🔴 LIVE #prayforkrinaggala

MorubozuWings

Well-known member
FB_IMG_1619150572704.jpg
Bekalan oksigen kapal selam KRI Nanggala 402 milik Indonesia yang dilaporkan hilang semalam dilapor hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja.


Perkara berkenaan dilapor oleh CNA yang memetik kenyataan dibuat oleh Panglima Tentera Laut Indonesia (TNI-AL), Yudo Margono,

Menurut beliau lagi, kerajaan Indonesia akan mempertingkatkan lagi usaha mencari dan menyelamat kapal selam berkenaan ekoran ‘hayatnya’ dijangka berakhir Sabtu ini.

“Kami terputus hubungan dengannya pada 3 pagi semalam, jadi ianya (dijangka) akan berakhir pada 3 pagi Sabtu nanti,” katanya dalam satu sidang media, memetik laporan Channel News Asia.


Sementara itu, Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto selaku mewakili kerajaan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi dalam usaha menyelamatkannya.

“Kami sangat optimis, kami mengharapkan yang terbaik,” tegasnya.

Kehilangan KRI Nanggala 402 itu mencetus usaha sama negara-negara sekitar dalam bergandingan membantu menjalankan misi pencarian termasuk Malaysia.

Terdahulu, kapal selam berkenaan dilapor hilang dan terputus hubungan sebaik sahaja dibenarkan menyelam. Siasatan awal mendapati kapal selam berkenaan mungkin berdepan dengan masalah kehilangan bekalan kuasa.

Ketika kejadian, kapal selam itu membawa seramai 53 kru dan dijadual terlibat dala latihan tembakan torpedo.


View: https://streamable.com/fzmb1w


Selamat berangkat MV MEGA BAKTI dan
MOGA krew KRI NAGGALA - 402 dapat diselamatkan...Pemudahkanlah usaha2 menyelamat oleh krew2 MV MEGA BAKTI..
Aamiin...

#prayforkrinaggala

Diberitakan MV Mega Bakti telah diaturgerakkan ke kawasan kemalangan KRI Nanggala 402 di Lautan Bali. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan semua krew MV Mega Bakti dalam misi pencarian dan menyelamat. Doa kami buat kamu semua agar dapat menyelamatkan saudara² kita yang sedang kesusahan disana.

Insyaallah...

SELUANG

MMP
 

MorubozuWings

Well-known member
IMG_20210423_150814_037.jpg


IMG_20210423_150927_016.jpg



Selepass hampir 24 jam kapal selam KRI Nanggala 402 hilang tidak dikesan, terdapat tanda-tanda baru dalam misi mencari dan menyelamat (SAR). Antaranya adalah tanda tumpahan minyak yang kelihatan berhampiran titik koordinat misi mencari kapal tersebut.

Selain daripada itu, kapal selam Indonesia yang lain turut digerakkan untuk menyertai misi mencari terbabit.

IMG_20210423_150811_576.jpg



Senarai penuh anggota di dalam kapal selam KRI Nanggala juga telah dikeluarkan oleh Pusat Penerangan TNI adalah seperti berikut :-

1. Heri Oktavian - Letkol Laut (P) -Komandan KRI Nanggala-402
2. Eko Firmanto - Mayor Laut (P)
3. Wisnu Subiyantoro - Mayor Laut (T)
4. Yohanes Heri - Kapten Laut (E)
5. I Gede Kartika - Kapten Laut (P)
6. Muhadi - Lettu Laut (P)
7. Ady Sonata - Lettu Laut (P)
8. Imam Adi - Lettu Laut (P)
9. Anang Sutriatno - Lettu Laut (T)
10. Adhi Laksmono - Letda Laut (E)
11. Munawir - Letda Laut (P)
12. Rhesa Tri - Letda Laut (T)
13. Rintoni - Letda Laut (T)
14. M Susanto - Letda Laut (P)
15. Ruswanto - Serka Bah
16. Yoto Eki Setiawan - Sertu Bah
17. Ardi Ardiansyah - Sertu Ttu
18. Achmad Faisal - Sertu Kom
19. Willy Ridwan Santoso - Sertu Kom
20. M Rusdiyansyah - Sertu Eko
21. Ryan Yogie Pratama - Sertu Eki
22. Dedi Hari Susilo - Sertu Mes
23. Bambang Priyanto - Serda Bah
24. Purwanto - Serda Kom
25. Eko Prasetiyo - Serda Kom
26. Harmanto - Serda Ttu
27. Lutfi Anang - Serda Ttu
28. Dwi Nugroho - Serda Atf
29. Pandu Yudha Kusuma - Serda Ede
30. Misnari - Serda Eta
31. Setyo Wawan - Serda Saa
32. Hendro Purwoto - Serda Lis
33. Guntur Ari Prasetyo - Serda Mes
34. Diyut Subandriyo - Serda Lis
35. Wawan Hermanto - Serda Lis
36. Syahwi Mapala - Serda Lis
37. Wahyu Adiyas - Serda Lis
38. Edi Wibowo - Serda Lis
39. Kharisma D.B - Kopda Eta
40. Nugroho Putranto - Kopda Tlg
41. Khoirul Faizin - Kopda Mes
42. Maryono - Kopda Trb
43. Roni Effendi - Klk Eta
44. Distriyan Andy P - KLK Eta
45. Raditaka Margiansyah - KLS Isy
46. Gunadi Fajar R - KLS Isy
47. Denny Richi Sambudi - KLS Nav
48. Muh Faqihudin Munir - KLS Mes
49. Edy Siswanto - KLS Nav
Non ABK
50. Harry Setyawan - Kolonel Laut (P) - Dansatsel
51. Irfan Suri - Letkol Laut (E)
52. Whilly - Mayor Laut (E)
53. Suheri - PNS

