Perghhhh!! Kos ganti paip, meter lama dan rosak RM186 juta

Wen

Well-known member
 Air Selangor akan menukar paip lama dan usang, selain mengesan kebocoran paip dalam usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil.-Foto/NSTP

KUALA LUMPUR: Penukaran paip lama dan usang terutama daripada jenis 'asbestos cement' sepanjang 150 kilometer menerusi Program Penggantian Paip Lama menjadi antara petunjuk prestasi utama (KPI) yang dirangka Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada tahun ini bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman, berkata syarikat itu memperuntukkan RM293 juta dengan RM170 juta daripadanya untuk Program Penggantian Paip Lama yang kritikal, manakala RM16 juta lagi untuk penukaran meter lama dan rosak.

"KPI lain merangkumi pasukan pakar kebocoran dan pemeriksa kebocoran Air Selangor yang perlu mengesan sekurang-kurangnya 78,000 kes paip bocor pada saluran paip pengagihan dalam Program Pengesanan Kebocoran Secara Aktif," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Selain itu, Suhaimi berkata, ia turut membabitkan penubuhan 75 Zon Pemeteran Daerah (DMZ) dalam Program Pembentukan DMZ dan meneruskan pemasangan kira-kira 1,780 sensor pada paip utama.

Beliau berkata, pemasangan sensor itu bagi mengesan 'pressure transient' dan kebocoran pada peringkat awal serta penggunaan 3,000 alat pengesan kebocoran kekal pada paip retikulasi di 60 DMZ.

Katanya, Air Selangor berjaya menurunkan purata NRW kepada 28.6 peratus pada tahun lalu berbanding 29.7 peratus pada 2019, iaitu melebihi sasaran ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meskipun berdepan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Air Selangor juga komited mengurangkan kadar NRW ke tahap 25 peratus pada 2025, seterusnya ke tahap 15 peratus menjelang 2049," katanya.

Apa Pendapat KOrangggg..??

sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top