Ringkasan Istilah Yang Sering Digunakan Dalam Dunia Kripto

Wen

Well-known member
Staff member
Hackers Are Using Three Fake Crypto-Related Apps to Drain Wallets –  Security Bitcoin News


Haa mesti ramai yang belum tahu beberapa istilah ni dalam dunia kripto lebih-lebih lagi yang Newbie. So bila kita masuk dalam dunia kripto ni, kita pasti akan menemui beberapa istilah untuk menggambarkan suatu keadaan, walaupun perdagangan Aset Crypto dan perdagangan Aset lain adalah sama dalam istilah perdagangan, tetapi masih mempunyai beberapa perbezaan.

Haa ini saya nak listkan beberapa istilah yang ringkas dan senang korang nak faham.. Hehe .. Kalau ada istilah lain boleh je korang tambah di Komen. Legoo

1) To the moon : Koin yang sedang melonjak naik harganya

2) Hodl: “Hold on for dear life“– Menahan Koin, Pelaburan jangka panjang dalam cryptocurrency, tanpa mengira kenaikan atau penurunan semasa

3) Pasaran Bear/Bearish: Market jatuh

4) Pasaran Bull/Bullish: Market naik

5) BlockChain: Teknologi internet generasi kedua,atau Internet 2.0” yang dihubungkan dan dijamin menggunakan kriptografi. Setiap blok biasanya mengandungi hash kriptografi dari blok, timestamp dan data transaksi sebelumnya.

6) Bitcoin: Bapa segala Altcoin.Terkenal dan disebut juga BTC

7) Market Capitalization: Permodalan Pasaran. Market Cap=Harga(X)Bekalan Penawaran

8) Hard Cap: jumlah dana maksimum yang ingin dicapai oleh suatu project melalui tahap ICO

9) Cap Rendah: Sekiranya ICO ingin mengumpulkan lebih sedikit dana, biasanya kurang dari $20 juta.

10) Cap Tinggi: Sekiranya ICO ingin mengumpulkan lebih banyak dana, biasanya lebih dari $25 juta.

11) FUD: Fear, Uncertainity, Doubt –Ketakutan, Ketidakpastian, Keraguan. Biasanya berlaku apabila ada berita buruk, namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan.

12) Fudder: Orang yang suka menyebar berita buruk.

13) FOMO: Takut Hilang - di mana rasa takut ketinggalan

14) Shitcoin: Altcoin yang tidak bernilai. Nilai Shitcoin didasarkan pada spekulasi.

15) Solid Coin: Koin yang bagus dan boleh di percayai

16) Moon/Mooning: Harga koin yang sedang setinggi bintang (sangat tinggi).

17) Mars: Harga koin akan melambung sangat tinggi.

18) ATH: All Time High- Harga yang paling mahal atau tertinggi yang dicapai oleh coin tersebut sejak ia disenaraikan

19) Whale: Orang atau organisasi yang mempunyai banyak coin dan berpotensi untuk memanipulasi pasaran

20) Pump: Membeli koin supaya harganya naik.

21) Dump: Menjual koin setelah harga naik.

22) Pump and Dump: Membeli koin agar harga naik,supaya boleh melakukan dump.

23) Bag Holder: Seseorang yang telah membeli koin di harga yang tinggi dan tidak sempat menjual dan koin tersebut menjadi shitcoin.

24) Long term: Posisi yang diambil trader Untuk mengambil jangka masa panjang pada sesuatu kerna percaya bahwa nilainya akan meningkat di masa depan.

25) Short term: Posisi yang diambil trader Untuk mengambil jangka masa pendek pada koin bahwa nilainya akan jatuh di masa depan.

26) Circulating supply: Jumlah coin yang ada dalam pasaran yang boleh di jual beli.

27) ICO: Initial Coin Offering – Satu aktiviti atau cara untuk mendapatkan dana bagi projek yang di bangunkan oleh sesuatu pihak.

28) Token: Token merujuk kepada suatu aset atau utiliti, yang selalunya wujud di atas blockchain yang lain. Token boleh mewakili apa sahaja aset, asalkan ia boleh ditukar dengan aset lain dan boleh dijual beli. Token boleh menjadi suatu komoditi, matawang kripto, mahupun loyalty points atau sebagai undi dalam satu komuniti.

29) DYOR: Lakukan Penyelidikan Sendiri. Lakukan kajian anda sendiri.

30) IDEX: Pasaran perdagangan wang digital.

31) BTD: Beli Dip. Beli duit syiling yang harganya telah turun secara mendadak.


Sampai sini saje...... Kalau korang ada Istilah lain Komen je kat bawah.. Mari kita berkongsi sama-sama.. :)
 
Last edited by a moderator:

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top