Ripple (XRP)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603182192564.png


Ripple (XRP)

Harga Tertinggi (Jan 2018): $3.40
Harga Terendah (May 2014): $0.0027
Harga Semasa: $0.45
.
Ripple dan XRP saling berkaitan.

Ripple bukan sahaja dikenali sebagai platform yang dibangunkan dengan peranan protokol open-source, membolehkan transaksi pantas dan murah tetapi juga matawang, XRP.

Platform tersebut pada masa yang sama turut menggalakkan individu lain menggunakan teknologi mereka untuk memiliki aset menerusi RippleNet.

RippleNet merupakan rangkaian pembayaran institusi seperti bank dan perniagaan perkhidmatan wang bertujuan untuk pengiriman wang tanpa had ke seluruh dunia.

Tidak hanya terhad kepada pembayaran matawang XRP, tetapi turut merangkumi Bitcoin dan syiling lain dengan komisen transaksi dalaman terendah pada $0.00001.

XRP merupakan token yang digunakan untuk memindahkan nilai di Ripple Network, menjadi penghubung pertukaran antara matawang kripto dengan fiat.

Jika diikutkan sejarahnya, protokol yang diasaskan oleh Chris Larsen dan Jed McCaleb ini mula beroperasi sebagai prototaip pada 2004 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 2013.

lg.php

Menariknya berkenaan Ripple, ia tidak memiliki blockchain seperti Bitcoin atau Ethereum. Sebaliknya ia menggunakan teknologi RPCA (Ripple protocol concensus algorithm).

Ripple digunakan secara meluas dalam beberapa tujuan:
1. Pertukaran matawang pada komisen yang rendah
2. Transaksi pantas meliputi segenap dunia
3. Ekosistem pembayaran yang murah dan pantas

Manfaat Ripple merangkumi tiga perkara:
1. Sistem pembayarannya jauh lebih selamat berbanding Bitcoin
2. Ripple ‘selamat’ daripada pemeriksaan peraturan, tidak seperti matawang kripto lain
3. Berpotensi untuk ditukar kepada mana-mana matawang atau aset bernilai seperti emas

Jika anda tertanya sama ada aset Ripple ini merupakan satu pelaburan terbaik, ia sebenarnya bergantung kepada persepsi individu terhadap matawang itu.

Berbanding firma kripto yang lain, Ripple merupakan organisasi yang dipercayai oleh kebanyakan bank. Menariknya lagi, aset ini tiada inflasi dan semakin banyak penggunaan bank terhadap XRP, semakin tinggi nilainya!

Cuma kekurangannya adalah seluruh sistemnya adalah berpusat dan memandangkan ia dibangunkan sebagai open-source, ada potensi untuk digodam.

Namun, pada akhirnya XRP sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu aset bernilai, bergantung bagaimana pergerakan Bitcoin memberi impak kepada harganya.

Sumber Artikel
 
Last edited by a moderator:
  • Deleted by Hafiz07
Show…

1qw2er3ty

New member
Dah gerak pun harini. Tak mungkin boleh set masa tertentu, orang akan terus saja beli sekarang
betul, tapi saya ni hodl je.. kalau ada untung, syukur. hehehe rata2 sejak dari mula gerakan tu wujud, ramai la FOMO. tu yang kejap naik turun tu
 

KFH launches instant cross-border payments to KFH-Turkey

Zero-fee service, available 24/7 using RippleNet​


Sumber di bawah

 
Last edited by a moderator:
SBI VC Trade, unit cryptocurrency konglomerat utama SBI Holdings Jepun, telah memberikan sokongan pinjaman mata wang digitalnya kepada token XRP, syarikat itu mengumumkan pada hari Khamis.


SBI Expands Crypto Lending Services Adding XRP
XRP holders can deposit anywhere between 1,000 to 100,000 tokens.

 

Red Panther

New member
Inilah yang perlu diketahui oleh pelabur mengenai berita Ripple terbaru.



  • Ripple adalah syarikat rangkaian yang membolehkan pengguna memindahkan dana ke seluruh dunia.​
  • Syarikat ini menawarkan cryptocurrency sendiri, XRP, untuk digunakan oleh pengguna.​
  • XRP telah mendapat kekuatan sejak minggu lalu dan pertumbuhan itu berterusan sehingga kini.​
  • Pendakian pada mulanya bermula pada 2 November setelah syarikat mengalami penurunan.​
  • Sejak itu, mata wang digital menyaksikan kenaikan besar meningkat dari 23 sen kepada 30 sen hari ini.​
  • Sekiranya trend ini berterusan, ini bermakna XRP akhirnya dapat kembali ke paras tertinggi 34 sen pada awal tahun ini.​
  • Kejadian tinggi itu berlaku pada bulan Februari sebelum mata wang kripto, bersama dengan hampir semua perkara lain, menyelami pandemi coronavirus novel yang semakin meningkat.​
  • XPR sangat teruk ketika itu dan dalam keadaan pulih sejak mencecah 15 sen pada bulan Mac.​
  • Nampaknya lonjakan XRP ada kaitan dengan kenaikan serupa untuk bitcoin.​
  • Cryptocurrency meningkat pada akhir-akhir ini dan baru mencecah $ 17,000 pada awal hari ini.​
  • Itu perlu diperhatikan kerana bitcoin tidak begitu berharga sejak Disember 2017.​
  • Ada kemungkinan kedua-dua cryptocurrency akan terus meningkat lebih tinggi kerana pasaran masih pulih dari coronavirus.​

XRP meningkat 1.5% pada hari Selasa petang 17/11/2020

SUMBER
Xrp adalah shitcoin.. mcm sampah
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top