Ripple (XRP)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603182192564.png


Ripple (XRP)

Harga Tertinggi (Jan 2018): $3.40
Harga Terendah (May 2014): $0.0027
Harga Semasa: $0.45
.
Ripple dan XRP saling berkaitan.

Ripple bukan sahaja dikenali sebagai platform yang dibangunkan dengan peranan protokol open-source, membolehkan transaksi pantas dan murah tetapi juga matawang, XRP.

Platform tersebut pada masa yang sama turut menggalakkan individu lain menggunakan teknologi mereka untuk memiliki aset menerusi RippleNet.

RippleNet merupakan rangkaian pembayaran institusi seperti bank dan perniagaan perkhidmatan wang bertujuan untuk pengiriman wang tanpa had ke seluruh dunia.

Tidak hanya terhad kepada pembayaran matawang XRP, tetapi turut merangkumi Bitcoin dan syiling lain dengan komisen transaksi dalaman terendah pada $0.00001.

XRP merupakan token yang digunakan untuk memindahkan nilai di Ripple Network, menjadi penghubung pertukaran antara matawang kripto dengan fiat.

Jika diikutkan sejarahnya, protokol yang diasaskan oleh Chris Larsen dan Jed McCaleb ini mula beroperasi sebagai prototaip pada 2004 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 2013.

lg.php

Menariknya berkenaan Ripple, ia tidak memiliki blockchain seperti Bitcoin atau Ethereum. Sebaliknya ia menggunakan teknologi RPCA (Ripple protocol concensus algorithm).

Ripple digunakan secara meluas dalam beberapa tujuan:
1. Pertukaran matawang pada komisen yang rendah
2. Transaksi pantas meliputi segenap dunia
3. Ekosistem pembayaran yang murah dan pantas

Manfaat Ripple merangkumi tiga perkara:
1. Sistem pembayarannya jauh lebih selamat berbanding Bitcoin
2. Ripple ‘selamat’ daripada pemeriksaan peraturan, tidak seperti matawang kripto lain
3. Berpotensi untuk ditukar kepada mana-mana matawang atau aset bernilai seperti emas

Jika anda tertanya sama ada aset Ripple ini merupakan satu pelaburan terbaik, ia sebenarnya bergantung kepada persepsi individu terhadap matawang itu.

Berbanding firma kripto yang lain, Ripple merupakan organisasi yang dipercayai oleh kebanyakan bank. Menariknya lagi, aset ini tiada inflasi dan semakin banyak penggunaan bank terhadap XRP, semakin tinggi nilainya!

Cuma kekurangannya adalah seluruh sistemnya adalah berpusat dan memandangkan ia dibangunkan sebagai open-source, ada potensi untuk digodam.

Namun, pada akhirnya XRP sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu aset bernilai, bergantung bagaimana pergerakan Bitcoin memberi impak kepada harganya.

Sumber Artikel
 
Last edited by a moderator:

Wen

Well-known member
Staff member
Setelah Moneygram putuskan hubungan bersama Ripple.. Nampaknya XRP susut 12% Dalam tempoh 24 jam daripada harga $0.52..
Adakah Ripple akan terus membuat penurunan disebabkan issue ini tetapi apa pula yang akan terjadi dengan kes SEC dan Ripple?


1614065112675.png
 

Pak Man Forex

Well-known member
Ada perkembangan yang agak manis buat XRP tetapi segalanya kena menunggu keputusan terakhir daripada kes perbicaraan antara XRP dan SEC. Masih mengkaji perkembangan dan update terkini mengenainya. Harap ada sinar yang bakal menyinari 🌈 ☀️

Bored Cabin Fever GIF
 

Pak Man Forex

Well-known member
Bekas ketua SEC ' Mary Jo White ' mempertahankan Ripple: “ SEC is totally wrong ”
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Xda persetujuan antara sec n ripple untuk settle di luar mahkamah. Sebutan kes berjalan 22hb lepas. So kes ni makin berleret. Perbicaraan dijangka ogos nanti
 

Wen

Well-known member
Staff member
XRP (Ripple) turun 0.38% pada hari Rabu. Berikutan penurunan 15,90% dari hari Selasa, XRP (Ripple) mengakhiri hari ini pada harga $ 0,46923.Permulaan menyaksikan XRP (Ripple) jatuh ke paras rendah awal $0,45782 sebelum bergerak. Jadi Apa pendapat korang ?? Ada harapan lagi ke ripple ni ?? hehe

XRPUSD-250221-Hourly-Chart.png


First Major Support Level: $0.4469

Pivot Level: $0.4737

First Major resistance Level: $0.4960

23.6% FIB Retracement Level: $0.5320

38.2% FIB Retracement Level: $0.4632

62% FIB Retracement Level: $0.3521
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
XRP (Ripple) turun 0.38% pada hari Rabu. Berikutan penurunan 15,90% dari hari Selasa, XRP (Ripple) mengakhiri hari ini pada harga $ 0,46923.Permulaan menyaksikan XRP (Ripple) jatuh ke paras rendah awal $0,45782 sebelum bergerak. Jadi Apa pendapat korang ?? Ada harapan lagi ke ripple ni ?? hehe

XRPUSD-250221-Hourly-Chart.png


First Major Support Level: $0.4469

Pivot Level: $0.4737

First Major resistance Level: $0.4960

23.6% FIB Retracement Level: $0.5320

38.2% FIB Retracement Level: $0.4632

62% FIB Retracement Level: $0.3521
Boleh lagi. Saya yakin at least akan sampai $1.50
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top