Ripple (XRP)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603182192564.png


Ripple (XRP)

Harga Tertinggi (Jan 2018): $3.40
Harga Terendah (May 2014): $0.0027
Harga Semasa: $0.45
.
Ripple dan XRP saling berkaitan.

Ripple bukan sahaja dikenali sebagai platform yang dibangunkan dengan peranan protokol open-source, membolehkan transaksi pantas dan murah tetapi juga matawang, XRP.

Platform tersebut pada masa yang sama turut menggalakkan individu lain menggunakan teknologi mereka untuk memiliki aset menerusi RippleNet.

RippleNet merupakan rangkaian pembayaran institusi seperti bank dan perniagaan perkhidmatan wang bertujuan untuk pengiriman wang tanpa had ke seluruh dunia.

Tidak hanya terhad kepada pembayaran matawang XRP, tetapi turut merangkumi Bitcoin dan syiling lain dengan komisen transaksi dalaman terendah pada $0.00001.

XRP merupakan token yang digunakan untuk memindahkan nilai di Ripple Network, menjadi penghubung pertukaran antara matawang kripto dengan fiat.

Jika diikutkan sejarahnya, protokol yang diasaskan oleh Chris Larsen dan Jed McCaleb ini mula beroperasi sebagai prototaip pada 2004 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 2013.

lg.php

Menariknya berkenaan Ripple, ia tidak memiliki blockchain seperti Bitcoin atau Ethereum. Sebaliknya ia menggunakan teknologi RPCA (Ripple protocol concensus algorithm).

Ripple digunakan secara meluas dalam beberapa tujuan:
1. Pertukaran matawang pada komisen yang rendah
2. Transaksi pantas meliputi segenap dunia
3. Ekosistem pembayaran yang murah dan pantas

Manfaat Ripple merangkumi tiga perkara:
1. Sistem pembayarannya jauh lebih selamat berbanding Bitcoin
2. Ripple ‘selamat’ daripada pemeriksaan peraturan, tidak seperti matawang kripto lain
3. Berpotensi untuk ditukar kepada mana-mana matawang atau aset bernilai seperti emas

Jika anda tertanya sama ada aset Ripple ini merupakan satu pelaburan terbaik, ia sebenarnya bergantung kepada persepsi individu terhadap matawang itu.

Berbanding firma kripto yang lain, Ripple merupakan organisasi yang dipercayai oleh kebanyakan bank. Menariknya lagi, aset ini tiada inflasi dan semakin banyak penggunaan bank terhadap XRP, semakin tinggi nilainya!

Cuma kekurangannya adalah seluruh sistemnya adalah berpusat dan memandangkan ia dibangunkan sebagai open-source, ada potensi untuk digodam.

Namun, pada akhirnya XRP sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu aset bernilai, bergantung bagaimana pergerakan Bitcoin memberi impak kepada harganya.

Sumber Artikel
 
Last edited by a moderator:

Wen

Well-known member
Adakah Ripple akan berjaya menggugurkan saman SEC?? dan akan mencanak naik ...

 

Satoshi Tomato

Well-known member
Adakah Ripple akan berjaya menggugurkan saman SEC?? dan akan mencanak naik ...

tak sabarnya tunggu berita ni.... Apalah nasib ripple
 

Wen

Well-known member
1615261328981.png


Perghh.. sehingga hari ini walaupun Ripple ni berhadapan dengan SEC tetapi mereka telah berjaya menandatangani perjanjian rakan kongsi bersama 15 perbankan di luar AS dan pada 4 Mac Ripple telah mengumumkan bahawa syarikat itu dalam membuat percubaan versi peribadi XRP Ledger untuk menyokong bank pusat dalam penerbitan mata wang digital bank pusat (CBDC) dan syarikat itu juga ada menyebut bahawa CBDC Private Ledger dibina untuk dijadikan sebagai aset pembayaran.
 

Satoshi Tomato

Well-known member
View attachment 2226

Perghh.. sehingga hari ini walaupun Ripple ni berhadapan dengan SEC tetapi mereka telah berjaya menandatangani perjanjian rakan kongsi bersama 15 perbankan di luar AS dan pada 4 Mac Ripple telah mengumumkan bahawa syarikat itu dalam membuat percubaan versi peribadi XRP Ledger untuk menyokong bank pusat dalam penerbitan mata wang digital bank pusat (CBDC) dan syarikat itu juga ada menyebut bahawa CBDC Private Ledger dibina untuk dijadikan sebagai aset pembayaran.
RIPPLE ARMY NI KUAT KUAT SEMUANYA..
 

Wen

Well-known member
1615520672762.png


Wow.. mengikut graf H4 nampaknya Ripple ada potensi ni .. Bagi korang adakah Ripple akan menguji semula ke zone $0.5 dan terus mencanak naik ?? atau ia hanya sekadar correction untuk membuat penurunan semula.
 

Pak Man Forex

Well-known member
Ada transaksi yang besar juga melibatkan Ripple ini ke Coinbase walaupun sebelum ini khabar angin mengatakan Coinbase telah unlisted XRP dalam exchanger mereka. Tetapi segala perkhabaran mengenai Ripple kena tunggu kepada keputusan atas saman yang dikenakan oleh SEC kepada XRP

 

Pak Man Forex

Well-known member
XRP terus dibayangi kebingungan ke mana hala tuju seterusnya yang ketika ini ia masih menunggu keputusan SEC dan XRP. Tetapi kebelakangan ini XRP banyak terlibat dengan transaksi dengan amaun yang besar. Adakah ia memberi petanda untuk kembali melonjak seperti coin yang lain ?

 

Fakhrii

Well-known member
Terkejut pakcik tengok XRP naik tibe-tibe. Ada acara pump&hodl ke? huhu
Mungkin sebab ini harga XRP terus melonjak :unsure:

 

Satoshi Tomato

Well-known member
Ripple’s XRP Relist Campaign Gathers Steam on Twitter

Ripple’s XRP Relist Campaign Gathers Steam on Twitter
XRP enthusiasts’ latest campaign comes as a hearing in the SEC lawsuit showed “surprise bombshells” in favor of Ripple.
March 23, 2021 by Aziz Abdel-Qader
The hashtag “RelistXRP” began trending on Twitter in many countries as thousands of accounts dedicated mostly or entirely to XRP continued to flood the social platform for the second consecutive day.
Search Twitter for XRP-related content, and you’ll find the so-called ‘XRP Army’ publicly expressing their opinion that major crypto exchanges should undo their decision to delist their favorite token. At press time, XRP was up around 10% and trading at $0.56.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top