Malaysia Ikat Janji Bersama Pfizer

ainanana

Active member
vaksin pfizer.jpg


PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini, dengan penghantaran pertama sebanyak satu juta dos akan dibuat pada suku pertama tahun depan.

Melalui perjanjian pembelian awal yang ditandatangani kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer pada 24 November lalu, vaksin berkenaan akan dibekalkan secara berperingkat pada suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat 2021.

Penghantaran pada suku pertama 2021 membabitkan 1 juta dos, diikuti 1.7 dos pada suku kedua, 5.8 juta dos pada suku ketiga dan 4.3 juta dos lagi pada suku keempat.

Ketika mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin, berkata perjanjian itu bertujuan memastikan kerajaan mempunyai akses kepada data untuk menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan, selain menjamin akses kepada vaksin berkenaan jika sedia untuk diedarkan syarikat.

"Melalui perjanjian ini juga, Pfizer menjanjikan penghantaran sebanyak satu juta dos bagi suku pertama tahun 2021, disusuli dengan 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat.

"Pihak syarikat bagaimanapun masih perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan kelulusan regulatori dari negara pengeluar, selain daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan sebelum vaksin ini boleh digunakan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan secara sidang video di Perdana Putra di sini, hari ini. Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin


SUMBER

Test Medicine GIF by himHallows
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top