Rakyat Malaysia gempar isu daging import haram

MorubozuWings

Well-known member
daging.jpg




Pendedahan eksklusif Sinar Harian melalui laporan khas pada 23 November lalu berkaitan kegiatan syarikat ejen fret (freight forwarder) yang menguruskan proses import daging sejuk beku halal menyeludup daging secara haram ke Malaysia membuka mata banyak pihak.

Pembongkaran tersebut sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyerbu sebuah gudang membekal daging sejuk beku di Senai, Johor pada 1 Disember lalu.

Selepas mendapat maklumat mengenai satu operasi yang akan diadakan di Johor hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), team Meja Jenayah Sinar Harian yang diketuai Izwan Rozlin dan wartawan Muhammad Afham Ramli segera bertolak ke negeri di selatan Semenanjung itu pada pagi Isnin, 1 Disember lalu.

Kami diminta ke lokasi serbuan di kawasan Ulu Tiram sebaik tiba di Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi.

Hasil pemeriksaan awal di premis pengedar daging sejuk beku di situ menemukan petunjuk ke satu lagi lokasi di Taman Perindustrian Senai, Johor Bahru. Sebaik menerima maklumat itu, Maqis dan beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) segera menyerbu lokasi berkenaan.


daging.jpg



Hasil pemeriksaan mendapati, gudang tersebut dijadikan tempat pengumpulan daging sejuk beku seludup yang diragui status halalnya.

Kisah kartel daging sejuk beku itu kemudian terbongkar satu demi satu apabila hasil pemeriksaan mendapati gudang yang sudah beroperasi sejak sekian lama itu bertindak ‘jahat’ membungkus semula daging-daging yang diseludup menggunakan cop dan label tanda halal yang dipalsukan.

Pembekal utama

Sinar Harian yang berkampung selama lima hari di gudang berkenaan turut melihat sendiri bagaimana keseluruhan gudang disita dan dikawal ketat selama 24 jam oleh anggota penguat kuasa dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lebih mengejutkan, gudang yang dianggarkan menyimpan 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta itu adalah pembekal utama kepada pemborong daging sejuk beku seluruh Malaysia. Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi mengesahkan daging sejuk beku berkenaan dimport dari Brazil, Ukraine, Argentina dan China.

Maqis mengesan kartel berkenaan turut menciplak tiga jenama popular daging dari Australia.

Tindakan licik itu dikesan hasil penemuan kotak-kotak yang ditempah kartel dari sebuah premis lain dengan meniru jenama terbabit seolah-olah ia tulen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada satu sidang akhbar berkata, pemantauan ketat perlu dilakukan bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan menyalahguna cop halal.

Pengarah KPDNHEP Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman pula mengesahkan, siasatan mendapati sebanyak 30 pusat pengedaran mempunyai kaitan dengan gudang yang diserbu dan tindakan diambil mengikut Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Dalam pada itu, Menteri KPDNHEP, Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan mengarahkan kesemua cawangan KPDNHEP di seluruh negara untuk melakukan pemeriksaan bersepadu dengan Jabatan Agama Islam terhadap produk daging sejuk beku.

Beliau berkata, surat arahan berhubung perkara berkenaan sudah pun dikeluarkan kepada penguat kuasa KPDNHEP di setiap negeri.

daging.jpg


Malah, PDRM memaklumkan mengenal pasti beberapa negeri yang dijadikan lokasi penyeludupan masuk daging sejuk beku.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar pula berkata, antara negeri yang dikesan menjadi akses utama daging sejuk beku haram dibawa masuk ialah melalui Kelantan, Johor dan Sarawak.Bagi kes di Johor, daging sejuk beku dikesan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas.

Untuk isu ini, kastam telah menyemak Borang Kastam 1 (BK1) dan didapati dua pengimportan daging sejuk beku dari syarikat yang diragui melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Setelah dirujuk dengan Maqis, sejumlah 90 peratus daging sejuk beku berkenaan sebenarnya tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana ia larangan mutlak susulan datang dari negara ‘larangan’.Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima tiga laporan kes daging sejuk beku haram oleh pihak KPDNHEP dan sedia bekerjasama melancarkan proses sitaan dan keselamatan.

