Ripple (XRP)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603182192564.png


Ripple (XRP)

Harga Tertinggi (Jan 2018): $3.40
Harga Terendah (May 2014): $0.0027
Harga Semasa: $0.45
.
Ripple dan XRP saling berkaitan.

Ripple bukan sahaja dikenali sebagai platform yang dibangunkan dengan peranan protokol open-source, membolehkan transaksi pantas dan murah tetapi juga matawang, XRP.

Platform tersebut pada masa yang sama turut menggalakkan individu lain menggunakan teknologi mereka untuk memiliki aset menerusi RippleNet.

RippleNet merupakan rangkaian pembayaran institusi seperti bank dan perniagaan perkhidmatan wang bertujuan untuk pengiriman wang tanpa had ke seluruh dunia.

Tidak hanya terhad kepada pembayaran matawang XRP, tetapi turut merangkumi Bitcoin dan syiling lain dengan komisen transaksi dalaman terendah pada $0.00001.

XRP merupakan token yang digunakan untuk memindahkan nilai di Ripple Network, menjadi penghubung pertukaran antara matawang kripto dengan fiat.

Jika diikutkan sejarahnya, protokol yang diasaskan oleh Chris Larsen dan Jed McCaleb ini mula beroperasi sebagai prototaip pada 2004 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 2013.

lg.php

Menariknya berkenaan Ripple, ia tidak memiliki blockchain seperti Bitcoin atau Ethereum. Sebaliknya ia menggunakan teknologi RPCA (Ripple protocol concensus algorithm).

Ripple digunakan secara meluas dalam beberapa tujuan:
1. Pertukaran matawang pada komisen yang rendah
2. Transaksi pantas meliputi segenap dunia
3. Ekosistem pembayaran yang murah dan pantas

Manfaat Ripple merangkumi tiga perkara:
1. Sistem pembayarannya jauh lebih selamat berbanding Bitcoin
2. Ripple ‘selamat’ daripada pemeriksaan peraturan, tidak seperti matawang kripto lain
3. Berpotensi untuk ditukar kepada mana-mana matawang atau aset bernilai seperti emas

Jika anda tertanya sama ada aset Ripple ini merupakan satu pelaburan terbaik, ia sebenarnya bergantung kepada persepsi individu terhadap matawang itu.

Berbanding firma kripto yang lain, Ripple merupakan organisasi yang dipercayai oleh kebanyakan bank. Menariknya lagi, aset ini tiada inflasi dan semakin banyak penggunaan bank terhadap XRP, semakin tinggi nilainya!

Cuma kekurangannya adalah seluruh sistemnya adalah berpusat dan memandangkan ia dibangunkan sebagai open-source, ada potensi untuk digodam.

Namun, pada akhirnya XRP sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu aset bernilai, bergantung bagaimana pergerakan Bitcoin memberi impak kepada harganya.

Sumber Artikel
 
Last edited by a moderator:

moshed

CEO / Founder
Staff member
Moshed Trader Club
XRP ni kalau ikutkan dari segi utilities nya memang terbaik.
Cumanya ramai yang kata dia bukan decentralized (boleh dibahaskan lagi), dan company asyik liquidate saja pegangan XRP diorang. Value susah nak naik.

Tapi kalau dapat berdepan dengan kes SEC tu dengan cemerlang, memang boom! meroket!
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
XRP ni kalau ikutkan dari segi utilities nya memang terbaik.
Cumanya ramai yang kata dia bukan decentralized (boleh dibahaskan lagi), dan company asyik liquidate saja pegangan XRP diorang. Value susah nak naik.

Tapi kalau dapat berdepan dengan kes SEC tu dengan cemerlang, memang boom! meroket!
Insya-Allah. Bulan ni boleh tu $1
 

Pak Man Forex

Well-known member
Berdasarkan analisa teknikal saya mengenai XRP ia telah membuat CUP OF COFFEE yang menunjukkan pattern BULLISH mengikut kepada carta DAILY dan ia telah membuat kenaikan sehingga melepasi paras $0.50. Adakah ia akan mengekalkan kenaikan ?

