Pesta shopee semasa PKP 2.0

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Permintaan luar biasa gajet di Shopee semasa PKP 2.0

1611645430843.png

KUALA LUMPUR: Shopee mencatat permintaan yang memberangsangkan untuk gajet teknologi pembelajaran dan bekerja dari rumah dalam tempoh 11 hingga 15 Januari 2020.

Ia bertepatan dengan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan lebih 550,000 unit terjual.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata platform e-dagang itu menyedari penjualan item seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, komponen rangkaian, papan kekunci, pencetak dan sistem audio melonjak empat setengah kali ganda dalam tempoh lima hari itu berbanding tempoh yang sama semasa PKP pertama tahun lalu.

"Sejak sesi pembelajaran dalam talian bermula pada pertengahan 2020, kami melihat gajet teknologi pengguna yang sesuai untuk pembelajaran di rumah atau bekerja dari rumah amat laris. Permintaan untuk PC dan gajet untuk e-pembelajaran meningkat secara mendadak.

"Semasa Jualan Hebat 12.12 pada 12 Disember 2020, kami dapati lapan daripada 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang terbaik adalah peruncit elektronik yang mencatatkan penjualan purata melebihi RM800,000 setiap satu," kata beliau kepada Bernama pada Selasa. Sumber

Fuhhh, Impak pkp pada ekonomi. Disebabkan PKP lebih 550 RIBU unit terjual. Gila lah
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top