Ripple (XRP)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
1603182192564.png


Ripple (XRP)

Harga Tertinggi (Jan 2018): $3.40
Harga Terendah (May 2014): $0.0027
Harga Semasa: $0.45
.
Ripple dan XRP saling berkaitan.

Ripple bukan sahaja dikenali sebagai platform yang dibangunkan dengan peranan protokol open-source, membolehkan transaksi pantas dan murah tetapi juga matawang, XRP.

Platform tersebut pada masa yang sama turut menggalakkan individu lain menggunakan teknologi mereka untuk memiliki aset menerusi RippleNet.

RippleNet merupakan rangkaian pembayaran institusi seperti bank dan perniagaan perkhidmatan wang bertujuan untuk pengiriman wang tanpa had ke seluruh dunia.

Tidak hanya terhad kepada pembayaran matawang XRP, tetapi turut merangkumi Bitcoin dan syiling lain dengan komisen transaksi dalaman terendah pada $0.00001.

XRP merupakan token yang digunakan untuk memindahkan nilai di Ripple Network, menjadi penghubung pertukaran antara matawang kripto dengan fiat.

Jika diikutkan sejarahnya, protokol yang diasaskan oleh Chris Larsen dan Jed McCaleb ini mula beroperasi sebagai prototaip pada 2004 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 2013.

lg.php

Menariknya berkenaan Ripple, ia tidak memiliki blockchain seperti Bitcoin atau Ethereum. Sebaliknya ia menggunakan teknologi RPCA (Ripple protocol concensus algorithm).

Ripple digunakan secara meluas dalam beberapa tujuan:
1. Pertukaran matawang pada komisen yang rendah
2. Transaksi pantas meliputi segenap dunia
3. Ekosistem pembayaran yang murah dan pantas

Manfaat Ripple merangkumi tiga perkara:
1. Sistem pembayarannya jauh lebih selamat berbanding Bitcoin
2. Ripple ‘selamat’ daripada pemeriksaan peraturan, tidak seperti matawang kripto lain
3. Berpotensi untuk ditukar kepada mana-mana matawang atau aset bernilai seperti emas

Jika anda tertanya sama ada aset Ripple ini merupakan satu pelaburan terbaik, ia sebenarnya bergantung kepada persepsi individu terhadap matawang itu.

Berbanding firma kripto yang lain, Ripple merupakan organisasi yang dipercayai oleh kebanyakan bank. Menariknya lagi, aset ini tiada inflasi dan semakin banyak penggunaan bank terhadap XRP, semakin tinggi nilainya!

Cuma kekurangannya adalah seluruh sistemnya adalah berpusat dan memandangkan ia dibangunkan sebagai open-source, ada potensi untuk digodam.

Namun, pada akhirnya XRP sebenarnya berpotensi untuk menjadi salah satu aset bernilai, bergantung bagaimana pergerakan Bitcoin memberi impak kepada harganya.

Sumber Artikel
 
Last edited by a moderator:

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Adakah pergerakan harga XRP ketika ini sedang bersedia untuk meluncur lebih tinggi semula seperti yang berlaku pada pembukaan dagangan April ?

Melihat kepada carta XRP/USDT, kelihatan pergerakan harga XRP masih lagi ‘struggle’ untuk terus menembusi paras harga $1.0 sebelum membuat penurunan semula di atas paras harga $0.80.

Jangkaan seterusnya, jika harga XRP berjaya kembali dengan momentum kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $1.0 bakal menjadi sasaran para pelabur untuk diuji semula dan seterusnya bakal memberi penanda aras untuk membuat kenaikan yang lebih drastik.

Zon SBR seterusnya di paras harga $1.40 bakal menjadi paras tumpuan untuk diuji jika harga XRP terus mengekalkan trend bullish sebelum menuju ke paras resistance $1.60-1.90.

Namun sebaliknya, jika XRP kembali meneruskan rentak penurunan, paras sokongan sekitar harga $0.60 bakal diuji semula dan bakal menjadi paras yang bakal dinilai oleh para pelabur sebagai sasaran untuk menyokong semula kenaikan harga.

Sekiranya kata putus terakhir mengenai perbicaraan antara XRP dan SEC terus memihak dan memberi kemenangan kepada Ripple yang dijangka bakal berkahir pada bulan Ogos. Ripple dijangka bakal nekad untuk menjadi syarikat yang diperdagangkan secara terbuka dan menawarkan transaksi yang murah dan lebih laju.

Jika perkara itu tercapai, tidak mustahil untuk XRP mencapai nilai pasaran (marketcap) melebihi $150 bilion dan mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicapai pada 2018 sekitar $3.0 atau mungkin boleh mencatatkan ATH yang terbaru pada 2021.

XRP.jpg
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
$XRP lebih baik daripada Bitcoin? betul ke ?
Baca di sini:

 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Pergerakan $XRP cetus panik

Baca di sini:
 

Wen

Well-known member
Staff member
Apa? XRP Sudah Bersedia Untuk Terbang Ke Bulan?

xrp 29.7.21.jpg

XRP melonjak dengan mendadak menghasilkan 20% dalam beberapa jam sahaja sehingga menguji paras tertinggi sekitar $0.75 semasa mengakhiri sesi dagangan semalam.

Kedudukan aset kripto ke-6 terbesar, XRP kini memiliki permodalan pasaran lebih $32.5 bilion direkodkan dalam pasaran dengan mencatatkan lebih $6.6 bilion jumlah dagangan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Pengumuman terbaru dari Ripple mengenai pelancaran koridor On-Demand Liquidity (ODL) pertama di Jepun telah memberikan impak yang besar kepada harga semasa XRP, sekaligus menarik perhatian para pelabur.

Menarik jika dilihat kepada carta pergerakan semasa harga XRP/USDT.

Pandangan sudut teknikal, XRP masih dilihat menyaksikan trend Bullish dan telah berjaya melepasi paras rintangan sekitar $0.64 yang telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Pergerakan harga XRP sekaligus berjaya mencatatkan lonjakan 20% dalam beberapa jam sahaja mengatasi beberapa matawang digital yang lain pada sesi dagangan semalam.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya XRP kekal dengan trend Bullish, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.80 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi dan mungkin bakal memberi penanda aras untuk XRP melonjak dengan agresif.

Namun sebaliknya jika XRP kembali menyusut, paras sokongan sekitar $0.55 tersebut bakal diuji semula dan akan kekal menjadi zon utama untuk dinilai sama ada menyokong semula lonjakan harga atau bakal meneruskan penurunan harga.

Sewaktu penulisan, XRP didagangkan pada harga sekitar $0.69 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top