripada 48,564 warga emas merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan penghuni institusi seliaan KPWKM, serta 19,439 orang kurang upaya (OKU) berdaftar yang juga pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. Sumber
 

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Berharap begitulah dan semoga semua sektor dan sebagainya kembali laksana seperti biasa dan dapat memacu ekonomi negara dalam fasa pemulihan​
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
muhyiddin-vaksin-suntikan.jpg


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Suntikan kepada Perdana Menteri dibuat oleh vaksinator iaitu Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya, Lina Ibrahim.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diberikan taklimat oleh Pengarah Pejabat Kesihatan Putrajaya.

Hari ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang merupakan program vaksinasi terbesar negara bermula di seluruh negara.

Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita untuk melawan COVID-19
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

35,100 barisan hadapan Johor terima vaksin COVID-19 mulai hari ini

1614568429619.png


JOHOR BAHRU: Seramai 35,100 barisan hadapan di Johor akan menerima vaksin COVID-19 pada Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Johor, yang bermula, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata ia berbanding jumlah barisan harapan di Johor sebanyak 41, 034 orang.

"Jumlah dos vaksin COVID-19 yang sedia ada diterima Johor pada fasa pertama adalah sebanyak 70,200 dos.

"Bilangan barisan hadapan yang akan diberi suntikan vaksin pada Fasa Pertama ini adalah sebanyak 35,100 orang berdasarkan dua dos setiap orang.
 

Satoshi Tomato

Well-known member

223,923 individu sudah terima dos pertama vaksin

1615437334532.png

KUALA LUMPUR: Seramai 223,923 individu yang kebanyakannya adalah petugas barisan hadapan, sudah menerima dos pertama vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Angka penerima setakat semalam itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi ciapan dalam Twitter beliau berdasarkan maklumat rasmi daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan bilangan penerima tertinggi dengan 28,194 individu, disusuli Selangor (24,211) dan Kuala Lumpur (20,510).

Selain itu, Sabah (18,670), Johor (17,476), Perak (17,450), Pahang (17,434), Kelantan (14,982) dan Kedah (14,200).

Seterusnya, Terengganu (13,070), Negeri Sembilan (10,741), Pulau Pinang (9,811), Melaka (6,258), Perlis (5,241), Putrajaya (3,337) dan Labuan (2,338).

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa, bermula 24 Februari lalu dengan kumpulan petugas barisan hadapan.

Ia kemudian akan disusuli kumpulan berisiko tinggi dan rakyat berusia 18 tahun ke atas.
Usaha itu bagi memastikan antara 70 hingga 80 peratus rakyat di negara ini menerima vaksin menjelang Februari tahun hadapan, sekali gus membentuk imuniti kelompok bagi mengekang penularan COVID-19.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran masing-masing menerusi dalam talian atau secara manual, untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Berdasarkan buku program itu yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), dua kaedah pendaftaran secara dalam talian ialah melalui aplikasi MySejahtera dan laman web khas: www.vaksincovid.gov.my.

Tiga kaedah disediakan bagi pendaftaran secara manual ialah hubungi talian hotline, hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta, serta melalui program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama dengan meliputi 18 langkah. Sumber
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Penerima vaksin di fasiliti swasta tidak dikenakan caj

1615794061576.png

PUTRAJAYA: Individu yang dijadualkan menerima suntikan vaksin bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di fasiliti kesihatan swasta, tidak perlu membayar sebarang caj.

Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata sebaliknya caj berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ia terpakai bagi fasiliti kesihatan swasta yang terbabit Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Perkara ini adalah antara intipati perjumpaan saya dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) nanti.

"Selain itu, pengamal perubatan am di fasiliti kesihatan swasta sedang disenaraikan bawah ProtectHealth Corp Sdn Bhd yang terletak bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

"Ia bagi pelaksanaan vaksinasi bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan," katanya pada sidang media, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin menjelaskan, individu terbabit akan dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan alamat yang mereka daftarkan untuk menerima vaksin.

Jika alamat didaftarkan adalah berdekatan PPV di fasiliti kesihatan swasta, katanya, mereka akan dijadualkan menerima vaksin di kemudahan itu dan begitu juga sebaliknya.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memudahkan pelaksanaan vaksinasi dalam masyarakat. Sumber


Pada yang telah mendaftar ataupun belum untuk menerima Vaksin. Jangan risau, keseluruhan kos pengambilan vaksin ditanggung kerajaan.
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Double Check permohonan anda semula

View: https://youtu.be/shb1cPd1YfY


PUTRAJAYA: Seramai 1.4 juta individu yang telah mendaftar untuk menerima vaksin bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, diminta melengkapkan pendaftaran mereka bagi membolehkan tarikh janji temu diatur.

Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata pihaknya dimaklumkan bahawa individu terbabit hanya mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan ketika mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan, selain tiada memasukkan alamat masing-masing menyebabkan pendaftaran tidak lengkap.

Justeru, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, individu terbabit akan menerima notifikasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit supaya melengkapkan pendaftaran, bermula petang ini.

"Maklumat alamat adalah penting kerana kita akan memberi janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran alamat yang dimasukkan ketika pendaftaran.

"Kita tidak mengambil alamat dalam kad pengenalan. Ini kerana ramai yang tidak duduk di alamat seperti dalam kad pengenalan.

"Alamat ini boleh ditukar pada bila-bila masa," katanya pada sidang media mingguan Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Sehubungan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya berharap individu terbabit dapat segera melengkapkan pendaftaran masing-masing.
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Pakistan hasilkan PakVac, vaksin Covid-19 buatan sendiri

1622690427380.png



ISLAMABAD - Pakistan pada Selasa membuat kemajuan membanggakan apabila ia melancarkan vaksin dos tunggal Covid-19 buatan sendiri digelar ‘PakVac’ yang dihasilkan atas bantuan sekutunya, China.

Pembantu Khas Kesihatan, Dr Faisal Sultan berkata, Islamabad berusaha mengatasi cabaran dan menjadikannya sebagai peluang untuk memastikan rakyat negara itu mendapat suntikan vaksin sekali gus dapat membendung penularan wabak tersebut.

“Beijing banyak membantu dalam usaha ini dan ia bukan perkara yang mudah untuk menghasilkan vaksin Covid-19,” katanya sambil menambah China turut menyediakan bahan mentah dan teknologi untuk penghasilan vaksin tersebut pada April lalu.

Menurut penasihat hal ehwal kesihatan kepada Perdana Menteri, Imran Khan itu lagi, penghasilan secara besar-besaran vaksin itu akan bermula dalam tempoh terdekat selepas kira-kira 118,00 dos berjaya dihasilkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) dan di bawah pengawasan pakar dari Beijing.

Difahamkan, PakVac adalah penjenamaan semula vaksin CanSino yang dihasilkan China.

Sementara itu, Duta China ke Pakistan, Nong Rong menyatakan Beijing akan terus membantu Islamabad untuk memerangi pandemik tersebut.

Perkembangan itu diumumkan setelah kadar kes jangkitan kini menurun di bawah empat peratus buat pertama kali dalam tempoh tiga bulan dengan hanya 1,771 kes baharu dilaporkan dalam masa 24 jam.

Setakat ini, hampir lapan juta daripada 207 juta penduduk telah divaksin dan Islamabad merancang untuk memberikan suntikan imunisasi kepada 70 juta penduduk menjelang akhir tahun ini. Sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top