METAMASK - Wallet JualBeli Kripto dan NFT

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
800px-MetaMask_Fox.svg.png

home_featured.png

MetaMask ialah sejenis dompet matawang kripto yang menghubungkan pengguna DApps atau mana-mana laman yang menggunakan matawang kripto (network Ethereum, Polygon, BSC etc) dengan web biasa (Contohnya, Google Chrome, Mozilla Firefox, dan website lain-lain).​

Jika anda ingin membeli NFT di laman Opensea (atau laman jualbeli NFT yang lain), anda mesti mempunyai wallet kripto terlebih dahulu. Pembelian NFT di Opensea perlu dilakukan menggunakan matawang kripto. Kebiasaannya adalah matawang ETH, WETH atau USDC. Jadi METAMASK adalah wallet yang digunakan untuk store matawang kripto anda dan dihubungkan dengan laman seperti Opensea untuk pembelian NFT.

Fungsinya adalah untuk menyuntik perpustakaan JavaScript yang dipanggil web3.js ke dalam ruang nama setiap halaman yang dimuatkan browser anda. Web3.js ditulis oleh pasukan teras Ethereum. MetaMask digunakan terutamanya sebagai plugin dalam browser web.

Ini merupakan langkah-langkah untuk memasang plugin wallet Metamask pada Google Chrome.

Step 1
: Go to Chrome Web Store Extensions Section.

Step 2: Search MetaMask.

Step 3: Semak bilangan muat turun untuk memastikan bahawa MetaMask yang sah dan legit sedang dipasang, kerana penggodam mungkin cuba membuat klon atau scam.



1644305311003.png

Step 4: Klik butang Add to Chrome.

Step 5: Setelah install selesai halaman ini akan dipaparkan. Klik pada butang Get Started.


getstartedmetamask.png

Step 6: Anda merupakan pengguna kali pertama, jadi klik butang Create a Wallet. Jika anda pernah memiliki akaun wallet Metamask sila pilih butang Import Wallet untuk import maklumat wallet sebelum ini .


createwalletscreen.png

Step 7: Klik butang I Agree untuk benarkan perkongsian data bagi tujuan penambahbaikan MetaMask atau anda boleh klik butang No Thanks. Jangan bimbang, wallet masih boleh dicipta walaupun anda memilih butang No Thanks.


improvemetamask.png


Step 8: Buat kata laluan untuk dompet anda. Kata laluan ini perlu dimasukkan setiap kali browser dibuka dan anda ingin menggunakan MetaMask. Kata laluan baharu perlu dibuat jika chrome dipadam (uninstall) atau jika anda menukar browser yang lain. Dalam kes ini, anda perlu memilih butang Import Wallet. Ini kerana MetaMask menyimpan kunci dalam browser. Klik setuju dengan Terms of Use.

createpassword.png

Step 9: Klik ruangan gelap yang tertulis Click here to reveal secret words untuk mendapatkan 'secret phrase'.

Step 10: Ini adalah langkah yang paling penting. Back up frasa rahsia anda dengan betul dan selamat. Sebolehnya jangan simpan frasa rahsia anda pada komputer anda. Sila baca semua pada skrin ini sehingga anda memahami sepenuhnya sebelum meneruskan. Frasa rahsia (secret phrase) adalah satu-satunya cara untuk mengakses dompet anda jika anda terlupa kata laluan anda. Setelah selesai klik butang Next.


phrase.png


Step 11: Klik butang mengikut turutan susunan perkataan seed phrase yang tertera di page sebelum ini. Dengan kata lain, taip frasa ini menggunakan butang pada skrin. Jika dilakukan dengan turutan yang betul butang Confirm akan bertukar menjadi biru.


confirmphrase.png


Step 12: Klik butang Confirm. Sila baca tips yang dinyatakan.


donewallet.png


Step 13: Anda boleh melihat baki dan menyalin alamat akaun dengan klik pada Account 1.


wallet.png


Step 14: Anda boleh mengakses MetaMask dalam broser dengan klik ikon Foxface di bahagian atas sebelah kanan (seperti gambar di bawah). Jika ikon Foxface tidak kelihatan, klik pada ikon puzzle seperti yang anda lihat di sebelahnya.


extension.png



TAHNIAH! Anda sudah berjaya memiliki wallet METAMASK.
 
Last edited:
  • Deleted by nabil
Show…
  • Deleted by nabil
Show…

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top