Ronaldo ledak 2 gol pada penampilan ke-100

aliff92

Member
MILAN: Cristiano Ronaldo tampil pada perlawanan ke-100 buat Juventus dengan dua gol menerusi penalti apabila menang 3-1 mengatasi Genoa awal pagi tadi ketika juara bertahan itu mengurangkan jurang dengan pendahulu Serie A, AC Milan yang seri di laman sendiri berdepan Parma.

Dua gol pertahanan Perancis, Theo Hernandez menyelamatkan mata buat AC Milan yang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 2-2 di San Siro.

Kelebihan Milan berbanding Inter di tangga kedua kini kurang kepada tiga mata selepas skuad kendalian Antonio Conte menang 3-1 di Cagliari.

Napoli yang berada di tangga ketiga, kurang satu mata di belakang selepas menewaskan Sampdoria 2-1, sama mata dengan juara sembilan kali, Juventus.

Juventus yang mendapat tonik tambahan selepas menang 3-0 dalam Liga Juara-Juara di Barcelona, membuka jaringan menerusi gol pertama Paulo Dybala musim ini.

Stefano Sturaro menyamakan kedudukan buat tuan rumah selepas sejam perlawanan.

Namun kekasaran Nicolo Rovella terhadap Juan Cuadrado membolehkan Ronaldo meledak penalti pertama selepas 78 minit manakala penalti kedua hadir seminit sebelum tamat apabila penjaga gol, Mattia Perin menjatuhkan Alvaro Morata.

Ronaldo, 35, kini menyertai pemain berusia 39 tahun, Zlatan Ibrahimovic sebagai penjaring terbanyak Serie A dengan 10 gol dan keseluruhan 79 gol sejak dibeli Juventus pada 2018.

"Apakah ada yang lebih baik untuk meraikan perlawanan ke-100 saya bersama Juventus selain menjaringkan dua lagi gol buat pasukan?" kata Ronaldo menerusi Twitter sambil berazam untuk mencipta 100 gol buat juara bertahan itu. - AFP
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top