Ripple (XRP)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603182192564.png


Ripple (XRP)

Harga Tertinggi (Jan 2018): $3.40
Harga Terendah (May 2014): $0.0027
Harga Semasa: $0.45
.
Ripple dan XRP saling berkaitan.

Ripple bukan sahaja dikenali sebagai platform yang dibangunkan dengan peranan protokol open-source, membolehkan transaksi pantas dan murah tetapi juga matawang, XRP.

Platform tersebut pada masa yang sama turut menggalakkan individu lain menggunakan teknologi mereka untuk memiliki aset menerusi RippleNet.

RippleNet merupakan rangkaian pembayaran institusi seperti bank dan perniagaan perkhidmatan wang bertujuan untuk pengiriman wang tanpa had ke seluruh dunia.

Tidak hanya terhad kepada pembayaran matawang XRP, tetapi turut merangkumi Bitcoin dan syiling lain dengan komisen transaksi dalaman terendah pada $0.00001.

XRP merupakan token yang digunakan untuk memindahkan nilai di Ripple Network, menjadi penghubung pertukaran antara matawang kripto dengan fiat.

Jika diikutkan sejarahnya, protokol yang diasaskan oleh Chris Larsen dan Jed McCaleb ini mula beroperasi sebagai prototaip pada 2004 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 2013.

lg.php

Menariknya berkenaan Ripple, ia tidak memiliki blockchain seperti Bitcoin atau Ethereum. Sebaliknya ia menggunakan teknologi RPCA (Ripple protocol concensus algorithm).

Ripple digunakan secara meluas dalam beberapa tujuan:
1. Pertukaran matawang pada komisen yang rendah
2. Transaksi pantas meliputi segenap dunia
3. Ekosistem pembayaran yang murah dan pantas

Manfaat Ripple merangkumi tiga perkara:
1. Sistem pembayarannya jauh lebih selamat berbanding Bitcoin
2. Ripple ‘selamat’ daripada pemeriksaan peraturan, tidak seperti matawang kripto lain
3. Berpotensi untuk ditukar kepada mana-mana matawang atau aset bernilai seperti emas

Jika anda tertanya sama ada aset Ripple ini merupakan satu pelaburan terbaik, ia sebenarnya bergantung kepada persepsi individu terhadap matawang itu.

Berbanding firma kripto yang lain, Ripple merupakan organisasi yang dipercayai oleh kebanyakan bank. Menariknya lagi, aset ini tiada inflasi dan semakin banyak penggunaan bank terhadap XRP, semakin tinggi nilainya!

Cuma kekurangannya adalah seluruh sistemnya adalah berpusat dan memandangkan ia dibangunkan sebagai open-source, ada potensi untuk digodam.

Namun, pada akhirnya XRP sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu aset bernilai, bergantung bagaimana pergerakan Bitcoin memberi impak kepada harganya.

Sumber Artikel
 
Last edited by a moderator:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
XRP dalam bahaya. Kalau XRP masih belum gerak, pelabur-pelabur XRP ($10B) akan mula fed up n jual XRP untuk masuk altcoin lain yg lebih berpotensi.

Altcoin lain dah slowly gerak ke atas
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
RIPPLE KENA SAMAN LAGI?
Firma pelaburan berpangkalan di United Kingdom(UK) telah menfailkan saman terhadap Ripple di Mahkamah Delaware Chancery pada awal minggu ini.

Tetragon Financial Group melalui saman tersebut mahu mendapatkan hak kontraknya dengan meminta Ripple untuk menebus saham pilihan series C.

Untuk pengetahuan, Tetragon merupakan pelabur utama dalam pembiayaan Series C Ripple yang bernilai $200 Juta pada Disember 2019, bertujuan untuk menaiktaraf XRP Ledger dan mengembangkan lagi utiliti token XRP.

Tetragon juga mahu pihak mahkamah membeku aset tunai Ripple sehingga pembayaran dilunaskan, termasuk permohonan perintah tahanan, mempercepatkan perbicaraan dan injunksi awal.

Ini merupakan saman kedua selepas Securities and Exchange Commission (SEC) menyaman Ripple pada Disember 2020 atas pertuduhan menjual sekuriti tidak berlesen bernilai lebih $1 bilion.

Harga XRP susut mendadak susulan daripada berita itu, diikuti dengan beberapa platform pertukaran yang menyahsenaraikan matawang kripto tersebut. Sehingga hari ini sekitar 22 pertukaran telah "membuang" XRP hanya di AS dan secara global.

Terbaru, Grayscale dilaporkan telah menjual kesemua aset XRP di dalam Grayscale Digital Large Cap Fund dan membuat pembelian token tambahan dalam dana seperti Bitcoin dan Ethereum.

Sebelum ini ada memberitahu dalam beberapa minggu lagi pihak mereka akan membuktikan tuduhan SEC jelas tidak berasas, Menganggap cerita yang ditularkan media hanya berat sebelah.

Sumber
 

extr-o

Well-known member
Memang dah terlalu parah nih. Klu boleh gantikan XRP ke ADA /CARDANO secepat mungkin.
 

amir8kamil

New member
Aku ade beli 1000 coin XRP awal bulan lepas after drop ke RM0.82. sekarang dah naik ke RM1.40 walaupun dengan segala law suit dri USA dan latest UK.

Dgn kemenangan Biden di USA, kerajaan Biden menjanjikan akan lebih mesra crypto. Dimasa ramai orang FEAR pada XRP ni dan trader USA x dpt beli XRP... adakah ni masa terbaik unk beli XRP.

Jika bulan pertengahan Februari nanti mahkamah bagi hints positive pada XRP, aku yakin XRP akan fly to moon until kemenangan XRP.

Mungkin XRP dpt cecah RM100 per XRP dlm masa setahun. sekarang RM1.40 je.

Pakar2 mohon beri pencerahan... kita discuss.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Aku ade beli 1000 coin XRP awal bulan lepas after drop ke RM0.82. sekarang dah naik ke RM1.40 walaupun dengan segala law suit dri USA dan latest UK.

Dgn kemenangan Biden di USA, kerajaan Biden menjanjikan akan lebih mesra crypto. Dimasa ramai orang FEAR pada XRP ni dan trader USA x dpt beli XRP... adakah ni masa terbaik unk beli XRP.

Jika bulan pertengahan Februari nanti mahkamah bagi hints positive pada XRP, aku yakin XRP akan fly to moon until kemenangan XRP.

Mungkin XRP dpt cecah RM100 per XRP dlm masa setahun. sekarang RM1.40 je.

Pakar2 mohon beri pencerahan... kita discuss.
Terbaik ulasan. Sy setuju. Tapi satu saja saya nak komen, kalau XRP settle dengan SEC selepas altseason, maka susah XRP nak meroket jauh. Sebaiknya XRP ride bersama altcoin yg lain ketika altseason bulan ni sehingga mungkin awal depan.
 

AmirGGVM

Well-known member
tak pe..still menabung xrp..tapi skit skit...jgn terlalu banyak..target bitcoin, ltc and eth...kasi menabung banyak...da setel isu mahkamah...n kita tengok pe kah jadi seterusnya...
 

Fakhrii

Well-known member
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top