Malaysia negara kedua tertinggi carian makanan TERsedap

Wen

Well-known member
Bagi kebanyakan orang, menikmati sesuatu makanan ataupun masakan yang enak dapat memberi kepuasan yang tidak terhingga. Disebabkan itu, ada yang sanggup ‘travel’ hingga ke luar negara untuk menikmati sesuatu juadah makanan yang hanya boleh didapati di kawasan itu sahaja. Selain menikmati makanan tempatan, seseorang pelancong juga dapat mempelajari tradisi yang berbeza menerusi penyediaan makanan bagi sesuatu tempat.




Jangan terkejut, Malaysia turut disenaraikan sebagai negara dengan tangga tertinggi yang mempunyai makanan paling sedap di dunia. Nak tahu makanan apa lagi? Baca ni.


10. Dim Sum (Hong Kong)


Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina dengan hidangan ringan yang dihidang bersama teh Cina. Hidangan ini biasanya disajikan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Bagi masyarakat Cina, mereka akan menjadikan Dim Sum sebagai hidangan bagi perayaan khas seperti Hari ibu atau Tahun Baru Cina.

dim-sum-icon-hongkong-1024x682.jpg
Gambar: Culture Trip


9. Pizza Magherita (Naples)

Pizza Margherita merupakan sejenis pizza Neapolitan biasa yang dibuat dengan tomato San Marzano, mozarella keju, kemangi segar, garam dan minyak zaitun tambahan.

jessica-39581-2.jpeg


Gambar: Taste

8. Bibimbab (Seoul)

Bibimbap merupakan masakan Korea yang berupa nasi putih dengan lauk di atasnya berupa sayur-sayuran, daging sapi, telur dan sos pedas gochujang. Makanan ini turut dikenali sebagai nasi campur dengan cara mengaulkan nasi dan lauk sebelum ianya dijamah.


image20.jpg


Gambar: Maangchi


7. Crayfish (Kaikoura)

Crayfish merupakan lobster air tawar yang sangat terkenal di Eropah disebabkan dagingnya yang enak. Pada waktu ini, lobster sudah dinikmati oleh pelbagai golongan berikutan penularan rasanya yang begitu enak. Namun, masakan Crayfish yang terdapat di Kaikoura menjadi pilihan utama Lonely Planet untuk dinikmati oleh anda.

Screen-Shot-2019-08-29-at-7.18.22-PM.png


Gambar: Kran & Nina


6. Smorrebrod (Copenhagen)

Smorrebrod merupakan sandwich tradisional Skandinavia yang biasanya terdiri daripada sekeping roti yang turut dihidang bersama kepingan daging atau ikan dan keju. Makanan ini juga dikenali sebagai roti lapis yang sangat terkenal di Copenhagen.

015813800_1543339530-smorrebrod-comfort-food-keju-panggang-yang-lumer-di-mulut-kenyang-di-perut.jpg


Gambar: Fimela.com


5. Som Tum (Bangkok)

Som Tum merupakan makanan yang berasaskan buah betik bersama salad hijau pedas yang belum di masak. Makanan ini dihidangkan dengan hirisan yang halus dan ianya sangat terkenal di Bangkok.

Som1.jpg


Gambar: His Perjalanan

4. Sushi (Tokyo)

Sushi merupakan makanan khas bagi negeri Jepun yang terdiri daripada nasi dan ianya dibentuk bersama lauk yang terdiri dripada makanan laut, daging, sayuran mentah atau yang sudah dimasak. Walaupun makanan ini sudah tersebar di seluruh dunia terutamanya negara Asia, namun keaslian rasanya hanya boleh di dapati di Tokyo, Jepun.

MAT-TON-main.jpg


Gambar: aha.is

3. Beef Brisket (Texas)

Daging brisket merupakan makanan yang berasaskan daging dari bahagian penyambung yang kuat antara daging dan kaki depan lembu. Bagi memasak juadah ini, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi supaya hasilnya memuaskan setiap orang yang menikmatinya.

brisket-22.jpg



Gambar: Spicy Southern Kitchen

2. Laksa Kari (Malaysia)

Laksa kari yang sememangnya terkenal di Malaysia merupakan makanan yang berasaskan mi yang dihidang bersama kuah kari yang pedas. Ianya juga dikenali oleh kalangan rakyat Malaysia sebagai Mi Kari yang mengandungi bahan-bahan seperti ayam, udang dan ikan.

curry-laksa-1024x576.jpg


Gambar: Nyonya Cooking
  1. Pinxtos (San Sebastian)
Pinxtos yang turut dikenali sebagai Pincho merupakan snek kecil yang kebiasaannya dimakan di dalam bar terutamanya di Basque.. Makanan ini juga dianggap sebagai makanan budaya bagi masyarakat di sana.

pintxos-donostia-curatetrips-1024x683.jpg
Gambar: Curate Trips
Sumber: Seasia.co
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top