Polkadot (DOT)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Polkadot_OG.png

Harga Tertinggi (Feb 2021): $30.20

Harga terendah (20 Ogos 2020): $2.82

Harga semasa: $38.30

APA ITU POLKADOT?
Polkadot mula dilancarkan di pasaran pada 20 Ogos 2020 setelah beberapa kali postpone oleh developernya. Pelancaran Polkadot (DOT) ini disambut baik oleh para pelabur, dengan lonjakan harga dari $2.82 ke paras tertinggi $6.82 pada 1 September. Pada masa penulisan, harga DOT ialah $4.11, seiring kekuatan AS dolar.

Protokol ini bahkan telah memberi impak kepada Chainlink (LINK) iaitu bintang yang bersinar yang sedang meningkat naik, digelar juga sebagai "pembunuh Ethereum," walaupun pada ketika ini Polkadot berada di tempat kesembilan berbanding Chainlink di tempat ketujuh, berdasarkan Market Capitalization di laman Coinmarketcap.

Apa itu Polkadot?
Projek open source yang diasaskan oleh Web3 Foundation, Polkadot adalah protokol terlindung yang membolehkan rangkaian blockchain beroperasi secara sinergi. Token DOT melayani tiga tujuan berbeza: governance over the network, staking dan bonding.

Salah satu ciri yang membezakannya dari "pembunuh Ethereum" - projek seperti Cardano (ADA) dan Chainlink (LINK) - adalah bahawa ia dirancang untuk wujud bersama protokol blockchain kontrak pintar (Smart Contract) terkemuka berbanding daripada bersaing dengannya. Di mata beberapa pelabur, hubungan ini dapat membuatkannya lebih menarik kerana agak mencabar bagi DOT untuk memintas Ethereum, yang sudah menjadi produk kerja yang banyak digunakan secara meluas, dan itu akan menjadi cabaran Herculean, walaupun DOT adalah projek yang lebih unggul secara teknikal.

Seperti Ethereum, Polkadot mempunyai ekosistem yang aktif. Ini sudah menjadi rumah bagi 197 projek, menurut data dari PolkaProject, dan jumlah itu dijangka terus bertambah.
 
Last edited by a moderator:

Pak Man Forex

Well-known member
saya dah buat, kemudian biarkan saja account DOT saya tu ka
Yes and kalau ikutkan bukan account DOT dia more kepada kita membeli kripto atau coin di platform Binance atau lain-lain dan BTC, ETH, DOT dan sebagainya adalah aset kripto yang kita beli.
 

iwan

Member
minta maaf, saya tak paham lagi. sebab saya ingat kalau kita saving account DOT, kita cuma ada DOT kripto je..
 

Pak Man Forex

Well-known member
minta maaf, saya tak paham lagi. sebab saya ingat kalau kita saving account DOT, kita cuma ada DOT kripto je..
Yups memang betul apabila anda beli coin DOT, anda akan perolehi coin DOT sahaja. Maksud saya yang tadi tu sebab anda bahasakan account DOT, tiada istilah account DOT dia more kepada aset atau porfolio ke atas coin yang kita beli. Kalau anda sudah membeli DOT dan anda ingin untuk jadikan saving for long term just hold DOT dan topup apabila ia jatuh lagi. Sama konsep macam anda buat pembelian emas.
 

Satoshi Tomato

Well-known member
minta maaf, saya tak paham lagi. sebab saya ingat kalau kita saving account DOT, kita cuma ada DOT kripto je..
Apa kata bro screenshot wallet bro, Baru boleh faham sikit soalan yang bro tanya ni.. sebab Pakcik pun tak faham dengan soalan bro

i am lost wtf GIF by Bounce
 

Satoshi Tomato

Well-known member
boleh terangkan secara detail status diatas
Mengikut gambar yang diberi, bro ada 0.429 DOT yang bernilai RM60.34
So sekarang ni 1 DOT bersamaan $33.82 USD dan jika nilai dot pada masa depan meningkat maka pemilikan bro yang 0.429 DOT tu pun akan meningkat juga..
 

iwan

Member
so sekarang saya tak payah buat apa2 la kan?, biarkan kripto DOT tu grow la kan?. cuma kalau saya ada modal saya cuma boleh topup kan?. betul ka apa yg saya paham ni...
 

Pak Man Forex

Well-known member
Setelah hampir sebulan DOT membuat pergerakan secara SIDEWAY akhirnya ia telah mengorak langkah semula untuk mengatasi ATH sebelum ini dan mencatatkan ATH terbaru di paras harga $46.80. Dan ketika ini dapat kita lihat ia sedang bergerak di atas paras harga $40.0. Mampukah POLKADOT mencatat ATH terbaru lagi dengan perkembangan teknologinya yang sekarang ini mendapat sambutan​

1617674648661.png


Target seterusnya untuk diuji adalah di paras harga $50.0, adakah ia mampu untuk dicapai ?
 

Wen

Well-known member

Polkadot Dapat Perhatian Diramal Bakal ‘Meroket’ Lagi?​



DOT 2.9.21.jpg


Rangkaian Polkadot terus mendapat perhatian daripada kebanyakan para pelabur mengenai teknologi dan projeknya yang gah dan sering dikaitkan sebagai pesaing Ethereum.

Polkadot telah menunjukkan pergerakan harga yang agak memberangsangkan sejak kebelakangan ini, menghasilkan 32% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $33.85 dalam tempoh 2 hari.

Beberapa faktor yang telah mendorong pergerakan harga melonjak, antaranya adalah ‘lelongan slot parachains’.

Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga DOT/USDT.

Sesi dagangan bulan Ogos, DOT nampaknya telah berjaya menghasilkan lebih 93% lonjakan!

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga DOT dilihat sedang berlegar-legar didalam ruangan zon resistance $33 samada membuat correction atau bakal meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Sekiranya pergerakan harga menunjukkan corak kenaikan, ia bakal menembusi zon resistance $33 tersebut dan seterusnya bakal membuat paras tertinggi berturut-turut.

Namun, sekiranya pergerakan harga menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) $29 bakal diuji kembali samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, DOT didagangkan pada paras harga $32 melonjak lebih 6% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto DOT/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 
  • Deleted by nabil
Show…

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
#Polkadot sudah sedia untuk melonjak. Baca di sini:

 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top