🔴 LIVE Roket Long March 5B dijangka terhempas

MorubozuWings

Well-known member
IMG_20210506_130611_547.jpg


LONDON: Sebuah roket yang dilancarkan oleh China dan ketika ini dilaporkan gagal dikawal, dijangka terhempas ke Bumi pada hujung minggu ini.

Lapor Metro, roket Long March 5B yang dilancarkan pada Khamis lalu sepatutnya sudah melakukan pendaratan di Bumi.

Bagaimanapun, pegawai agensi angkasa lepas China dikatakan hilang kawalan terhadap roket tersebut.

IMG_20210506_130619_930.jpg


Beberapa pakar bimbang serpihan kapal angkasa itu boleh jatuh di kawasan penempatan penduduk.

Seorang ahli astronomi yang mengesan objek mengorbit Bumi memberitahu Spacenews bahawa roket itu melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.

Dilaporkan, serpihan daripada roket seberat 21 tan itu boleh jatuh di mana-mana sahaja dalam lingkungan kawasan terbabit.



Berdasarkan pengesan satelit, roket itu bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat.

“Ini petanda yang tidak baik. Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.

“Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera,” kata McDowell yang bekerja di Pusat Astrofizik di Universiti Harvard.

Roket Long March 5B yang dilancarkan pada minggu lalu dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China.

Beijing merancang melancarkan sekurang-kurangnya 10 misi serupa yang membawa lebih banyak modul sebelum stesen angkasa lepas Tiangong siap dibina pada tahun depan.
 
  • Like
Reactions: Wen

MorubozuWings

Well-known member

Bahagian/Serpihan Roket “Long March 5B” China Dijangka Terhempas Di Turkmenistan?​

Bahagian roket milik China itu dianggarkan setinggi 100 kaki dan berat 22 tan dijangka memasuki atmospfera bumi pada 8 Mei, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.​



Cabang tentera Amerika Syarikat, 18th Space Control Squadron menerusi laman web yang dikendalikannya “Space-Track” mengatakan bahawa bahagian atau serpihan roket China itu akan memasuki atmosfera kira-kira 11:13 PM UTC at 7:13 PM ET pada Sabtu

IMG_20210508_140850.jpg








Berdasarkan kepada koordinat yang diberikan oleh cabang tentera Amerika Syarikat itu dalam ciapan Twitter-nya, maka adalah dijangkakan bahawa bahagian atau serpihan roket milik China itu akan jatuh di Turkmenistan.

IMG_20210508_140959.jpg


IMG_20210508_152058.jpg



18th Space Control Squadron ini bertanggungjawab memantau sebarang kemasukkan apa-apa benda asing ke atmosfera bumi.
Bagaimanapun ia pun berkata, jangkaan di mana bahagian atau serpihan roket itu akan jatuh akan berubah-ubah sehingga pada saat akhir di mana kedudukan di mana ia akan jatuh itu menjadi lebih pasti.
Pada Khamis, cabang angkatan tentera Amerika Syarikat menjangkakan bahagian atau roket milik China bakal terhempas di Lautan Hindi.
Akaun Twitter “Space Track” berkata ia akan memberikan update setiap hari berkenaan jangkaan kawasan dimana bahagian atau serpihan roket itu akan jatuh.

Sumber
 

MorubozuWings

Well-known member
FB_IMG_1620460862862.jpg


Malaysia, Indonesia dan Asia Tenggara salah satu kemungkinan lokasi serpihan roket China akan terhempas. Sekarang roket tersebut masih di orbit rendah Bumi, dan akan memasuki atmosphera bumi dalam 2,3 hari lagi. Mari doa supaya ianya terhempas di lautan.

Boleh tonton live kedudukan roket tersebut disini
View: https://youtu.be/yshsX0Jzk0Q
 
  • Deleted by MorubozuWings
Show…

MorubozuWings

Well-known member
Jangkaan Jatuh 1 Jam Bermula Sekarang...Alhamdulillah telah melepasi garisan jangkaan jatuh melalui Negara


roket.jpg
 
Last edited:
  • Like
Reactions: Don

MorubozuWings

Well-known member
Telah disahkan Roket LongMarch 5B telah berakhir di Lautan Hindi di antara Maldives dan Indonesia..
Antara video yang dirakam di beberapa buah Negara

FB_IMG_1620537906425.jpg



FB_IMG_1620537858945.jpg



FB_IMG_1620537854578.jpg



FB_IMG_1620537852538.jpg
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top