Manchester United (MUFC)

Wen

Well-known member
Staff member
Tampaknya keputusan sekadar seri dan MU kekal di persada liga

Freezing Man Utd GIF by Manchester United
 
Wen

Well-known member
Staff member
Woww..Nampaknya MU Kembali Ke Puncak Liga

Edinson Cavani (kiri) dan Paul Pogba mencetus kebangkitan Manchester United dalam kemenangan Liga Perdana Inggeris ke atas Fulham di Craven Cottage. - Foto AFP

LONDON: Paul Pogba muncul wira Manchester United ketika bangkit menewaskan Fulham 2-1 dan merampas kembali takhta Liga Perdana Inggeris daripada pendahulu seketika, Manchester City.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer memulakan perlawanan di tangga ketiga selepas kedudukan di puncak liga dua kali berubah dalam tempoh 24 jam.

United - yang cemerlang dalam aksi liga di tempat lawan - sekali lagi terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan.

Ademola Lookman menghukum pelawat di awal permainan sebelum Edinson Cavani kembali menyamakan kedudukan.

Pogba - yang kembali membarisi kesebelasan utama - meletakkan United di depan dengan sepakan lencong di babak kedua.

Persaingan di puncak Liga Perdana semakin hangat, dengan hanya lapan mata memisahkan United daripada West Ham yang berada di tangga ketujuh.

United sedar mereka perlu mengutip mata penuh selepas City menewaskan Aston Villa 2-0 dan memintas Leicester sebelum perlawanan di Fulham.

Fulham pula kini berada di tangga ketiga tercorot liga, empat mata di belakang Burnley. - AFP

sumber

Fakhrii

Well-known member
Staff member
Adakah Manchester United bakal berpeluang menjulang piala EPL lalu menjadi juara pada musim ini ?

1611307700008.png

BEKAS penyerang Manchester United, Wayne Rooney percaya The Red Devils berpeluang untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, United berjaya menampilkan kebangkitan luar biasa dalam beberapa perlawanan terakhir sekali gus menerajui takhta liga selepas 19 perlawanan.

"Dalam beberapa tahun terakhir, Manchester United belum mampu untuk menjuarai kejuaraan liga. Tetapi sekarang mereka membawa masuk pemain seperti Bruno Fernandes dan Edinson Cavani yang mempunyai mentaliti untuk meraih kejuaraan. Kehadiran mereka berdua sangat membantu pasukan.

"Sekarang ini, United sedang berada pada landasan terbaik menjuarai EPL. Saya sudah katakan kepada pengurusan United beberapa minggu lalu bahawa United akan menang EPL. Saya yakin mereka akan berjaya musim ini," katanya.

United kembali berada di kedudukan teratas liga selepas menewaskan Fulham 2-1 pada Khamis dan dibezakan hanya dua mata dengan Manchester City di kedudukan kedua yang kekurangan satu perlawanan.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tampil konsisten sejak November lalu dengan rekod tanpa kalah dalam 13 perlawanan terakhir, sekali gus mengangkat pasukan itu sebagai antara pencabar utama EPL musim ini.

Dalam masa sama, Rooney percaya pemain tengah United, Paul Pogba sudah kembali berada pada prestasi terbaiknya apabila menjaringkan dua gol dan bantuan gol dalam empat penampilan terakhirnya di EPL.

"Kehadiran Cavani dan Fernandes sebenarnya meredakan tekanan untuk Pogba. Sekarang dia (Pogba) akan kembali menunjukkan kualitinya di atas padang dan sebab itu saya percaya United mempunyai kemampuan untuk menjulang trofi EPL musim ini," katanya.

SUMBER
 
Fakhrii

Well-known member
Staff member
Manchester United menyingkirkan Liverpool dalam perlawanan pusingan keempat untuk merebut Piala FA Inggeris

LONDON: Sepakan percuma Bruno Fernandes mencetus kemenangan 3-2 Manchester United ke atas Liverpool pada pusingan keempat Piala FA Inggeris.

Fernandes meledak gol kemenangan itu ketika permainan berbaki 12 minit di Old Trafford sekali gus menyingkirkan Liverpool daripada saingan.