Ripple.jpg

 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
XRP telah mencapai ketinggian sehingga paras $0.64 lalu susut ke paras $0.51, adakah dia sedang membuat penurunan semula ke dalam zone dan kembali memacak atau akan mengalami penurunan terus ke bawah ?​

Ripple.jpg


Bagaimana pendapat anda mengenai XRP ? Atau adakah dia memberi diskaun untuk pembeli membeli RIPPLE lagi ?
 
Last edited:

Wen

Well-known member
XRP semakin parah..??​

Nak cerita ni seorang dari penganalisis kripto iaitu Leonidas Hadjiloizou pada sabtu telah memuat naik satu kicauan di Twitter, dia dedahkan McCaleb mungkin akan menjual kesemua asetnya itu sama ada pada hujung ini atau secepatnya bulan Mei. McCaleb ni meninggalkan Ripple beberapa tahun lalu dah sebelum memulakan Stellar (XLM) dan dia juga memiliki hampir 3 bilion token XRP.

Malah,penganalisis itu menjangkakan McCaleb akan menjual lebih 38 juta token XRP setiap hari bermula minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan mencecah $166 Juta .. perghhhh.. Lebih parah lagi mungkin sukar untuk XRP mengatasi Polkadot yang memiliki permodalan pasaran sebanyak $25.82 bilion kalau bekas CTO dan pengasas Ripple,Jed McCaleb menjual semua XRP yang dia ada..


View: https://twitter.com/LeoHadjiloizou/status/1360868451372453890


Jika mengikut harga semasa kan, 1 XRP = $0.56 ini akan menjadi jumlah keseluruhan mencecah $148.9 juta

Kalau korang nak tahu Harga XRP kembali pulih lebih 200% susulan daripada tuduhan Securities and Exchange Commision (SEC) terhadap Ripple Labs pada Disember lalu yang menyebabkan banyak pertukaran

Kalau apa yang di jangkakan Hadjiloizou betul berlaku, bagi saya mungkin prestasi token lenyap begitu saja.. hmmm dan permodalan pasaran juga mungkin susut mendadak, lagi-lagi lah isu saman yang masih belum selesai. Boleh jadi juga XRP ni tersingkir dari senarai 10 matawang kripto teratas.

Jadi apa pendapat korang pula???
 

Pak Man Forex

Well-known member
Pergerakan harga XRP pada timeframe DAILY. Selepas sahaja sentimen yang bekas pengasas Ripple iaitu Jed McCaleb yang akan menjual kesemua XRP yang dimilikinya, terus membuatkan harga XRP menurun sehingga ke paras $0.50

1613536910044.png


Adakah pergerakan harga XRP akan terus menunjukkan tanda penurunan ? Atau akan membuat kenaikan semula pada 22.2.2021 nanti pada ISNIN ?
 

Wen

Well-known member
betul kita tunggu 22hb ni ...macam mana Issue XRP dgn SEC sekarang ni .. alaaaa .. Pak NDAK kata potensi tu ada lagi .. ni dia ada dok bebel dalam Squawk pasal XRP ni 😅


View: https://soundcloud.com/intradaydotmy/pak-ndak-xrp-15-2-1pm


Pergerakan harga XRP pada timeframe DAILY. Selepas sahaja sentimen yang bekas pengasas Ripple iaitu Jed McCaleb yang akan menjual kesemua XRP yang dimilikinya, terus membuatkan harga XRP menurun sehingga ke paras $0.50

View attachment 2008

Adakah pergerakan harga XRP akan terus menunjukkan tanda penurunan ? Atau akan membuat kenaikan semula pada 22.2.2021 nanti pada ISNIN ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampak gaya macam XRP seperti mendapat pengukuhan, adakah ia akan kekal meneruskan kenaikan atau membuat penurunan semula ?​

1613637943390.png


Bagaimana pandangan anda mengenai Ripple yang sekarang ini sedang menghitung hari dalam 3 hari lagi sebelum hari perbicaraan berlangsung ?
 

Pak Man Forex

Well-known member
1613974376130.png


Adakah XRP mampu melepasi paras rintangan sebelum ini sekitar $ 0.73, atau akan membuat penurunan pada paras itu ? Atau XRP akan mencapai paras harga pada $ 1 ?
 
Last edited:

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top