IMG_20210423_150924_913.jpg



#prayforkrinanggala
 

MorubozuWings

Well-known member

IMG_20210423_210844.jpg



Masa semakin suntuk. Usaha mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam Tentera Nasional Indonesia (TNI), iaitu KRI Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali kelmarin masih diteruskan.


Biarpun gerakan misi SAR mendapat bantuan daripada aset tentera laut negara luar seperti Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat (US), namun tempoh berbaki hanyalah sehingga 3 pagi malam ini (Sabtu).

Ini bertepatan dengan pengumuman Panglima Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono semalam bahawa bekalan oksigen dalam kapal selam berkenaan hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja, selepas ia dilapor hilang pada 3 pagi Rabu kelmarin.

Terbaharu, Yudo memaklumkan bahawa mereka berjaya mengesan sesuatu objek bersifat kemagnetan tinggi, dipercayai tangki oksigen pada kedalaman 50 ke 100 meter ke bawah.


Ekoran pengesanan tersebut, Yudo begitu meletakkan harapan tinggi dan optimis bahawa objek tersebut ialah badan kapal selam itu.

“Kami sedang menunggu (maklum balas) kapal tentera laut dengan keupayaan pengesanan bawah air tiba di kawasan ini sebelum siasatan dapat dijalankan lebih lanjut,” katanya.

Imbas kembali, kapal selam yang membawa 53 kru dalam latihan torpedo itu dilapor mengalami gangguan tenaga elektrik, sebelum terputus komunikasi pada jam 3 pagi Rabu kelmarin.
 

MorubozuWings

Well-known member
IMG_20210423_233627.jpg



Tentera Nasional Indonesia tidak menolak kemungkinan bahawa kapal selam yang dilaporkan hilang di Laut Bali, KRI Nanggala mungkin dihanyutkan oleh arus laut ke suatu lokasi tertentu, ular jurucakap TNI Mayjen Achmad Riad.


“Ya boleh saja arus bawah laut membawa semuanya ketika kapal itu berusaha untuk terapung, boleh terbawa ke mana-mana,” katanya dalam sidang media hari ini.

Walaupun KRI Nanggala kini sudah terputus hubungan dan hilang, namun jelas Achmad, satu-satunya kaedah yang boleh mengesan kedudukan kapal selam tersebut adalah sonar (navigasi bunyi dan jarak jauh).

Sebelum ini, pihak mencari dan menyelamat (SAR) dilapor terkesan satu objek bermagnetikan tinggi dipercayai tangki oksigen kapal selam tersebut pada kedalaman 50 ke 100 meter bawah paras laut.


Bagaimanapun tiada laporan terkini mengenai penemuan objek tersebut setakat ini.

Selain itu, kerja-kerja SAR perlu dipertingkatkan ekoran ‘jangka hayat’ KRI Nanggala 402 hanya mampu bertahan sehingga 3 pagi ini nanti.

Ini kerana bekalan oksigen yang ada selepas terputus hubungan kelmarin hanya bertahan selama 72 jam sahaja.
 

MorubozuWings

Well-known member
FB_IMG_1619220013250.jpg


Kabar Gembira, KRI Nangala 402 Hilang Sudah Bisa Dihubungi, Belum Naik, Ada Masalah Electric Pump
23 April 2021

Kabar mengembirakan datang dari kapal Selam Indonesia, KRI Nanggala-402 yang sempat dinyatakan hilang kontak, Rabu (21/4/2021) sekitar pukul 03.00 WIB, sudah bisa dilakukan lagi.

Kontak dengan KRI Nanggala 402 sudah bisa dilakukan.

Akan tetapi, salah satu alat utama sistem persenjataan (alutsista) TNI itu masih belum mampu untuk kembali naik ke permukaan.

Lebih lanjut dikatakan bahwa kapal belum bisa naik ke permukaan lantaran ada masalah pada electric pump (mesin pendorong-red) dan bateray

Berikut cuitan yang dikutip dari Jurnal Maritim " Terima kabar: Sudah ada kontak dengan KRI Nanggala 402 namun Kasel belum bisa naik ke permukaan

Hasil SONAR aktif REM: ada pergerakan bawah laut dengan V 2.5Kts di sekitar lokasi oil spill. Diperkirakan ada masalah pada electric pump dan bateray," cuitnya.