Liverpool kendalian Jurgen Klopp bermula baik apabila mendahului permainan menerusi Mohamed Salah di babak pertama, tetapi Mason Greenwood menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Marcus Rashford meletakkan United di depan apabila perlawanan bersambung, dan walaupun Salah kembali menyamakan kedudukan, Fernandes yang masuk sebagai pemain gantian menewaskan penjaga gol Liverpool Alisson Becker menerusi sepakan percuma.

Selepas tergelincir ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris susulan kekalahan 1-0 di tangan Burnley - kekalahan liga pertama di Anfield sejak tahun 2017 - Liverpool terus buntu dalam mencari rentak kemenangan.

Juara Inggeris itu, yang ketinggalan enam mata di belakang pendahulu United, hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan terakhir mereka - itupun ke atas skuad remaja Aston Villa pada pusingan ketiga Piala FA.

United kendalian Ole Gunnar Solskjaer akan bertemu West Ham pada pusingan kelima Piala FA.

"Ketika ketinggalan satu gol, tindak balas setiap orang adalah amat baik. Kami bermain dengan baik, gol yang bagus.

"Kami perlu bertahan dengan baik menentang mereka dan kami juga bertindak balas dengan baik," kata Solskjaer.

Liverpool tidak pernah mara melepasi pusingan kelima di bawah kendalian Klopp, tetapi masalah lebih besar ialah mengembalikan skuadnya ke landasan kemenangan.

"Banyak perkara bagus dan juga beberapa kesilapan di kawasan gol. Jika anda mahu menang di sini, anda perlu di tahap terbaik dan kami tidak melakukannya," kata Klopp

Standing Ovation Applause GIF by The Maury Show
 
Fakhrii

Well-known member
Staff member
Nampaknya Manchester United ada buat kenduri gol menentang Southampton semalam

LONDON: Manchester United menyamai kemenangan terbesar dalam Liga Perdana apabila mereka membelasah Southampton yang bermain sembilan orang, 9-0 sebentar tadi.

United meledak empat gol dalam babak pertama selepas pemain tengah remaja Southampton, Alexandre Jankewitz dibuang padang pada minit kedua di Old Trafford.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer menemui lima lagi jaringan selepas rehat, menyamai kemenangan 9-0 Leicester mengatasi Southampton pada 2019 dan rekod United sendiri 9-0 mengatasi Ipswich pada 1995.

Aaron Wan-Bissaka membuka jaringan dan Marcus Rashford menambah gol kedua United.

Gol sendiri Jan Bednarek menjadikan 3-0 buat tuan rumah sebelum Edinson Cavani menambah jaringan keempat.

Gol terus hadir apabila Anthony Martial dan Scott McTominay turut menemui gawang sebelum penalti Bruno Fernandes selepas Bednarek dibuang padang.

Martial dan Daniel James meledak pada tamat permainan untuk melengkapkan kemenangan besar United.

SUMBER
 
  • Like
Reactions: Wen

Eddie Murphy Agree GIF by Coming to America
 
Wen

Well-known member
Staff member

Penyokong United masuk padang bantah Glazer​

Penyokong Manchester United masuk ke padang Old Trafford menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool bagi menunjukkan bantahan terhadap pemilik kelab. - Foto AFP

MANCHESTER: Penyokong Manchester United masuk ke padang Old Trafford menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool bagi menunjukkan bantahan terhadap pemilik kelab.

Sekumpulan besar penyokong berkumpul di luar stadium, pada hari Manchester City mampu dinobatkan juara sekiranya United tewas.

Ratusan penyokong berjaya masuk ke padang dan melaungkan "kami mahu Glazers keluar".

Kemarahan terhadap keluarga Glazer yang memiliki saham terbesar kelab tercetus semula selepas United terbabit dalam rancangan Liga Super Eropah yang hanya bertahan 48 jam.

Penyokong-penyokong United memakai baju berwarna hijau dan emas - warna kelab Newton Heath yang ditubuhkan pada tahun 1878 dan menjadi Manchester United 24 tahun kemudian - sebagai tanda bantahan.

Naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward sudah mengumumkan perletakan jawatannya berkuatkuasa akhir tahun ini selepas kegagalan projek Liga Super Eropah. - AFP

SUMBER
 
Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top