Manchester City (Man City)

Wen

Well-known member
Man City tumbangkan Liverpool di Anfield

Ilkay Guendogan (kanan) meledak gol keduanya buat Manchester City ketika saingan menentang Liverpool. - EPA


LONDON: Manchester City terus mengancam Liverpool dalam usaha mempertahankan gelaran apabila dua jaringan Ilkay Gundogan dan dua kesilapan Alisson Becker memberi inspirasi buat pendahulu Liga Perdana itu untuk mencipta kemenangan 4-1.

Dibantu gol Gundogan dan persembahan baik Phil Foden, City kini 10 mata di depan pasukan tangga keempat, Liverpool selepas kemenangan pertama di Anfield sejak 2003.

Juara bertahan yang berdepan masalah itu mudah diketepikan skuad kendalian Pep Guardiola, yang menjadi pasukan pertama menjaringkan empat gol dalam liga di tempat lawan berdepan Liverpool dalam tempoh 12 tahun.

City kini lima mata di depan pasukan tangga kedua, Manchester United dan masih ada satu perlawanan dalam tangan ketika mereka menyasarkan gelaran ketiga dalam empat musim.

Mereka kini menang 14 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan untuk menyamai rekod buat kelab utama yang dicatat Preston pada 1892 dan Arsenal pada 1987.

"Kami melakukannya dengan baik, jadi saya tidak menafikan betapa kami sangat gembira. Untuk datang ke sini dan akhirnya menang, ia sangat penting," kata Guardiola.

"Saya sangat bersyukur dengan pemain saya, tapi ini sudah berlalu. Pada Februari tiada siapa bergelar juara."

Gundogan gagal meledak penalti pada minit ke-38 selepas Fabinho mengasari Raheem Sterling.

Pemain tengah Jerman itu bagaimanapun membalas buat skuad Guardiola pada minit ke-49 menerusi rembatan jarak dekat selepas cubaan Foden ditepis.

Liverpool diberikan penalti pada minit ke-63 selepas pertahanan City, Ruben Dias menarik Mohamed Salah yang menerima hantaran jauh Trent Alexander-Arnold.

Salah mengambil sendiri penalti berkenaan yang juga jaringan ke-22 miliknya musim ini.

Alisson membuat kesilapan lebih besar daripada Dias pada minit ke-73 apabila hantaran penjaga gol Liverpool disambar Foden yang kemudiannya dihantar kepada Gundogan untuk disudahkan.

Mimpi ngeri Alisson masih belum habis dan pada minit ke-76 dia sekali lagi melakukan kesilapan dengan Bernardo Silva kemudian menghantar bola buat Sterling yang menanduk masuk ke gawang sudah terbuka.

Pemain tengah England, Foden melengkapkan kemenangan pada minit ke-83 yang melepaskan rembatan melepasi Alisson.

Adakah Man City akan menjuarai Liga perdana inggeris??

sumber
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top