Pembongkaran Sinar Harian di Johor menemui satu lagi kejutan apabila siasatan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) menemukan resit penghantaran bagi membawa keluar organ dalaman iaitu perut babi dari premis berkenaan bertarikh 5 November lalu.

Dokumen itu ditemui ketika pemeriksaan rapi dilakukan ke atas beberapa dokumen penting syarikat itu. Tulisan berkenaan ditulis dalam bahasa Mandarin serta tertera perkataan dalam bahasa Melayu bertulis ‘perut babi’ berjumlah 50 kotak dengan anggaran keseluruhannya seberat satu tan.

Selain itu, siasatan menemui daging itik dan kaki angsa yang dibawa masuk dari Perancis, manakala terdapat daging sejuk beku lain dibawa masuk dari United Kingdom, Itali, Belgium dan Sepanyol berdasarkan tag dan label pada kotak.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi yang hadir meninjau ke gudang berkenaan menyifatkan isu berkenaan serius dan pihaknya menerusi JAINJ sedang merangka aplikasi direktori halal untuk memudahkan pengguna Islam dan bukan Islam mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk yang hendak dibeli.

Rentetan itu, pada 4 Disember lalu, pengurus gudang daging sejuk beku itu ditahan oleh penguatkuasa kastam bagi membantu siasatan.

Sumber
 

Fakhrii

Well-known member
Insyaallah akan ada tindakan segera oleh pihak yang berwajib

zukikifiangkatsumpah_1583829085.jpg

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi komitmen akan menangani isu pengimportan daging yang diragui secepat mungkin termasuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasatnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah dimulakan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Bahagian Pengurusan Halal Jakim, dan beberapa kementerian untuk melihat sekiranya terdapat mana-mana kelemahan untuk dibaiki.

"Saya janji tindakan segera akan diambil dalam piawaian dan bidang kuasa Jakim, di samping kita bekerjasama erat dengan kementerian lain, insya-Allah secara bersepadu.

"Selepas itu, baru kita tahu apa penyakit-penyakit (masalah) yang perlu diubati (ditangani) khususnya dalam isu pengimportan daging, sama ada ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) halal atau tidak," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pengimport daging sejuk beku di Segambut, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak menggesa supaya satu RCI ditubuhkan bagi menyiasat isu kartel import daging haram menggunakan logo halal yang didedahkan oleh media, baru-baru ini.

Ia mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Mengulas lanjut mengenai RCI, Zulkifli memohon supaya diberikan masa untuk berbincang mengenainya terlebih dahulu.

"Saya tidak kata perlu, saya tak kata tidak. Sebab perkara ini saya perlu dalami lebih baik lagi, tetapi saya tidak akan ambil masa lama, dalam masa dua tiga hari atau seminggu ini untuk kita lihat respons dan maklumat apakah perkara-perkara yang kita boleh tangani secepat mungkin," katanya.

SUMBER
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

1609291583645.png
KPDNHEP sahkan bukan daging kuda, kangaroo, babi​

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan dakwaan rakyat Malaysia makan daging kuda, kangaroo dan babi yang dijual oleh syarikat menggunakan logo halal palsu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, Jabatan Kimia Malaysia telah mengesahkan hasil pemeriksaan ke atas daging yang dirampas itu bukan dari tiga jenis haiwan berkenaan.

“Isu yang dibangkitkan seminggu dua ini ada syarikat kartel menjual daging kuda, kangaroo dan babi adalah tidak benar.

“Hasil dapatan yang kita perolehi dari Jabatan Kimia Malaysia, ianya bukan daging kuda, bukan daging kangaroo dan bukan babi.

“Terima kasih Jabatan Kimia Malaysia kerana percepatkan hasil pemeriksaan, bagi melegakan rakyat Malaysia, terutama umat Islam,” katanya menjawab usul dibangkitkan Ahli Dewan Negara mengenai kartel daging haram di Parlimen, hari ini.

Usul itu dibangkitkan Senator Asmak Husin yang meminta kerajaan bertindak segera bagi menghilangkan keraguan dan kebimbangan umat Islam, berikutan dikatakan telah memakan daging haram selama 40 tahun.

