Menteri Kewangan Tanya Korang Nak Apa Utk Belanjawan 2021

Mr.Gekko

Well-known member
Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen 6 pada November ini, mungkin jauh berbeza berbanding tahun sebelum ini mengambil kira lmpak kehadiran pandemlk C0VID 19.

Krisis pandemik yang bukan sekadar mengorbankan nyawa, tetapi turut menjejaskan struktur ekonomi itu semestinya mengundang cabaran cukup besar bagi kerajaan untuk tampil dengan belanjawan yang benar-benar bersifat inkluvsif.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini menyatakan empat teras utama akan menjadi paksi kepada Belanjawan 2021 termasuk sokongan bersasar kepada golongan mudah terjejas akibat pandemik C0VID 19.

Selain menyokong industri melalui insentif, tumpuan juga pastinya kepada usaha menyelamatkan nyawa dan dalam masa sama mengekalkan mata pencarian rakyat.

Paling penting, apa inti pati yang perlu dimasukkan dalam belanjawan tahun depan dalam usaha kerajaan mengekang penularan C0VID 19, pada masa sama memulihkan ekonomi dalam keadaan sukar sekarang ini.

Menerusi hantaran dari laman facebook Tengku Zafrul serta dikongsi oleh kementerian kewangan, beliau bertanyakan pada rakyat apakah cadangan untuk belanjawan 2021.

Cadangan tersebut pula berdasarkan pada 3 matlamat utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.

Menerusi ruangan komen yang dilihat, rata rata orang ramai memberikan komen yang sama berkaitan permintaan pengeluaran KWSP akaun 1.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najlb Tun Razak berkata semalam, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas bagi kegunaan mendesak.

Najib turut mencadangkan agar permohonan tersebut boleh dipertlimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi puIih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbnding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.

RAKYAT MENJAWAB PERTANYAAN MENTERI KEWANGAN

Selain itu, duit kwsp dlm akaun 1 juga boleh dipertimbangkn utk dikeluarkan bagi pekerja yg telah diberhntikn atau pun mana individu yg layak iaitu yg mempunyai duit dlm akaun 1 KWSP.

Ini bertujuan, agar duit tersebut dpt digunakan utk tujuan perbelanjaan keluarga selama tempoh PKPB / PKPD.

Tengku Zafrul,Dato pertimbangkan cadangan kami untuk pengeluaran account 1 yg benar2 layak kerana ia akan dapat membantu kami menampung perbelanjaan rumah dan perniagaan. Dato terbaik menteri kewangan semoga terus di beri kesihatan yg baik dan sentiasa di permudahkan segala urusan amin2.

Jadi apa pendapat anda? Ada permintaan lain ke untuk Belanjawan 2021? Sila komen di posting.

010912sdpjjkcspzkdxuj8.jpg
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top