Polkadot (DOT)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Polkadot_OG.png

Harga Tertinggi (Feb 2021): $30.20

Harga terendah (20 Ogos 2020): $2.82

Harga semasa: $38.30

APA ITU POLKADOT?
Polkadot mula dilancarkan di pasaran pada 20 Ogos 2020 setelah beberapa kali postpone oleh developernya. Pelancaran Polkadot (DOT) ini disambut baik oleh para pelabur, dengan lonjakan harga dari $2.82 ke paras tertinggi $6.82 pada 1 September. Pada masa penulisan, harga DOT ialah $4.11, seiring kekuatan AS dolar.

Protokol ini bahkan telah memberi impak kepada Chainlink (LINK) iaitu bintang yang bersinar yang sedang meningkat naik, digelar juga sebagai "pembunuh Ethereum," walaupun pada ketika ini Polkadot berada di tempat kesembilan berbanding Chainlink di tempat ketujuh, berdasarkan Market Capitalization di laman Coinmarketcap.

Apa itu Polkadot?
Projek open source yang diasaskan oleh Web3 Foundation, Polkadot adalah protokol terlindung yang membolehkan rangkaian blockchain beroperasi secara sinergi. Token DOT melayani tiga tujuan berbeza: governance over the network, staking dan bonding.

Salah satu ciri yang membezakannya dari "pembunuh Ethereum" - projek seperti Cardano (ADA) dan Chainlink (LINK) - adalah bahawa ia dirancang untuk wujud bersama protokol blockchain kontrak pintar (Smart Contract) terkemuka berbanding daripada bersaing dengannya. Di mata beberapa pelabur, hubungan ini dapat membuatkannya lebih menarik kerana agak mencabar bagi DOT untuk memintas Ethereum, yang sudah menjadi produk kerja yang banyak digunakan secara meluas, dan itu akan menjadi cabaran Herculean, walaupun DOT adalah projek yang lebih unggul secara teknikal.

Seperti Ethereum, Polkadot mempunyai ekosistem yang aktif. Ini sudah menjadi rumah bagi 197 projek, menurut data dari PolkaProject, dan jumlah itu dijangka terus bertambah.
 
Last edited by a moderator:

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▢️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top