Beliau berkata, kementeriannya amat prihatin dan mengambil berat apa yang diviralkan dalam akhbar dan media sosial yang menyatakan ada beberapa perkara tidak diketahui rakyat sedang berlaku di luar sana.

Menurut Rosol, pihaknya juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai isu kartel daging haram dengan sengaja memperbesar-besar kes berkenaan sehingga menakutkan rakyat.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan, setakat ini dua syarikat pengimport daging beku yang terjamin bersih dan boleh digunakan tanpa was-was ialah syarikat Allana serta Ramly Burger.

Mengenai syarikat yang akan didakwa di mahkamah esok, Rosol berkata, syarikat itu berdaftar tahun 2014 dan mula terlibat menjual daging import pada tahun 2017.

“Persoalan 40 tahun rakyat Malaysia makan daging kuda, kangaroo dan babi adalah pembohongan,” katanya. -Sumber
 

mdzaki

Well-known member
benda macam nie dah patut kerajaan ambik alih pengurusan import/eksport bekalan makanan sejukbeku bg jek kt GLC muslim. pelik lah rasa malaysia nie, percaya sangat dgn mereka mereka untuk menguruskan hal hal makanan untuk muslim.
 

MorubozuWings

Well-known member
IMG_20201230_141921.jpg


JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mereka didakwa atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa perakuan sah pihak berkuasa di Taman Perniagaan Setia, di sini pada 1 Disember lalu.
 

Fakhrii

Well-known member
JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan lambang halal yang tidak diperakui pihak berkuasa pada lori milik mereka, awal bulan ini.

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, yang diwakili pasangan suami isteri, Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kasim, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan pemilik serta pengarah syarikat Raihanah Enterprise, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Mengikut tuduhan pertama, syarikat Raihanah Cold Storage didakwa menggunakan lambang halal yang tidak diperakui sedemikian oleh pihak berkuasa berwibawa, pada sebuah lori jenama Isuzu.

Bagi tuduhan kedua pula, Rahman dan Raihanah, dituduh selaku pemilik syarikat Raihanah Enterprise melakukan kesalahan sama, membabitkan lori jenama Mitsubishi.

Kesalahan didakwa dilakukan Syarikat di premis perniagaan Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, di Taman Perniagaan Setia kira-kira 1 tengah hari, 1 Dis lepas.

Raihanah Cold Storage didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan menghadapi hukuman maksimum denda RM200,000 bagi kesalahan dilakukan kali pertama, manakala untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Rahman dan Raihanah selaku pengarah syarikat, pula didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan kali pertama. Jika kesalahan berulang pula denda dihadapi adalah sehingga RM250,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya T Ashvinii, yang memohon mahkamah mengenakan tertuduh masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin kes lambang halal mendapat liputan meluas media dan turut dibincangkan di Parlimen.

Peguam Lau Kok Guan dan Noor Liana Hashim yang mewakili pasangan itu, bagaimanapun, merayu jaminan dikurangkan dengan alasan syarikat itu masih beroperasi.

Menurutnya, syarikat itu memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri terbabit menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu diikat jamin masing-masing RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Januari depan untuk sebutan ini semula kes tersebut

SUMBER
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

1609322493575.png


Kartel Daging: Jangan Anggap Selesai, KPDNHEP Belum ‘Cuci Tangan’​

KUALA BERANG, 30 Dis – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemantauan secara berterusan dan serbuan secara berkala terhadap syarikat atau pengedar berkaitan daging import tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata kementerian belum ‘cuci tangan’ berkaitan isu tersebut dan pemantauan berterusan bertujuan memastikan semua daging yang diimport masuk ke Malaysia adalah halal.

“Kementerian juga memberi jaminan bahawa semua daging import yang ada di pasaran ketika ini adalah halal…..apa yang berlaku baru-baru ini, kita telah dapat bendung dan kenal pasti.

“Tanggungjawab kita memastikan semua daging yang nak masuk ke Malaysia wajib halal kecuali daging babi, ia dalam kategori yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pematuhan skim harga maksimum musim perayaan Krismas yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 9,629 premis perniagaan di seluruh negara telah diperiksa oleh KPDNHEP bagi tempoh 22 Dis hingga 29 Dis untuk pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas kali ini.

