Maradona dah takda

Harini kita dapat berita mengejutkan bahawa pemain bola sepak terkenal dunia merupakan lagenda telah meninggal dunia. Apa pandangan kalian?
1606359445864.png
 
Fakhrii

Well-known member
Beliau sebelum ini turut menjalani pembedahan membuang ketulan darah beku di otak, awal bulan ini dan pembedahan itu telah berjaya. Ramai peminat dan penyokong beliau bersorak dan meraikan kejayaan pembedahan tersebut

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya.

Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina maut akibat serangan jantung.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan tiga hari waktu berkabung buat negara itu.

Beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya.

RIP

Sumber
 
mantap boss.
 
Fakhrii

Well-known member
Mayat Maradona Akan Digali Semula Dan Dipamerkan

1608513797892.png

Buenos Aires: Mayat Diego Maradona mungkin akan digali semula dan kemudiannya dipamerkan bersama barisan trofi dimenanginya.

Impian bintang Argentina itu yang popular dengan gelaran 'Tangan Tuhan' sebelum kematiannya adalah meminta mayatnya untuk diawet.

Maradona memberitahu perkara itu kepda peguamnya, Matias Morla menerusi sepucuk surat bahawa dia mahu menerima penghormatan sama seperti pemimpin Russia, Vladimir Lenin yang mayatnya diawet dan kemudian dipamerkan di Red Square di Moscow sejak 1924.

Surat yang ditandatangani Maradona bertarikh 13 Oktober, seminggu sebelum kematiannya akibat serangan jantung itu berbunyi: "Selepas melakukan analisis secara mendalam, saya ingin menyatakan hasrat bahawa selepas kematian saya, tubuh saya diawet dan dipamerkan di muzium.

"Dikelilingi trofi, barangan peribadi dan kesayangan untuk terus menerima kasih sayang daripada orang ramai."

Mario Baudry, peguam kepada kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia 1986 itu menerangkan idea bagaimana untuk mengeluarkan semula mayat Maradona dari tanah perkuburan Bella Vista berhampiran Buenos Aires.

"Rancangannya adalah untuk membina makam bagi membolehkannya peminat mengunjunginya.

"Ia sesuatu yang Maradona pernah bincangkan bersama adik-beradiknya.

"Cadangan kami ini adalah serius, lengkap dan dengan kos yang ditanggung tetapi akhirnya terletak di tangan Persekutuan Bolasepak Argentina."

SUMBER
 
tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Mayat Maradona Akan Digali Semula Dan Dipamerkan

View attachment 1160

Merapu
 
extr-o

💪 "solidarity in motivation and performance."
 
nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Keluarga ikon bola sepak dunia, Diego Maradona difahamkan sudah mula merebut kekayaan bernilai USD$ 66 juta (RM 200 juta). Difahamkan sekurang-kurangnya 16 orang sudah tampil untuk membuat tuntutan harta terbabit.

Legenda Argentina berusia 60 tahun, yang meninggal dunia pada 25 November lalu akibat serangan jantung, dilaporkan tidak meninggalkan sebarang wasiat kepada keluarganya.

Perang untuk mendapatkan harta Maradona bermula minggu ini apabila lima anaknya, tujuh anak luar nikah dan lima saudara perempuan Maradona tampil untuk menuntut harta pusaka pada pertemuan di sebuah lokasi rahsia di Buenos Aires.

“Perebutan untuk harta peninggalan Maradona tidak dapat ditandingi – ia akan menjadi seperti Piala Dunia,” kata salah satu sumber kepada The Sun.

Menurut surat tuntutan yang diberikan kepada mahkamah, ia mendedahkan bahawa harta milik Maradona termasuk wang tunai di Switzerland, Dubai dan di sini merangkumi hartanah di beberapa lokasi dan deretan kereta mewah.

Ia juga menunjukkan tuntutan wang tunai dari kontrak iklan dengan jenama besar termasuk Puma dan Coca-Cola.

Sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak dan jurulatih, Maradona memperoleh puluhan juta dolar melalui gaji dan wang sokongan dari syarikat-syarikat besar.

Difahamkan Maradona ada menyiapkan wasiat pada 2012 namun membatalkan empat tahun kemudian. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah anak yang tidak rapat atau tidak pernah bertemu dengan Maradona juga kini boleh menuntut hak yang sama rata. Ini tidak boleh diterima oleh anak-anak Maradona yang lain, kata sumber terbabit.

Untuk rekod, khidmat Maradona digunakan dengan dua bayaran rekod dunia ketika dia hadir ke Barcelona dan kemudian Napoli. Dia juga dikatakan pemain dengan gaji tertinggi di dunia. Setelah bersara, dia telah mengurus tujuh kelab berbeza dan melatih pasukan Argentina ke Piala Dunia 2010.

Walaupun kariernya dalam bola sepak dilihat berjaya, dia turut mengalami pelbagai masalah kewangan dan terpalit dengan beberapa isu seperti penyalahgunaan dadah dan suka berparti. sumber
 
nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Harta Maradona kena 'rembat'

FP_Art_Maradona_Argentina_2018_v2.jpg

LONDON: Kekayaan Diego Maradona sudah dijarah dan anak-anaknya kini terpaksa berebut nilai yang lebih kurang daripada 5 juta pound (RM28 juta), kata seorang peguam.

Ikon bola sepak itu memberitahu rakan terdekat sebelum dia meninggal dunia di mana dia memiliki kekayaan sekitar 75 juta pound (RM421 juta).

Namun, nilai yang 'dirompak' sejak kematiannya yang dijangka 15 kali ganda berbanding wang tunai dan aset hartanah yang turut dimasukkan dalam wasiatnya, terbongkar semalam.

Peguam yang mewakili anak bongsu Maradona, Diego Fernando mengakui 'ada pihak tidak bertanggungjawab' mungkin 'mencuri' kekayaan legenda bola sepak itu ketika dia cuba menyelesaikan situasi kewangan Maradona.

Mario Baurdy berkata: "Ada yang bercakap mengenai 75 juta pound tetapi hanya sekitar 4 juta pound (RM22 juta) sahaja yang ada dalam akaun bank selain apartment kecil, rumah kecil yang dimiliki Diego serta dua kereta.

"Diego memperoleh banyak wang tetapi masalahnya, wang itu tiada."

"Laporan perbelanjaan juga tidak ada, jadi kita tidak tahu sama ada dia ada membelanjakan wang itu atau orang lain (membelanjakannya) ataupun ia berada di tempat yang kita tidak tahu.

Mendakwa peti simpanan dengan cap jari yang dimiliki Maradona di rumahnya mungkin sudah diusik, dia berkata 'Diego menyangkakan hanya dia yang boleh membuka peti itu tetapi sesiapa sahaja yang menyentuhnya, boleh membukanya.'

"Kami cuba membuka peti deposit di bank dengan nama Maradona namun apabila kita ke sana, mungkin kita akan mendapati Maradona tidak pernah ke sana.

"Dengan Diego mewakilkan orang lain, mereka membuka akaun atas namanya.

"Dia memiliki jam tangan mewah dengan kad dan nombor siri di Dubai. Kami menemui 14 kad namun jam mewah itu tiada. Seseorang sudah mengambilnya.

"Kalau dia memperoleh berjuta-juta wang, ke mana duit itu pergi? Kalau Diego ada membelanjakan dan harapnya itulah yang berlaku, jadi itu bukan satu masalah.

"Warisnya juga akan tenang jika itu yang berlaku. Namun ketika ini, tiada dokumen untuk membuktikannya," tambah peguam itu. -Agensi sumber
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top