Ripple (XRP)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603182192564.png

Ripple (XRP)

Harga Tertinggi (Jan 2018): $3.40
Harga Terendah (May 2014): $0.0027
Harga Semasa: $0.45
.
Ripple dan XRP saling berkaitan.

Ripple bukan sahaja dikenali sebagai platform yang dibangunkan dengan peranan protokol open-source, membolehkan transaksi pantas dan murah tetapi juga matawang, XRP.

Platform tersebut pada masa yang sama turut menggalakkan individu lain menggunakan teknologi mereka untuk memiliki aset menerusi RippleNet.

RippleNet merupakan rangkaian pembayaran institusi seperti bank dan perniagaan perkhidmatan wang bertujuan untuk pengiriman wang tanpa had ke seluruh dunia.

Tidak hanya terhad kepada pembayaran matawang XRP, tetapi turut merangkumi Bitcoin dan syiling lain dengan komisen transaksi dalaman terendah pada $0.00001.

XRP merupakan token yang digunakan untuk memindahkan nilai di Ripple Network, menjadi penghubung pertukaran antara matawang kripto dengan fiat.

Jika diikutkan sejarahnya, protokol yang diasaskan oleh Chris Larsen dan Jed McCaleb ini mula beroperasi sebagai prototaip pada 2004 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 2013.

lg.php

Menariknya berkenaan Ripple, ia tidak memiliki blockchain seperti Bitcoin atau Ethereum. Sebaliknya ia menggunakan teknologi RPCA (Ripple protocol concensus algorithm).

Ripple digunakan secara meluas dalam beberapa tujuan:
1. Pertukaran matawang pada komisen yang rendah
2. Transaksi pantas meliputi segenap dunia
3. Ekosistem pembayaran yang murah dan pantas

Manfaat Ripple merangkumi tiga perkara:
1. Sistem pembayarannya jauh lebih selamat berbanding Bitcoin
2. Ripple ‘selamat’ daripada pemeriksaan peraturan, tidak seperti matawang kripto lain
3. Berpotensi untuk ditukar kepada mana-mana matawang atau aset bernilai seperti emas

Jika anda tertanya sama ada aset Ripple ini merupakan satu pelaburan terbaik, ia sebenarnya bergantung kepada persepsi individu terhadap matawang itu.

Berbanding firma kripto yang lain, Ripple merupakan organisasi yang dipercayai oleh kebanyakan bank. Menariknya lagi, aset ini tiada inflasi dan semakin banyak penggunaan bank terhadap XRP, semakin tinggi nilainya!

Cuma kekurangannya adalah seluruh sistemnya adalah berpusat dan memandangkan ia dibangunkan sebagai open-source, ada potensi untuk digodam.

Namun, pada akhirnya XRP sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu aset bernilai, bergantung bagaimana pergerakan Bitcoin memberi impak kepada harganya.

Sumber Artikel
 
Last edited by a moderator:

JOSHZ

New member
Aduh sayang :cry:. Takpe kali ini hold sahaja sebab target price masih tinggi lagi, tapi andai kata ia jatuh jangan jual lagi make it for longterm
sebab sy new buy... beli rm300 tengok untung terus jual dapat 600, dah guna duit belanja, ni nak lagi baru sikit harga dah naik baru dapat 8xpr ja huhu
 
Pak Man Forex

Well-known member
Walaupun XRP masih lagi dalam ketidakpastian terhadap kes dengan SEC, XRP sentiasa mendapat perhatian dan diterima sebagai median terbaru dalam penggunaannya. Dan kini dapat kita lihat satu persatu kes telah memihak kepada XRP. Adakah ia bakal meroket lebih tinggi lagi ? Ermm :unsure:

  • Like
Reactions: Wen

Wen

Well-known member
CTO Ripple Labs David Schwartz beri nasihat kepada para pelabur kripto

"Jika anda memiliki sebuah besar pegangan aset kripto,sila pertimbangkan untuk jual sebahagian bagi mengurangkan risiko.Ini bukan sebarang ramalan pasaran untuk masa akan datang"

Apa pendapat korang??
 
Pak Man Forex

Well-known member

AmirGGVM

Well-known member
alhamdulillah...27/3 topup jap...11/4 topup lagi...14/4 pada ari the latest...pergh auwm...bln february sblm thn baru cina da withdraw...alhamdullilah rezeki bln posa....dan kalo tak join intraday..kalo tak layan utube tuan moshed dan intraday..saya takkan kenal bitcoin dan altcoin tu pe..sebab bila da kenal..maka tumbuh la syg pada coin...hehehehe..

27 march 2021.jpg
11 april 2021.jpg
14 april 2021.jpg
 
Wen

Well-known member
alhamdulillah...27/3 topup jap...11/4 topup lagi...14/4 pada ari the latest...pergh auwm...bln february sblm thn baru cina da withdraw...alhamdullilah rezeki bln posa....dan kalo tak join intraday..kalo tak layan utube tuan moshed dan intraday..saya takkan kenal bitcoin dan altcoin tu pe..sebab bila da kenal..maka tumbuh la syg pada coin...hehehehe..

View attachment 2576View attachment 2577View attachment 2579
terbaik la .. rezeki bulan puasa
 
AmirGGVM

Well-known member
Terbaik la @AmirGGVM raya awal ni
tul la bos.rasanya cam raya awal thn nie...hehehe..alhamdulilah..rezeki...tq pada tuan moshed dan tuan nabil..dan semo anggota intraday..disebabkan anda semo....saya dapat blajar tentang nilai bitcoin dan altcoin dlm kehidupan seharian..walaupun terlambat join bln 10 thn pas..tapi dapat gak merasa nikmat keuntungan dlm masa long term...mmg ohsem bila meroket..
 
alhamdulillah syukur,, :)
 
JOSHZ

New member
woooow...banyak tu, saya baru beli 150 pas tu jual masa naik untuk ambik untung sekali tengok mencanak,, xdan nak beli,, huhuhu,, agak naik lagi ka or masih perlu tunggu ,,,beli rendah lagi
 
Pak Man Forex

Well-known member
woooow...banyak tu, saya baru beli 150 pas tu jual masa naik untuk ambik untung sekali tengok mencanak,, xdan nak beli,, huhuhu,, agak naik lagi ka or masih perlu tunggu ,,,beli rendah lagi
Boleh je beli sekarang sebab harga sekarang bermain-main dekat situ je buat masa sekarang ni. Tapi andai kata ia jatuh anda jangan jual pula. Take it for longterm, kemungkinan ia menaik lagi tu masih strong tapi perlu tunggu kepada keputusan perbicaraan antara SEC dan XRP selesai
 
bila Perbicaraan tu tuan
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top