Rosol berkata hasil pemeriksaan sepanjang tempoh itu hanya merekodkan 10 kes kesalahan sahaja dengan jumlah kompaun sebanyak RM1,100 dan jumlah sitaan RM386.

“Satu kes ialah gagal mempamerkan tanda harga khas (merah jambu) manakala sembilan kes lagi kerana tiada tanda harga barangan dipamerkan. Tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Ini menunjukkan skim pemantauan harga adalah efisyen kerana peniaga sudah mengikuti peraturan yang ditetapkan agar tidak mengambil kesempatan pada musim perayaan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata KPDNHEP juga telah memulakan Op Catut sebanyak tiga fasa untuk memantau harga barangan dan pakaian sekolah menjelang sesi persekolahan 2021 yang akan dibuka tidak lama lagi.
“Fasa pertama ialah dari 24 Dis hingga esok, fasa kedua pada 1 Jan hingga 19 Jan dan fasa ketiga dari 20 Feb hingga 7 Mac depan. Op ini bertujuan memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga pakaian dan kelengkapan sekolah yang mana antara barangan diperiksa ialah seperti beg, kasut, stokin dan tudung,” katanya.

Bagi operasi fasa pertama, sebanyak 279 premis telah diperiksa setakat ini melibatkan 1,154 barangan yang daripada jumlah itu, 271 notis pengesahan maklumat barangan dikeluarkan untuk tindakan lanjut.

Selain itu, Rosol berkata KPDNHEP juga akan melancarkan kempen ‘Back To School’ untuk memudahkan ibu bapa membuat persediaan membeli kelengkapan persekolahan dan setakat ini permohonan dari pasar raya atau premis perniagaan masih dibuka untuk menyertai kempen tersebut.

BERNAMA
 

Muhammad afiq

Active member
View attachment 1379



Pendedahan eksklusif Sinar Harian melalui laporan khas pada 23 November lalu berkaitan kegiatan syarikat ejen fret (freight forwarder) yang menguruskan proses import daging sejuk beku halal menyeludup daging secara haram ke Malaysia membuka mata banyak pihak.

Pembongkaran tersebut sekali gus membawa kepada tindakan pihak berkuasa menyerbu sebuah gudang membekal daging sejuk beku di Senai, Johor pada 1 Disember lalu.

Selepas mendapat maklumat mengenai satu operasi yang akan diadakan di Johor hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), team Meja Jenayah Sinar Harian yang diketuai Izwan Rozlin dan wartawan Muhammad Afham Ramli segera bertolak ke negeri di selatan Semenanjung itu pada pagi Isnin, 1 Disember lalu.

Kami diminta ke lokasi serbuan di kawasan Ulu Tiram sebaik tiba di Johor Bahru kira-kira jam 10 pagi.

Hasil pemeriksaan awal di premis pengedar daging sejuk beku di situ menemukan petunjuk ke satu lagi lokasi di Taman Perindustrian Senai, Johor Bahru. Sebaik menerima maklumat itu, Maqis dan beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) segera menyerbu lokasi berkenaan.


View attachment 1380


Hasil pemeriksaan mendapati, gudang tersebut dijadikan tempat pengumpulan daging sejuk beku seludup yang diragui status halalnya.

Kisah kartel daging sejuk beku itu kemudian terbongkar satu demi satu apabila hasil pemeriksaan mendapati gudang yang sudah beroperasi sejak sekian lama itu bertindak ‘jahat’ membungkus semula daging-daging yang diseludup menggunakan cop dan label tanda halal yang dipalsukan.

Pembekal utama

Sinar Harian yang berkampung selama lima hari di gudang berkenaan turut melihat sendiri bagaimana keseluruhan gudang disita dan dikawal ketat selama 24 jam oleh anggota penguat kuasa dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lebih mengejutkan, gudang yang dianggarkan menyimpan 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta itu adalah pembekal utama kepada pemborong daging sejuk beku seluruh Malaysia. Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi mengesahkan daging sejuk beku berkenaan dimport dari Brazil, Ukraine, Argentina dan China.

Maqis mengesan kartel berkenaan turut menciplak tiga jenama popular daging dari Australia.