Unggahan tersebut memberi kabar baik. Tidak sedikit netizen berdoa agar semua baik saja-saja.

Sebelumnya kapal selam milik TNI Angkatan Laut, KRI Nanggala-402, yang hilang kontak saat menjalani latihan di perairan Bali Utara pada Rabu (21/4/2021).

Kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu falam latihan KRI membawa 53 awak dengan rincian 49 ABK, 1 komandan kapal, dan 3 orang arsenal.
 

MorubozuWings

Well-known member
FB_IMG_1619237989642.jpg


AS hantar bantuan cari kapal selam Indonesia

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) menghantar pasukan udaranya bagi membantu carian kapal selam Indonesia yang hilang bersama 53 kelasi di dalamnya.

Jurucakap Pentagon, John Kirby, berkata Jabatan Pertahanan AS amat sedih dengan tragedi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 ketika latihan di perairan Bali Rabu lalu.

"Kami bersimpati dengan kelasi terbabit dan keluarga mereka. Atas permintaan kerajaan Indonesia, kami menghantar aset udara bagi membantu carian kapal selam yang hilang itu," katanya.

Tambah beliau, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, akan menemui Ketua Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, bagi membincangkan bagaimana AS boleh membantu.

Tompokan minyak di lokasi di mana kapal selam itu dipercayai berada menunjukkan mungkin berlaku kerosakan pada tangki minyak, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku tragedi lebih buruk.

Kru kapal selam buatan Jerman itu dijangka hanya mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini, menandakan masa semakin suntuk bagi pasukan penyelamat yang meronda kawasan perairan Bali bagi mencari lokasinya. - AFP

Sumber BH Online
 

MorubozuWings

Well-known member
IMG_20210424_171400.jpg


Terkini, sejumlah barangan dipercayai milik kapal selam KRI Nanggala-402 telah dijumpai menerusi sidang media sebentar tadi.

Antara barangan yang dijumpai iaitu pembungkus paip penyejuk, pelincir periskop kapal selam, alat yang dipakai oleh kru untuk solat dan lain-lain lagi.

Menurut Jurucakap, pihak operasi pencarian telah melakukan segala yang usaha dalam membantu proses pencarian.

”Kami selalu berusaha untuk terus melakukan ada yang boleh kami lakukan dengan segala daya upaya yang ada kami telah menurunkan empat unit kapal yang membantu dalam pencarian,” katanya.

Susulan dengan penemuan tersebut, Tentera laut Indonesia (TNI) mengesahkan secara rasami basava KRI Nanggala-402 yang hilang di perairan utara Bali, telah tenggelam.


View: https://youtu.be/rfV9d2YFZ8Y
 

MorubozuWings

Well-known member
FB_IMG_1619275653585.jpg

Al Fatihah Krew 402

TNI AL mengesahkan pasukan SAR telah menemui serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 yang karam di utara perairan bali

Antara serpihan yang dijumpa oleh pusakan SAR meliputi botol gris, Tube besi, sejadah dan bahan api kapal selam serta bahagian pelancar torpedo.

KRI Nanggala 402 kini dipercayai berada dalam kedalaman 850 meter di dasar laut.

Al Fatihah kepada 53 Warga Kri Nanggala
 

MorubozuWings

Well-known member
IMG-20210425-WA0000.jpg


IMG-20210424-WA0111.jpg

Dikirim Fatihah Buat Semua Awak² KRI Nanggala 402

Status sudah SUBSUNK. resmi dalam press release hari ini

KRI Nanggala 402 is lost.. Rip untuk semua crew.. Fair wind and following seas..

Status KRI Nanggala 402 saat ini dan seterusnya adalah On Eternal Patrol

Estiminasi kedalaman 800 meter

Subsunk = kapal dinyatakan tenggelam
On eternal patrol = tugas selamanya (tak akan kembali lagi)
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Kapal selam Indonesia ditemui, 53 kelasi maut

1619422207330.png


BALI: Kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402, ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pecah kepada tiga bahagian.

Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto, mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 kru kapal selam berkenaan sudah meninggal dunia.

1619422229708.png



1619422306569.png


Semalam, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat.

Sumber


View: https://youtu.be/SwMOL7rmn2Q
 
  • Like
Reactions: Wen

MorubozuWings

Well-known member

View: https://streamable.com/kpnm2q


Al-Fatihah Serta Salam Takziah Dari Kami Rakyat Malaysia Buat Semua Keluarga Dan Saudara Kepada 53 Perajurit² Kri Nanggala.Semoga Semua Perajurit Yang Terkorban Di Tempatkan Di Kalangan Orang² Yang Beriman Serta Beramal Soleh.Aamiin Ya Robbal Alamin

 
Last edited:

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top