RM 827 Juta Dalam Masa Setahun ?

Fakhrii

Well-known member
Transaksi Kripto Di Luno Mencatat Bernilai Lebih RM 827 Juta Sejak 2019

1607334520500.png

Dalam sesi media atas talian baru-baru ini platform pertukaran matawang kripto pertama Malaysia, LUNO mendedahkan telah memproses transaksi dalam negara bernilai lebih RM 827 Juta sejak pelancaran semula pada 2019

Menurut pengurus LUNO Malaysia, Aaron Tang, pelaburan matawang kripto dilihat berkembang dengan baik di Malaysia ketika kebanyakan pelabur mula faham kripto sebagai aset penyimpanan bernilai atau permulaan pelaburan mereka

Dianggarkan 68% pengguna membeli matawang kripto dengan tujuan untuk membuat pelaburan dengan majoritinya terdiri daripada lingkungan berusia 30 hingga 49 tahun
Rekod dari April sehingga September 2020 menunjukkan LUNO berjaya meraih 180,000 pengguna dan lebih 90% pasaran saham pertukaran aset digital tempatan

LUNO menyimpan lebih RM 165 Juta yang merangkumi empat matawang kripto yang diluluskan iaitu Bitcoin ( BTC ), Ethereum ( ETH ), Ripple ( XRP ) dan Litecoin ( LTC ).

LUNO yang berpangkalan di London turut dimilik oleh Digital Currency Group ( DCG ) New York bermula September 2020

Gabungan DCG membawa harapan ke arah sistem kewangan yang lebih baik sekaligus menjadikan matawang kripto selamat dan mudah untuk dibeli, disimpan dan dipelajari

Tidak cukup dengan itu, LUNO turut bekerjasama dengan firma perisikan blockchain, IntoTheBlock dengan tujuan menambahbaik paparan trading di aplikasi desktop, termasuk memperkenalkan stop-limit dan market orders

SUMBER
 
  • Deleted by nabil
Show…

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top