Tindakan licik itu dikesan hasil penemuan kotak-kotak yang ditempah kartel dari sebuah premis lain dengan meniru jenama terbabit seolah-olah ia tulen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada satu sidang akhbar berkata, pemantauan ketat perlu dilakukan bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan menyalahguna cop halal.

Pengarah KPDNHEP Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman pula mengesahkan, siasatan mendapati sebanyak 30 pusat pengedaran mempunyai kaitan dengan gudang yang diserbu dan tindakan diambil mengikut Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Dalam pada itu, Menteri KPDNHEP, Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan mengarahkan kesemua cawangan KPDNHEP di seluruh negara untuk melakukan pemeriksaan bersepadu dengan Jabatan Agama Islam terhadap produk daging sejuk beku.

Beliau berkata, surat arahan berhubung perkara berkenaan sudah pun dikeluarkan kepada penguat kuasa KPDNHEP di setiap negeri.

View attachment 1381

Malah, PDRM memaklumkan mengenal pasti beberapa negeri yang dijadikan lokasi penyeludupan masuk daging sejuk beku.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar pula berkata, antara negeri yang dikesan menjadi akses utama daging sejuk beku haram dibawa masuk ialah melalui Kelantan, Johor dan Sarawak.Bagi kes di Johor, daging sejuk beku dikesan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas.

Untuk isu ini, kastam telah menyemak Borang Kastam 1 (BK1) dan didapati dua pengimportan daging sejuk beku dari syarikat yang diragui melalui Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Setelah dirujuk dengan Maqis, sejumlah 90 peratus daging sejuk beku berkenaan sebenarnya tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana ia larangan mutlak susulan datang dari negara ‘larangan’.Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima tiga laporan kes daging sejuk beku haram oleh pihak KPDNHEP dan sedia bekerjasama melancarkan proses sitaan dan keselamatan.

Pembongkaran Sinar Harian di Johor menemui satu lagi kejutan apabila siasatan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) menemukan resit penghantaran bagi membawa keluar organ dalaman iaitu perut babi dari premis berkenaan bertarikh 5 November lalu.

Dokumen itu ditemui ketika pemeriksaan rapi dilakukan ke atas beberapa dokumen penting syarikat itu. Tulisan berkenaan ditulis dalam bahasa Mandarin serta tertera perkataan dalam bahasa Melayu bertulis ‘perut babi’ berjumlah 50 kotak dengan anggaran keseluruhannya seberat satu tan.

Selain itu, siasatan menemui daging itik dan kaki angsa yang dibawa masuk dari Perancis, manakala terdapat daging sejuk beku lain dibawa masuk dari United Kingdom, Itali, Belgium dan Sepanyol berdasarkan tag dan label pada kotak.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi yang hadir meninjau ke gudang berkenaan menyifatkan isu berkenaan serius dan pihaknya menerusi JAINJ sedang merangka aplikasi direktori halal untuk memudahkan pengguna Islam dan bukan Islam mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk yang hendak dibeli.

Rentetan itu, pada 4 Disember lalu, pengurus gudang daging sejuk beku itu ditahan oleh penguatkuasa kastam bagi membantu siasatan.

Sumber
Zaman duit sekarang ni...duit mengalahkn segala2x...apa2 blh jadi,apa2 aja boleh tipu janji dapat duit...
Moga mana2 pelaku yg terlibat berjaya ditangkap....dari anak ikan terus ke jerung..tahniah diucapkan kepada Pdrm,kastam,jakim dan kpdnkm diatas kecekapan merungkai dan menangkap pesalah...tahniah tuan2x dan puanx.
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

SPRM tahan empat individu syarikat pengimport daging sejuk beku​


JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat individu iaitu pengarah dan pekerja syarikat pengimport daging sejuk beku kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah itu dari negara yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut sumber, kesemua mereka berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Sumber berkata SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Hasil kerjasama beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, telah mengenal pasti pengimport daging berkenaan," menurut sumber itu.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua OKT akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman. sumber
 

Fakhrii

Well-known member
Dua Pegawai MAQIS Ditahan

SPRM_gari1_1595507511.jpg

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Kedua-dua pegawai disyaki itu yang berusia 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor malam tadi, bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

"Kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

"Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.

Isnin lalu, seorang pengarah dan tiga pekerja sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku, di sini, direman empat hari berakhir hari ini.

Kesemua mereka yang direman itu berusia antara 39 hingga 50 tahun.

Empat direman berkenaan membabitkan pengarah, pengarah operasi, kerani syarikat sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku serta seorang lagi pengarah syarikat lain.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kartel daging import yang dipercayai membawa masuk daging yang diragui status halal.

SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram

download.jpg

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi individu dan tangkapan akan dibuat bagi melengkapkan siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu berkenaan sama ada melibatkan pegawai kerajaan atau sebaliknya.

"Buat masa ini saya tidak dapat nak dedahkan (identiti) kerana dikhuatiri menganggu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Hari ini, tiga lagi Penolong Pegawai Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor Bahru direman selama lima hari berhubung siasatan terhadap isu kartel daging.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majisteret Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzir di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor.

Kesemua mereka yang berusia 40 hingga 55 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 7 malam pada Isnin, kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging sejuk beku tidak dibenarkan Jabatan Veterinar Malaysia.

SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
Isu kartel daging, kerajaan serah pada pihak berautoriti

1612238842059.png

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan kepada pihak penguatkuasa yang diberi autoriti mengikut lunas perundangan bagi menyiasat dan menyelesaikan isu kartel daging import.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kerajaan amat prihatin akan kebimbangan umat Islam dalam hal itu.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku agensi berautoriti telah melaksanakan prosedur yang tepat bagi pengurusan kes kartel daging import itu.

“Adalah sebaiknya proses penguatkuasaan dilaksanakan oleh mereka yang diberi autoriti mengikut lunas perundangan.

“Insya-Allah selepas selesai perbicaraan dan tindakan undang-undang dari mahkamah, semuanya akan selesai,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Dr. Zulkifli berkata, beliau bersyukur rundingan meja bulat anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pengimport dan pengedar daging dan produk daging pada 11 Januari lalu membuahkan banyak natijah yang bermanfaat untuk umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, antara wakil yang hadir pada rundingan itu ialah KPDNHEP, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pemegang taruh dalam industri itu.

Antara pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam kalangan Pengimport Daging Berlesen yang hadir pertemuan itu ialah GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd.; Sushi King Sdn. Bhd.; Kyros Kebab Sdn. Bhd.; Melawati Kebab Sdn. Bhd.; Nusantara Meat Berhad; Ramly Food Processing Sdn. Bhd.; Al-Hilal Food Processing Sdn. Bhd.; Macfood Services (M) Sdn. Bhd.; dan Selamat Supplies Sdn. Bhd.

Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh didapati di portal Halal www.halal.gov.my atau aplikasi Smart Halal.

“Jika pengimport ada Sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka anda tidak perlu risau lagi,” katanya.

SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
Pengarah dan pengurus syarikat LY Frozen Food didakwa membekalkan daging yang tidak halal

1612855074882.png

JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku, awal Disember lalu.

Tertuduh, iaitu Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengarahnya Yong Chee Keong, 40, dan Tan Siew Huak, 42, yang masih bebas serta pengurus, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat dan dua tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa menggunakan, memiliki dan menawarkan 3,418 kotak makanan sejuk beku menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan dua syarikat pembekal dari Australia selain menggunakan logo halal palsu serta menggunakan logo halal tanpa kelulusan daripada badan persijilan halal Australia.

Kesalahan itu dilakukan di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini antara 1 hingga 3 Disember 2020.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Jika sabit kesalahan, semua tertuduh boleh didenda antara RM100,000 hingga RM500,000 atau dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohammad Onn Abd Aziz, Kwan Li Sa, Syazwani Zawawi, T Ashivinii dan Kee Shu Min.

Tertuduh pula diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Yusman Che Aman dan Saiful Zaman Abd Rahman.

Mahkamah menetapkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap dua minggu sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Mac ini.

Pada 2 Disember lalu, media melaporkan mengenai kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.

Kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia sebelum ia terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, di sini.

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal.

Ia membabitkan rampasan bernilai lebih kurang RM 6.47 juta.

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top